11 June 2010

Hotel Four Season RM110,847 Satu Malam


NEW YORK - Pelanggan perlu membayar sebanyak AS$33,723 (RM110,847) semalam untuk tidur di salah sebuah daripada sembilan bilik suite di tingket 52 Hotel Four Seasons di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Keistimewaan bilik hotel itu ialah ia mempunyai televisyen yang mempunyai rangkaian siaran dari seluruh dunia dan pemandangan ke arah Manhattan termasuk bangunan Empire State dan mercu tanda bandar raya ini, Statue of Liberty.

Keunikan lain ialah ia mengandungi sebuah perpustakaan, bilik bersantai yang mempunyai air terjun dengan batu granit diimport dari Afrika Selatan dan bilik spa.

Sinki bilik air diperbuat daripada kristal dan kolam mandi mini menghadap pemandangan kawasan Manhattan manakala lampu di ruang tamu berharga lebih AS$117,284 (RM385,399).

Pengunjung-pengunjung disediakan sebuah kereta Rolls Royce selain orang gaji dan pelatih persendirian.

Setakat ini, hotel berharga AS$43.98 juta (RM144.52 juta) itu dianggap sebagai yang termahal di New York. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal