1. Sedih hati ini apabila memikirkan tentang pekerja untuk Islam. Begitu sedikit jika hendak dibandingkan dengan pekerja-pekerja syarikat. Masing-masing ingin mencari kewangan sara hidup. Tetapi malangnya, sudah berjuta-juta orang yang bekerja melebihi daripada sara hidup. Tetapi masih lagi enggan daripada bekerja untuk Islam.
2. Pekerjaan ini hampir tidak laku. Ramai yang lebih cenderung untuk merebut peluang pekerjaan yang mendapatkan keuntungan dunia. Ya, tidak salah untuk bekerja di dunia. Tetapi apa yang menjadi masalah ialah bekerja sehingga lupakan akhirat.
3. Ramai menyatakan bahawa mereka bekerja untuk menyara anak isteri. Tetapi lama kelamaan, dia sudah lupa. Niat pada mulanya bertukar kepada bekerja untuk menjadi seorang jutawan, yang sepatutnya duit tersebut digunakan untuk membantu masyarakat yang memerlukan. Lebih daripada menyara keluarga semata-mata.
4. Ramai juga yang pandai mengkritik itu dan ini, memberi cadangan berjela-jela, tetapi dia sendiri tidak bekerja untuk Islam. Islam mahukan tenaga pemikir, dan juga tenaga penggerak. Apa gunanya semua orang bawahan berlumba-lumba untuk menjadi tenaga pemikir, sehinggakan idea tersebut tidak mampu dilaksanakan disebabkan kekosongan tenaga penggerak. Buang masa.
5. Idealistik, Fantasi, Realistik dan banyak lagi. Semuanya terhasil apabila kekurangan pekerja-pekerja Islam. Semuanya hebat dalam berkata-kata. Semuanya ingin menonjol sebagai hero, sehingga melupakan wala’ dan mengabaikan disiplin dan adab.
6. Ego, yang menyebabkan manusia enggan menjadi pekerja Islam yang tidak bergaji ini. Semuanya ingin melompat anak tangga, terus menjadi ketua, ataupun orang hebat-hebat. Sedangkan dia lupa bahawa anak tangga itu dibuat bagi membolehkan orang naik ke atas. Sekiranya tiada anak tangga, mana seseorang itu mampu menaiki tingkat ke 2.
7. Bodoh sombong. Sudahlah bodoh, sombong pula. Akhirnya kebodohan dan kesombongannya itu memakan dirinya sendiri. Jadilah seorang yang cerdik dan merendah diri. Ini kerana orang yang merendah diri, akan ditinggikan oleh Allah. Orang yang sombong, akan djatuhkan oleh Allah. Belajarlah supaya kita merendah diri.
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
0 comments:
Post a Comment