“Ikut koranglah”, hatiku berbisik sendirian apabila dikritik disebabkan beberapa penyampaian saya yang dikatakan agak memaku. Entahlah. Itu persepsi orang. Saya tidak pernah berniat untuk memaku. Apa yang saya cuba sampaikan ialah teguran yang bersifat umum. Maka, orang yang makan cili akan terasa pedas walaupun apa yang saya berikan ialah air.
Memaku dan dipaku, siapa tukul?
Inilah soalan yang cuba saya lontarkan di sini. Ingat, yang tukul itu ialah syaitan. Kadangkala syaitan itu dari kalangan manusia, dan kadangkala dari kalangan jin. Faham-faham je lah. Disebabkan tukul inilah, orang yang memaku merasa best untuk memaku orang, dan orang yang kena paku merasa sakit.
Apa beza papan dan dinding?
Memaku di atas papan agak sukar. Kalau memaku di atas batu, lebih sukar. Untuk memaku dinding, memerlukan sejenis paku khas. Faham-fahamlah. Kalau nak tegur si keras kepala, kadangkala kena guna “paku khas”. Kita pula bagaimana? Anda sering dipaku? Jadilah dinding. Kerana anda buat kerja untuk Islam.
Hari ini orang yang bekerja untuk rosakkan persatuan ialah si “paku khas” atau si dinding keras. Sukar nak tegur, dan suka memaku orang.
Apa beza ubat dan racun?
Si doctor ingin memberi ubat. Tetapi si pesakit itu memaki hamun si doctor dengan macam-macam andaian. Dia mengatakan si doctor ini perlu belajar lebih tinggi dalam bidang kedoktoran, doktor ini bukan pandai sangat, dan sebagainya. Akhirnya ubat tadi dibuang dan nasihat doctor tidak diendahkan. Cuba bayangkan kalau si pesakit ini berada di tempat doktor? Baru dia tahu.
Air dan api
Orang bagi api, tapi kita tuangkan air. Tapi apa yang menjadi masalah ialah api terlalu besar sehinggakan membakar seluruh bangunan. Takkan kita nak simbahkan dengan air dengan baldi sahaja? Kita memerlukan air yang kuat dan banyak, macam bomba punya. Kalau kena air tu, mesti melayang sebab kuat sangat.
Fikir-fikirlah, dan faham-faham sendiri. Siapa makan cili, dia akan terasa pedas.. Tapi apa yang pasti, kalam ini bukan dituju untuk “seseorang” tetapi beberapa orang yang berada di tempat yang berbeza, kuliah yang berbeza, jantina yang berbeza dan lapisan umur yang berbeza. Semoga, ayat-ayat ini boleh menjadikan “orang yang makan cili” cepat-cepat minum air..
Kalau rasa ia adalah ayat “perli”, semoga ia menjadi kaedah lembut untuk menegur, apabila teguran secara berdepan dikatakan sebagai “tidak berhikmah”.
0 comments:
Post a Comment