21 June 2010

Ringkasan Falsafah Islam Tahun 4 (Siri 1)

Lukisan potret wajah Ibnu Rusyd


Untuk pengetahuan, ringkasan kali ini dibuat sehabis ringkas. Dan anda perlu merujuk kepada kitab asal untuk memahaminya. Ringkasan ini dibuat daripada buku karangan Dr Mu’ti Bayyumi, yang diasing-asingkan kepada 4 buah buku, iaitu :

1. Ibnu Rushd Wa Falsafatuh
2. Ibnu Bajah Wa Bawakir al Falsafah Fil Magrhib
3. Ibnu Thufail Wa Falsafatuh
4. Al Madrasah an Naqadiah Fil Falsafatil Islamiah Fil Masyriq

Keempat-empat buah kitab ini, menceritakan tentang 5 tokoh utama, iaitu Ibnu Thufail, Ibnu Bajah, Ibnu Rushd, Imam Ghazali dan Abu Barakat.

BAHAGIAN PERTAMA : FALSAFAH IBNU RUSHD

Bab Pertama : Kehidupan Ibnu Rushd

1. Nama sebenar Abul Walid Muhammad bin Ahmad bin Muhammad bin Rushd.

2. Lahir pada 520 H bersamaan 1126 M di Cordova.

3. Ketika itu, Cordova menjadi tempat himpunan dan pertemuan ulama sedunia.

4. Faktor yang memberi dorongan kepada beliau, melalui hubungan rapatnya dengan Khalifah Abi Ya’qub Yusuf Abdul Mu’min, dan anaknya.

5. Pada 1982 beliau menggantikan tempat Ibnu Thufail, dan ramai yang dengki dengan kedudukannya. Akhirnya beliau difitnah sebagai atheis, lalu dibuang negara.

6. Kemudian, beliau pernah kembali ke Cordova, tetap dihina dan disisih.

7. Di hujung usianya, personaliti beliau telah dibersihkan oleh Khalifah al Mansur, namun ia tidak lama kerana beliau meninggal dunia pada Hari Khamis 9 Safar 595 H (1198 M).

Bab Kedua : Akhlak Ibnu Rushd

1. Beliau adalah seorang yang tawadhu’ dan mengakui kesilapan sekiranya terdapat kesilapan.

2. Beliau juga seorang yang mendalami sesuatu benda untuk mengkaji.

3. Beliau menamakan sesuatu perkataan dengan istilahnya yang tersendiri.

Bab Ketiga : Penulisan Ibnu Rushd

1. Beliau banyak mengarang tentang perubatan, falsafah dan fiqh.

2. Ahli sejarawan berbeza pandangan tentang jumlah bilangan penulisannya.

3. Ulasan ringkas :

a. Kitabnya banyak dibakar ketika beliau difitnah dan disisih dari negaranya.

b. Beliau menulis tiga bentuk :

i. Ringkasan terhadap karangan Aristotle
ii. Kemudian huraian biasa, dan
iii. Huraian panjang.

4. Antara karangannya :

a. Asy Syuruh Wat Talkhisat

b. Jawami’ Ma Ba’da Tabi’ah

c. Jawami’ Fi Falsafah

d. Tahafut at Tahafut

Bab Keempat : Method Ibnu Rushd

Bab ini membincangkan tiga perkara, iaitu matlamat daripada method tersebut, asas method dan kaedah membincangkan masalah berdasarkan method ini.

Matlamat Daripada Method

Mendapatkan kebenaran melalui falsafah, matlamat ini berbeza dengan Imam Ghazali dalam menyifatkan falsafah di dalam kitabnya, Tahafut Falasifah. Selain itu, epistemologi juga salah satu matlamat dalam berfalsafah.

Asas Method Ibnu Rushd

1. Meneliti pandangan orang terdahulu untuk mendapatkan sumber asal.

2. Memilih salah satu daripada pandanga-pandangan ini sebagai asas pembuktian yang meyakinkan.

Kaedah Menggunakan Method

Mencari keselarian di antara nas-nas, kemudian menghuraikannya satu persatu. Setelah itu, huraian tersebut diperincikan lagi, dan setiap perincian itu dihuraikan pula dengan panjang lebar.

1. Mencari keselarian di antara nas

2. Huraikan satu persatu

3. Setiap huraian diperincikan

4. Setiap perincian dihuraikan pula dengan panjang lebar

Bab Kelima : Falsafah Ibnu Rushd

Perkara pertama yang perlu diketahui, asas dalam falsafah beliau ialah menyatukan di antara kefahaman berfalsafah, dan agama. Maka, beliau meletakkan keharusan dalam menta’wil ayat al Quran. Tetapi berdasarkan tiga jenis manusia, iaitu :

1. Golongan yang tidak mampu menta’wil, mereka adalah golongan majoriti, dan mereka adalah orang yang “menerima”

2. Golongan yang mampu menta’wil secara perbincangan (perdebatan). Mereka adalah golongan pendebat.

3. Golongan yang mampu menta’wil secara yakin. Mereka adalah golongan ulama yang mampu mengeluarkan dalil, ataupun orang yang mencipta kefahaman.

Seterusnya, beberapa persoalan yang dilontarkan, antaranya :

Apakah yang boleh dita’wil? Ta’wilan terbahagi kepada 3 jenis, iaitu :

1. Ta’wilan yang boleh menyebabkan kufur : seperti menta’wil tentang apa yang telah disepakai oleh ulama, dan menta’wil kehidupan di akhirat dengan mengatakannya tidak betul dan sebagainya.

2. Ta’wilan yang bid’ah : seperti menta’wilkan sesuatu yang selain daripada asas agama.

3. Ta’wilan yang wajib : seperti menta’wilkan hadis Nabi yang mengatakan Allah berada di atas langit.

Siapakah yang layak menta’wil?

Iaitu mereka yang berada di golongan ketiga, iaitu golongan ulama’ yang mampu memberikan dalil secara yakin. Bahkan wajib bagi mereka menta’wil untuk menyucikan Allah daripada sebarang kekurangan.

Bagaimanakah ta’wilan dibuat?

Iaitu berdasarkan undang-undang penta’wilan secara Arab. Iaitu hendaklah berdasarkan undang-undang Bahasa arab tanpa melampau, atau terkeluar daripada landasan tersebut.

Bab Keenam : Falsafah Ibnu Rushd Tentang Manusia

Terdapat 4 aspek yang dibincangkan oleh beliau tentang manusia, iaitu :

1. Jiwa

2. Akal

3. Epistemologi

4. Akhlak

Pertama : Jiwa

Jiwa manusia terdapat 5 kekuatan, iaitu :

1. Kekuatan pertumbuhan : iaitu kekuatan yang merubah “tenaga” kepada perbuatan.

2. Kekuatan penderiaan : Iaitu kekuatan 5 deria, rasa, bau, dengar, sentuh dan lihat. Ia terbahagi kepada 2 :

a) Deria khusus, iaitu kekuatan pada satu-satu deria

b) Deria gabungan, iaitu kekuatan gabungan hasil daripada kelima-lima deria tersebut

3. Kekuatan pembayangan, atau khayalan : iaitu kemampuan mengetahui sesuatu hasil daripada kekuatan deria gabungan.

4. Kekuatan kecenderungan : iaitu kekuatan yang berdasarkan kepada tiga kekuatan, iaitu :

a) Sekiranya muncul kelazatan daripadanya, ia dinamakan keasyikan

b) Sekiranya muncul perasaan terkesan daripadanya, ia dinamakan sebagai marah

c) Sekiranya muncul kebersamaan di antara pandangan dan pemikiran, ia dinamakan kehendak dan pilihan.

5. Kekuatan pemikiran : iaitu kekuatan untuk mengetahui perkara-pekara cabang. Ia terbahagi kepada dua :

a) Kekuatan berfikir secara praktikal yang dinamakan “prkatikal”

b) Kekuatan berfikir secara teori yang dinamakan sebagai teori.

Kedua : Akal

Akal terbahagi kepada :

1. Akal materialisme : iaitu kekuatan untuk “menerima” ataupun persediaan

2. Akal semulajadi : iaitu hasil daripada akal materialisme

3. Akal bertindak : iaitu akal yang beralih daripada “kekuatan” kepada “perbuatan”

Ketiga : Epistemologi

Pada pandangan Ibnu Rushd, beliau mengatakan bahawa epistemologi ialah kesempurnaan fizik seseorang manusia, yang hanya sempurna dengan cara “menanggalkan” gambaran yang diterima akal yang diperolehi daripada deria, dialihkan kepada pemikiran epistemologi tambahan daripada “akal bertindak”.

Keempat : Akhlak

Di dalam bab ini, kita akan membincangkan dua perkara :

1. Baik dan buruk
2. Ketentuan dan ketetapan (qadha dan qadar)

Pertama : Baik dan buruk

Baik dan buruk bukanlah diukur oleh diri sendiri, sebaliknya diukur dengan neraca syara’

Kedua : Qadha’ dan qadar

Beliau membincangkan masalah ini dengan konsep “sebab dan musabbab”. Beliau menolak pandangan Jabariah yang mengatakan semua perbuatan hamba ditentukan Allah. Beliau juga menolak muktazilah yang mengatakan semua perbuatan hamba adalah dipilih oleh hamba itu sendiri.

Maka beliau mengatakan bahawa Allah memberikan kita daya untuk berusaha, tetapi daya ini tidak mampu melakukan apa-apa melainkan “sebab” yang diberikan oleh Allah. Maka, qadha dan qadar memerlukan kepada kedua-dua elemen ini.

Bab Ketujuh : Falsafah Ibnu Rushd Tentang Alam

Perbahasan ini membincangkan 4 perkara, iaitu :

1. Pandangannya tentang “faktor sebab”

2. Pandangannya tentang “baharu” atau “qadim”

3. Penilaiannya terhadap pandangan Imam Ghazali

Pertama : Faktor Sebab

Daripada perbincangan tentang “faktor sebab” kita melihat bahawa beliau mengatakan “tiada pembuat melainkan Allah sahaja. Inilah yang menjadi sebab, dan diselarikan dengan keizinan daripada Allah.

Kedua : Baharu atau qadim

Ibnu Rushd tidak mengatakan bahawa alam itu adalah qadim secara hakiki, yang bermaksud azali dan “tidak berhajat”, tetapi beliau mengatakan bahawa alam itu adalah makhluk yang telah dicipta. Maka, alam itu mempunyai “permulaan”, iaitu baharu.

Ketiga : Penilaian terhadap Imam Ghazali

Imam Ghazali menolak kemungkinan alam itu bermula daripada qadim, kemudian bertukar kepada hadis sepertimana yang disebut oleh sebahagian ahli falsafah, ini kerana ia akan menyebabkan terciptanya sesuatu melewati daripada kehendak. Tetapi Ibnu Rushd mengatakan bahawa sesuatu yang tercipta boleh jadi lewat terjadi daripada kehendak pencipta. Tetapi tidak boleh terlewat daripada “perbuatan pencipta”.

Bab Kelapan : Falsafah Ibnu Rushd Tentang Ketuhanan

Tiga perkara yang dibincangkan di dalam bab ini, iaitu :

1. Dalil membuktikan kewujudan Allah

2. Sifat Allah dan hubungkait di antara Zat dan sifat

3. Kenabian dan mukjizat

4. Hari kiamat

Pertama : Dalil membuktikan kewujudan Allah

Beliau menggunakan dalil keajaiban penciptaan, yang dilihat pada manfaat yang terdapat pada badan makhluk seperti anggota badan, haiwan dan sebagainya. Dalam masa yang sama, beliau tidak menolak dalil daripada golongan yang lain.

Kedua : Sifat Allah

Beliau berpandangan bahawa sifat Allah tidak boleh dibuktikan dengan “ilmu hadis” iaitu ilmu yang baharu sepertimana yang dilakukan oleh ahli falsafah. Bukti kewujudan sifat tersebut hanya disandarkan kepada dalil al Quran

Hubungan dengan Zat

Beliau juga berbeza dengan pandangan ulama Ilmu Kalam. Iaitu beliau tidak membincangkan persoalan ini, bahkan mengatakannya sebagai satu perbuatan bid’ah yang dilakukan oleh mereka. Beliau mengatakan bahawa persoalan ini tidak mampu dihuraikan dengan kaedah pembuktian.

Bab Kesembilan : Falsafah Ibnu Rushd Tentang Kenabian

Beliau mengiktiraf dan berpegang dengan kenabian dengan begitu jelas tanpa sebarang keraguan. Kesimpulan daripada pandangan beliau tentang kenabian dan mukjizat ialah :

1. Mukjizat adalah di antara asas-asas Syariat yang tiada keraguan lagi tentangnya

2. Kaedah kewujudan mukjizat adalah urusan Tuhan yang tidak boleh diukur dengan akal

3. Kewujudan para nabi dan rasul adalah perkara yang zahir dan jelas

4. Mereka yang yang mengingkari kewujudan nabi, mereka ini ditolak

Bab Kesepuluh : Falsafah Ibnu Rushd Tentang Kebangkitan

Beliau mengemukakan dua dalil untuk membuktikan kewujudan hari kebangkitan :

1. Dalil sokongan : iaitu manusia adalah makhluk yang dimuliakan berbanding makhluk yang lain

2. Dalil matlamat : iaitu kehidupan manusia bermatlamat, sekiranya tiada kebangkitan, maka kehidupan dunia seperti tidak bermatlamat.

Pandangan beliau tentang kebangkitan :

1. Mereka yang mengingkari Hari Kebangkitan jelas bercanggah dengan agama, dan boleh menyebabkan jatuh akidah.

2. Beliau memilih pandangan ketiga, iaitu kebangkitan berlaku dengan jasad dan roh. Cuma ketika jasad manusia ketika itu adalah jasad baru, bukanlah jasadnya di dunia.

Bab Kesebelas : Penilaian Terhadap Ibnu Rushd

1. Kita tidak melihat pandangannya yang bercanggah dengan Islam, bahkan beliau mengemukakan dalil yang selari dengan Islam.

2. Beliau berpegang dengan pandangan yang membolehkan ta’wil

3. Beliau difitnah disebabkan banyak menterjemah karangan Aristotle

bersambung

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal