Entah kenapa manusia yang kononnya alim, begitu mudah membantai al Azhar. Mereka bukan pernah menjejakkan kaki di bumi Mesir pun. Apatah lagi di Masjid al Azhar. Ulama’ Azhar pun belum kenal, sudah hebat menghentam, kononnya mereka lebih alim daripada ulama’-ulama’ al Azhar.
Tanpa segan silu, di dalam ruangan komen di web al masrawy, beberapa golongan menghentam atau menolak pelantikan Dr Ahmad Tayyib sebagai Syeikh al Azhar. Mereka ini sudah kenal ke siapa beliau itu?
Beberapa komen tersebut terdapat di sini. Sila klik :
http://www.masrawy.com/News/Egypt/Politics/2010/march/20/who.aspx
Tidak ketinggalan, baru beberapa minit tadi terbaca di blog UstazCyber.. artikel yang telah saya copypaste daripada beliau, yang katanya dirujuk daripada islamonline.net.. Ayat-ayatnya begini :
Bila Lulusan Francis dilantik sebagai Mufti Mesir dan kemudian memimpin Al-Azhar maka keluarlah pelbagai Fatwa yang penuh kontrovesi daripada mulutnya. antaranya :
1- Niqab bukanlah pakaian wajib bagi wanita muslimah, ia hanyalah salah satu daripada adat orang arab dahulu kala.
2-Wanita mslimah hanya diwajibkan memakai hijab sahaja.
3-Harus bagi seorang perempuan untuk mengimamkan solat bersama jemaah lelaki.
4-Mengharuskan rasyuah dalam keadaan dharurah.
5-Orang islam yang berada di negara kafir boleh menjual arak kepada orang kafir.
Link di sini : http://ustazcyber-londang.blogspot.com/2010/03/antara-fatwa-kontrovesi-syeikhul-al.html
Ulasan Ringkas
Entah kenapa suka sangat orang menghentam al Azhar. Mereka bukan kenal al Azhar pun. Sedikit pemberitahuan dan makluman kepada Ustaz Saiber ini. Kalau nak sebarkan pun, perhatikan dulu. Entah betul entah tidak. Kalau betul pun, adakah saudara tahu cerita A sampai ke Z? Jangan disebabkan tulisan tangan itu, dosa dapat percuma.
Walaupun artikel saudara “kurang jelas” mempertikaikan Dr Ahmad Tayyib, tetapi saudara perlu memahami erti “fitnah”. Jangan disebabkan kejahilan saudara tentang hal sebenar, membuatkan saudara mendapat dosa fitnah secara percuma. Berhati-hati dengan penulisan saudara.
Sebelum ini, Syeikh Tantawi RA juga ditohmah dengan perkara yang sama. Antaranya isu niqab, isu berjabat tangan dengan perempuan, isu pembinaan tembok pemisah dan sebagainya. Ingat, orientalis sedang mencanai minda manusia seluruh dunia supaya membenci al Azhar dan mempertikaikannya. Ini kerana al Azhar selama ini telah mendedahkan gerakan orientalis sehingga mereka menghadapi “kemarau dakyah”.
Syeikh Ali Jum’ah juga dikenakan perkara yang sama. Beliau dihina disebabkan isu khitan banat, isu air kencing Nabi SAW dan banyak lagi. Kenapa orang-orang jahil yang mengaku alim di luar sana tidak datang bertandang dan mengaji di al Azhar terlebih dahulu sebelum membuat andaian dan kritikan?
Sila baca artikel ini. Semoga anda memahami! "Pedihnya racun akibat menghina ulama"
http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/02/pedihnya-racun-akibat-menghina-ulama.html
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
0 comments:
Post a Comment