29 March 2010

Tahniah Kepada Tok Guru Nik Aziz Dan Tok Guru Harun Din


Majlis Syura Ulama PAS hari ini membuat keputusan untuk mengekalkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am parti itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Majlis Syura Ulama yang bermesyuarat hari ini juga mengambil keputusan untuk mengekalkan jawatan Timbalan Mursyidul Am yang kini disandang oleh Datuk Dr Haron Din.

"Kami telah mengambil keputusan penting iaitu melantik Datuk Nik Aziz untuk terus memegang jawatan Mursyidul Am dan menyambung jawatan Datuk Haron Din sebagai timbalan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata tempoh perkhidmatan bagi kedua-dua jawatan itu adalah selama lima tahun.

Mengulas mengenai hasrat Nik Abdul Aziz yang membayangkan agar tidak dilantik semula ke jawatan Mursyidul Am PAS, Abdul Hadi berkata, perlantikan tersebut bersesuaian kerana menurut beliau hanya Menteri Besar Kelantan itu yang layak untuk mengisi jawatan berkenaan.

Sumber mStar)

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal