26 March 2010

Hina Nabi : Ribuan Umat Islam Protes Hari Ini


sumber : malaysiakini

Hina Nabi: Ribuan umat Islam protes esok

Setelah ditunda sebelum ini, Dewan Pemuda PAS akan meneruskan demonstrasi di ibunegara esok bagi membantah akhbar di Sweden yang menyiarkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad.

Setiausaha dewan itu Kamaruzaman Mohamad berkata, setelah membuat promosi melalui pelbagai cara, ribuan umat Islam akan berarak ke kedutaan Sweden di Jalan Ampang selepas solat Jumaat bagi menyatakan perasaan tidak puas hati mereka.

“Perhimpunan ini akan diketuai Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ketua Dewan Pemuda Nasrudin Hassan,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Kamaruzaman berkata, dalam perhimpunan esok, mereka akan berkumpul sekitar bangunan Tabung Haji dan berarak beramai-ramai ke kedutaan berkenaan kira-kira 1 kilometer.

Minggu lalu, demonstrasi tersebut yang sepatutnya diadakan pada 19 Mac ditangguhkan “disebabkan masalah teknikal dan perkara-perkara penting yang tidak dapat dielakkan”.

Ketuanya Nasrudin Hassan dilaporkan berkata, penghinaan terhadap Nabi Muhammad itu tidak boleh diterima sama sekali dan kerajaan Sweden sepatutnya mengambil pengaharan daripada Denmark yang pernah menghadapi bantahan yang sama.

Katanya, dengan mengulangi kesilapan tersebut, Sweden juga “seakan-akan mahu mengajak umat Islam berperang”.

Sebelum ini, dilaporkan lakaran karikatur yang menggambarkan kepala Nabi Muhammad pada badan anjing - karya pelukis Sweden Lars Vilks - dikemukakan sebagai bahan pameran di sebuah pusat warisan budaya Sweden.

Bagaimanapun, lakaran itu ditolak atas sebab-sebab keselamatan.

Namun, sebuah akhbar Sweden kemudian menyiarkannya bersama tulisan editorial yang mempertahankan kebebasan bersuara. Tiga lagi akhbar Sweden kemudiannya turut menyiarkan semula karikatur itu.

Tindakan itu yang membawa kepada bantahan negara-negara Islam sehingga Vilks menerima beberapa ancaman bunuh.

http://www.malaysiakini.com/news/127478

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal