Berita yang menarik, yang telah dicopy paste sebahagiannya daripada Utusan Malaysia :
PROGRAM Malam Bersama Bintanganjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang diadakan sebulan sekali sejak bulan lalu semakin mendapat sambutan daripada para peminat.
Senario itu dapat dilihat berdasarkan bilangan penonton yang semakin bertambah pada program yang diadakan pada malam Jumaat minggu kedua setiap bulan iaitu dengan dihadiri lebih 300 orang daripada segenap lapisan usia.
Ketua Pengarah Finas, Mohd. Mahyidin Mustakim berkata, aktiviti-aktiviti seperti tayangan filem, persembahan nyanyian dan sesi bertemu peminat merupakan tarikan utama dalam program yang diadakan percuma itu.
"Melalui program ini, para penonton bukan sahaja dapat menonton filem percuma tetapi selepas tayangan mereka juga berpeluang bertemu para pelakon untuk bergambar atau mendapatkan autograf mereka.
"Bulan ini kami menayangkan filem Jin Notti di mana selepas itu para penonton dapat berjumpa dengan pelakon utamanya iaitu Mawi," katanya kepada Hits selepas berakhirnya program itu di Finas, Hulu Klang, Selangor baru-baru ini.
Dan sebagainya……. Sila klik :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0317&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm
Ulasan Ringkas
Sedih apabila mengenangkan para ulama yang ditindas, dinafikan hak, dan sebagainya. Sedangkan artis dilihat sebagai satu ikon yang hebat dan diterima masyarakat. Mereka dipublisitikan, suara-suara mereka dibiarkan bebas kedengaran. Bagaimana pula dengan nasib para ulama?
Mereka cuba disenyapkan daripada menceritakan kebenaran. Mereka dipublisitikan sebagai ikon yang “payah” diterima masyarakat. Suara-suara mereka cuba disekat daripada kedengaran. Mereka ditohmah dengan pelbagai tuduhan, sedangkan “apa salah mereka”?
Para artis diberikan peluang yang luas untuk menunjukkan taring mereka. Juga dicipta sebuah akademi untuk mencipta para artis. Di manakah akademi mencipta ulama? Akademi mencipta ulama sudah hampir berjaya dikuburkan. Nasib sekolah agama, mahasiswa timur tengah dan sebagainya.
Dunia sudah terbalik. Dunia hampir kiamat. Dunia sudah menunjukkan nyanyuknya.
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
0 comments:
Post a Comment