Pendahuluan
Beberapa akhbar hari ini menyiarkan berita tentang kahwin bawah umur. Ia dilakukan oleh "Sudin Ajaib" yang berkahwin dengan Zubaidah yang berumur 11 tahun. Sila lihat akhbar-akhbar hari ini, antaranya Utusan pada tarikh 16 Mac.
Belum Jelas
Saya masih tertanya-tanya tentang isu ini. Walaupun di dalam akhbar sudah menjelaskannya, namun, masih banyak lagi kekeliruan. Antara yang mengelirukan saya ialah :
1. Siapakah yang memberikan kebenaran kepada kanak-kanak perempuan itu berkahwin? Siapakah ayahnya (wali) ? Perkahwinan tidak sah tanpa kebenaran wali.
2. Bagaimanakah kanak-kanak ini boleh terlibat? Kenapa tidak orang lain? Siapakah yang memperkenalkannya kepada Sudin Ajaib?
Hukum
Bukanlah bermakna untuk meragui kes ini. Tetapi saya agak sukar untuk mengulas tentangnya, untuk menghukumkan sah atau tidak perkahwinan ini. Namun, beberapa kemungkinan boleh diberikan, antaranya :
1. Sekiranya mendapat kebenaran wali, maka perkahwinan ini sah, tetapi ia bersalahan dengan undang-undang. Maka hukumnya haram, walaupun ianya sah.
2. Sekiranya ia tidak mendapat kebenaran wali, maka perkahwinan tersebut tidak sah. Bahkan bercanggah dengan undang-undang.
Dikhuatiri
Saya merasa sedikit khuatir apabila isu ini timbul. Antaranya :
1. Serangan pemikiran cuba memomokkan bahawa Nabi Muhammad SAW berkahwin dengan Saidatina Aisyah yang dikatakan bawah umur. Semoga serangan pemikiran ini digagalkan oleh Allah.
2. Serangan pemikiran bahawa Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang gila seks kerana kahwin banyak. Semoga serangan pemikiran ini digagalkan oleh Allah.
3. Serangan pemikiran bahawa Nabi Muhammad SAW bercanggah dengan naluri kemanusiaan. Semoga serangan pemikiran ini digagalkan oleh Allah.
4. Serangan pemikiran bahawa Islam bercanggah dengan semasa (waqie’). Semoga serangan pemikiran ini digagalkan oleh Allah
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
0 comments:
Post a Comment