Berita yang disiarkan di dalam Eramuslim bertarikh 23 Jun, memberitakan bahawa Jawatankuasa Anti Korupsi di Afghanistan mengumumkan kepada media pada 21 Jun lalu, bahawa “gaji Presiden Afghanistan sebanyak 525 USD sahaja”, atau RM 1,696 sebulan.
Bahkan, Hamid Karzai, Presiden Afghanistan sendiri merupakan salah seorang penentang korupsi. Diberitakan juga bahawa beliau tidak memiliki sebarang tanah dan harta yang tidak melebihi 20 ribu USD di dalam bank sebagai simpanan.
Isterinya pula adalah seorang doktor yang tidak bekerja, dan anaknya mempunyai satu kedai emas yang tidak melebihi 11 ribu USD. Hakikatnya, harta yang dimiliki beliau adalah hasil pencarian yang halal.
Manakala gaji Presiden Amerika, Barrack Obama bernilai 400 000 USD sebulan, dan Perdana Menteri Inggeris, David Cameron sebanyak 142 000 USD sebulan. Menteri-menteri kita di Malaysia bagaimana ya?
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
3 comments:
mgkin sebab gaji kecik tu yg sstgh org jd 'gatal tgn' cari duit 'gelap'.. agaknye la...
patutlah orang beria-ia nak jadi presiden amerika, gaji mahal tuh..400000 USD = Rm640000
menteri kerajaan mesti gaji besar..rumah besar, kereta besar..
"Mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dalam buku otobiografinya "From Third World to First" mengatakan bahwa gaji yang rendah bagi para menteri dan pejabat publik di banyak negara Asia telah merusak negara-negara tersebut."
http://bisnis.vivanews.com/news/read/100829-mengapa_gaji_pm_singapura_tertinggi_di_dunia
http://beritasemasa.com/senarai-gaji-perdana-menteri-menteri-malaysia
http://beritasemasa.com/gaji-menteri-vvip-vs-pendapatan-rakyat-malaysia
http://beritasemasa.com/gaji-ceo-elaun-ahli-parlimen-di-malaysia
tu belum masuk income tender buat projek lg tu.. (stadium, sekolah, airport, kompleks sukan, etc)..
Post a Comment