24 June 2010

Tawanan Hamas Dibenarkan Menonton Piala Dunia


Lawak rasanya apabila mendengar berita ini. Diberitakan di dalam Eramuslim bertarikh 23 Jun 2010, menyatakan bahawa Shalit yang merupakan tawanan Hamas diberi peluang untuk menonton Piala Dunia..

Shalit adalah salah seorang tawanan Hamas sejak 2006. Hamas meletakkan syarat kepada Israel, sekiranya ingin membebaskan Shalit, Israel perlu membebaskan 1000 rakyat Palestin yang ditawan Israel.

Namun, sehingga ke hari ini Israel masih belum bersungguh untuk menuntut kebebasan Shalit daripada Hamas.

Shalit memberitahu bahawa beliau sudah bosan menunggu janji manis Israel untuk membebaskannya.

Apa yang bestnya, Shalit sempat lagi memberitahu bahawa beliau sedih dengan kekalahan Perancis terhadap Mexico baru-baru ini. Huhu..


Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
ibnuirfadzil.blogspot.com

1 comments:

alias_safwan on June 24, 2010 at 8:28 PM said...

tahanan ISA dpt tgk x?

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal