29 March 2010

Isu Liwat Dalam Gereja

sumber : http://best1of4.wordpress.com

Mangsa liwat dan cabul marah gereja Itali

ROM 27 Mac – Tiga lelaki pekak yang menyatakan mereka secara berulangkali diliwat dan dicabul oleh paderi-paderi semasa masih kecil, menghambur kemarahan kepada kariah gereja di Itali semalam kerana tidak berpuas hati apabila pesalah tidak dihukum.

Mereka yang buat kali pertama ditemu bual oleh The Associated Press tahun lalu, muncul dalam rancangan waktu perdana televisyen kerajaan, RAI TV dan bertengkar dengan jurucakap kawasan kariah Verona ketika skandal pencabulan seks global bertiup hangat dan semakin merapati Pope Benedict XVI.

Jurucakap itu, Reverend Bruno Fasani berkata, dia berharap konfrontasi itu menjadi konstruktif dan mengalu-alukan perjumpaan dengan lelaki-lelaki tersebut.

Namun, bekas pelajar Institut Pekak Antonio Antonio Provolo yang terletak di Verona itu enggan berjabat tangan dengannya ketika rancangan berlangsung.

Seorang daripada tiga lelaki itu, Dario Laiti, 59, berkata, dia tidak boleh memaksa dirinya untuk menyapa paderi itu.

“Ini adalah masalah keadilan,” kata Laiti yang memberitahu dia diliwat berulangkali di sekolah berkenaan sejak berusia tujuh tahun.

Dalam temu bual bersama Associated Press Television News awal hari ini, Laiti berkata dia mahu pesalah disingkirkan dari gereja.

“Kami mahu menuntut keadilan atas apa yang telah alami, penderitaan sepanjang hayat,” kata Gianni Bisoli, 61, seorang lagi pelajar yang menyatakan dipaksa melakukan seks oral oleh berpuluh-puluh paderi di institut itu.

Bisoli, Laiti dan seorang lagi bekas pelajar berusia 65 tahun menandatangani kenyataan sumpah tahun lalu yang menyatakan pencabulan seksual, fidofilia dan hukuman dera wujud di sekolah terbabit dari tahun 1950-an hingga 1980-an. – AP

link : http://best1of4.wordpress.com/2010/03/28/mangsa-liwat-dan-cabul-marah-gereja-itali/

Ulasan Ringkas :

1. Agama Kristian sudah terpesong daripada ajaran asal yang dibawa oleh Nabi Isa AS. Nabi Isa AS tidak pernah mensyariatkan supaya umatnya "tidak berkahwin", atau haramkan perkahwinan kepada paderi. Pada akhir zaman, Nabi Isa AS akan berkahwin dengan seorang umat Nabi Muhammad SAW selepas membunuh Dajjal.

2. Istilah "manusia suci" adalah istilah yang menipu. Tiada manusia yang suci, melainkan Para Nabi Allah AS. Mereka dipelihara daripada sebarang dosa (maksum), yang tiada pada manusia lain selain mereka. "Paderi pun buat dosa.. tapi nak ampunkan orang pula"

3. Apabila manusia berpegang dengan agama ciptaan manusia, atau undang-undang yang bercanggah dengan Allah, maka inilah kerosakkannya. Orang yang mampu "merasuah" akan terus di tampuk pemerintahan, kerana mereka naik dengan harta, bukan dengan keadilan.

4. Manusia akhir zaman sibuk menentang Islam, tetapi kenapa agama lain buat hal sengaja dipejamkan mata? Mana SIS untuk mempertikaikan undang-undang haram kahwin bagi paderi?

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal