Lagi kesangsian terhadap Sukan 1 Malaysia, yang boleh diteliti daripada kejadian Karnival Kerjaya Timur Tengah (MECC 2007). Sepertimana yang diwar-warkan, ia adalah program di bawah kerajaan, dan BKAN-BKAN yang dipanggil bersungguh-sungguh untuk menjayakan program tersebut.
Tapi.. Apa yang terjadi?
Pada hari kedua, terpapar logo Kelab UMNO sepertimana yang telah saya dedahkan sebelum ini.
Bertambah malang, setelah selesai Karnival Kerjaya Timur Tengah.. setiap BKAN yang menjadi jawatankuasa program akan diberikan sijil penghargaan di atas kerjasama.
Sijil tersebut adalah SIJIL KELAB UMNO LUAR NEGARA yang telah ditandatangani oleh Presiden UMNO ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi! Sijil penghargaan ini diberikan kepada BKAN-BKAN yang tolong menjayakan program tersebut.
Lebih malang, sijil tersebut diserahkan dengan bersampulkan KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, ketika itu dijawat oleh DATO ZAINAL. Sijil Kelab UMNO diserahkan di dalam sampul Kedutaan sebagai penghargaan menjayakan Karnival Kerajaya yang didakwa oleh JPMK sebagai program kerajaan!
Persoalan saya, Sukan 1 Malaysia bagaimana? Berdasarkan program MECC, adakah Sukan 1 Malaysia akan mengulangi penipuan terhadap mahasiswa? Ketika pendaftaran, mereka mendakwa ini adalah program kerajaan, rupa-rupanya ia adalah Kelab UMNO punya kerja.
Mungkin ada yang mengatakan, saya hanya buat spekulasi semata-mata.. Terpulang, saya ada bukti dan saksi untuk mendedahkan kebenaran sijil tersebut. Kalau berdasarkan pengalaman, kemungkinan besar Sukan 1 Malaysia akan mengulangi peristiwa yang sama dengan apa yang terjadi pada MECC.
Pautan yang perlu dibaca :
http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/06/mesyuara-s1mm-bagaimana-exco-kelab-umno.html
Sampul ini mengandungi beberapa keping sijil Kelab UMNO yang diserahkan kepada BKAN-BKAN sebagai tanda penghargaan menjayakan Karnival Kerjaya Timur Tengah 2007
Ini adalah sijil tersebut. Sijil Penghargaan daripada Kelab UMNO kerana menjayakannya. Siap ada tandatangan.. Cuma, sijil yang diberikan adalah sijil kosong.
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
0 comments:
Post a Comment