sumber : syukran.wordpress.com
Ada Wartawan Sanggup Ditiduri Untuk Dapat Slot TV
Oleh Mohd Ali Bakri
KUALA LUMPUR: Ada wartawan, pengamal media yang sanggup ditiduri pihak tertentu semata-mata mahu mendapatkan tempat di dalam slot rancangan tersebut, kata bekas wartawan penyiaran RTM Rosli Nordin.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pandangan-pandangan umum sebelum ini yang menyatakan bahawa kumpulan wartawan penyiaran lebih popular berbanding wartawan penyiaran.
“Ada kes-kes seperti itu berlaku. Dan, saya harap sikap-sikap seperti itu tidak perlu wujud hanya kerana mahu muncul di televisyen,” kata beliau ketika menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar media Universiti Malaya, sempena Career Talk Minggu Media di sini, hari ini.
Rosli yang pernah menggondol beberapa anugerah hasil laporannya sebelum ini berkata, apa yang penting adalah akal yang bijaksana untuk menyusun laporan-laporan yang menarik minat pembaca dan penonton.
“Memang ada kes sebegitu sehingga mereka sanggup tidur dengan pihak tertentu agar mendapatkan program televisyen. Ramai yang nak jadi wartawan penyiaran kerana kerjaya itu menyebabkan mereka lebih popular.
“Tapi, sebenarnya, kalau kita tiada akal, kewarasan, kredibiliti, maka hal itu tiada gunanya. Sekarang, pelajar media perlu buang sikap rendah diri itu. Ada yang rasa saya tak cantik, jadi tak sesuai jadi wartawan penyiaran,” kata beliau lagi.
Dalam hal ini, Rosli berkata, pelajar media perlu mencontohi watak pengamal media seperti Oprah Winfrey yang popular melalui rancangan bual bicara yang beliau kendalikan.
“Adakah dia (Oprah Gail Winfrey) itu cantik? Dia pernah masuk ratu cantik di kawasannya, malah dia pernah dirogol, tetapi siapa dia sekarang?
“Berapa banyak duit yang dia buat sekarang? Oprah Winfrey juga pada asalnya adalah seorang wartawan. Tapi, beliau memiliki kepintaran dan akal. Dengan sebab itu, dia berjaya,” kata beliau lagi.-Era Pakatan
link : http://syukran.wordpress.com/2010/03/30/ada-wartawan-sanggup-%E2%80%98ditiduri%E2%80%99-untuk-dapat-slot-tv/
0 comments:
Post a Comment