30 March 2010

Kehebatan Si Toyol Menggelapkan Berbillion-billion Ringgit


Pelbagai berita muncul di kaca internet, tentang kehilangan wang berbillion-billion. Bukan sekadar ratusan ringgit sahaja. Pelik. Banyak betul. Adakah mereka yang "mencuri"nya tidak sedar bahawa mereka akan dicari?

Cuba kita tengok cara si toyol mencuri duit. Toyol akan ambil sedikit demi sedikit supaya kehilangan duit itu tidak disedari. Pandai juga si toyol ini. Entahlah. Kut mana-mana pun, curi juga.

Di sini, beberapa berita yang berkaitan :

PAS Mahu Menteri Bertanggungjawab Terhadap Kerugian RM546 juta Pos Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengambil pandangan yang serius terhadap ucapan YB. Wee Choo Keong (Wangsa Maju) di parlimen berhubung pendedahan bekas ahli parlimen yang juga mantan Pengerusi POS Malaysia & Services Holdings Bhd, Tan Sri Adam Kadir dalam majalah Malaysian Business bertajuk ‘Is whistle-blowing really serious’. Artikel berkenaan turut menyentuh secara langsung isu kehilangan wang rakyat berjumlah RM546 juta dalam pelaburan Pos Malaysia.

Tindakan Khazanah Nasional yang mempengaruhi Pos Malaysia untuk melambatkan penjualan sahamnya dalam syarikat pengendali kargo yang bermasalah-Transmile Group Bhd telah menyebabkan negara rugi bila mana sahamnya jatuh kepada harga 35 sen seunit dengan nilai keseluruhan hanya RM 14 juta pada 26 Februari 2010.

Sebelum ini Pos Malaysia boleh menjual saham itu pada harga tinggi iaitu RM 14 dengan nilai keseluruhan adalah RM546 juta. Namun percaturan yang dibuat jelas merugikan rakyat.

Pos Malaysia adalah pemegang saham kedua terbesar dalam Transmile Group Bhd selepas raja gula Malaysia-Robert kuok (Kuok Brothers Sdn Bhd). Pada tahun 2004 Pos Malaysia menjual 30 peratus kepentingan dalam Transmile Air Services Sdn Bhd iaitu anak syarikat Transmile Group Bhd sebelum membeli saham Transmile Group Bhd.

Walaubagaimana pun penjualan dan pembelian saham-saham itu ternyata tidak mendatangkan faedah bila mana Transmile Group Bhd selepas itu mengalami kemerosotan dan nilai sahamnya jatuh teruk selepas itu.

Tahun lepas sahaja Pos Malaysia mengumumkan kerugiannya sebanyak RM113.20 juta, dimana RM107.19 juta adalah kerugian yang diterima dalam pelaburan di Transmile Group Bhd.

Rakyat pasti bertanya, kenapa Pos Malaysia tidak mahu melabur dalam Malaysia Airlines Cargo Sdn. Bhd (MASKargo) yang juga salah satu GLC milik negara yang lebih menguntungkan dalam operasi penghantaran kargonya? Adakah pelaburan sebelum ini ada kepentingan untuk membantu menyelamatkan syarikat Transmile Group Bhd yang turut dimiliki bersama dengan Robert Kuok?

PAS hanya melihat kes ini sebenarnya mengulangi insiden kegagalan pengurusan GLC milik negara seperti Proton yang menjual sahamnya dalam MV Agusta dengan harga 1 Euro sahaja. Pendedahan mantan pengerusi Pos Malaysia ini juga harus disiasat dan rakyat mahukan jawapan.

PAS mahu kerajaan mengkaji kegagalan urusniaga niaga ini dan mahu Pengerusi Pos Malaysia, Pengerusi Khazanal Nasional dan Menteri Kewangan bertanggungjawab di atas kerugian ini. Pos Malaysia sebagai GLC milik negara membelanjakan wang rakyat untuk urusniaganya seharusnya memberikan pulangan yang positif bukannya memberikan kerugian yang besar.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

HUTANG NEGARA RM365 BILION, SEORANG RAKYAT TANGGUNG HUTANG RM14,061

Hutang Malaysia sekarang ialah RM375.6 bilion sebagaimana yang laporkan pada Sidang Parlimen hari ini. Jadi jika kita kirakan dengan lebih terperinci maka seorang rakyat Malaysia menanggung hutang sebanyak RM14,061 seorang.

Jadi kita semua ini masing-masing berhutang sebanyak RM14,061 setiap orang akibat kebobrokan kerajaan kita yang suka berhutang dengan boros.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Melaka

Melayu hilang saham, gagal capai ekuiti 30 peratus

Saham sebanyak RM54 bilion yang diagihkan untuk orang Melayu di bursa saham telah 'hilang' dan kini hanya berbaki sebanyak RM2 bilion, kata ahli parlimen Bagan Lim Guan Eng.

Beliau yang juga ketua mengeri Pulau Pinang berkata, sekiranya saham berkenaan masih kekal dalam pegangan bumiputera, golongan itu pasti dapat mencapai sasaran pegangan ekuiti 30 peratus pada masa sekarang.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Lim berkata permohonan penjelasan kepada kerajaan itu dibuat berdasarkan sebuah artikel yang disiarkan oleh Bernama yang bertarikh 30 Jun 2009.

Menurut laporan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui terdapat perbezaan ketara antara RM54 billion saham bumiputera yang diperuntukan berbanding dengan jumlah sebenarnya yang masih dimiliki mereka.

Dalam laporan itu Najib dipetik sebagai berkata, “daripada RM54 billion saham yang diperuntukkan, hanya tinggal RM2 billion yang masih dipegang oleh bumiputera.”

Mengulas lanjut, Lim berkata pendedahan itu tidak menghairankannya memandangkan ekuiti bumiputera sekarang masih gagal mencapai sasaran 30%, seperti yang digariskan Dasar Ekonomi Baru.

"Siapa sebenarnya yang dapat. Di sini saya rasa (golongan) yang tidak dapat ialah rakyat Malaysia, termasuk masyarakat Melayu.

"Bermakna ada ketirisan, ada kebocoran sebanyak RM52 bilion saham yang sepatutnya masih di tangan Bumiputera tapi tidak ada di kalangan Bumiputera.

"Saya rasa ini satu skandal. Saya harap satu siasatan dapat diadakan, macam mana saham-saham ini boleh hilang kerana ini adalah satu pengkhianatan.

"Kerajaan mesti tangkap penyangak ini yang merampas saham-saham ini."
Menjawab soalan wartawan kemudiannya, Lim berkata Pakatan Rakyat telah menjalankan siasatan dan mengenal pasti golongan melakukan tindakan seperti itu sebagai 'kroni BN.'

Beliau bagaimanapun enggan menamakan individu yang didakwa melakukan perbuatan seperti itu.

"Saya harap bila kita bincang mengenai ekonomi janganlah salahkan mana-mana pihak, salahkan mereka yang telah terima saham tetapi tidak tahu ke mana saham itu pergi," katanya lagi.

- Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal