20 June 2010

Rehlah Ke Turki Anjuran PMRAM.. Lagi Best

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t.

Ini mungkin kali kedua saya memostingkan berkaitan Rehlah Ke Turki ini. Bukanlah atas saranan sesiapa, cuma hanya sekadar ingin membantu PMRAM mempromosikan lawatan ini yang mempunyai beberapa kekosongan untuk sahabat-sahabaiah menyertainya. Diaharap kepada geng-geng blogger untuk menyiarkannya diblog masing-masing. Jazakumullahu khairan jazak saya ucapkan atas kesudian menyiarkan iklan ini. Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan. InsyaAlah.

Klik pada poster untuk paparan lebih jelas.

Cuti musim panas kembali lagi memanaskan bumi anbiya' Mesir. dan PMRAM sekali lagi tidak melepaskan peluang istirehat selepas musim peperiksaan ini dengan menganjurkan Rehlah Tabadul Thaqafi ke Turki 2010 kali ke-3. Selepas beberapa siri sebelum ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk mereka yang ingin mengembara dan menjelajah dunia khususnya Benua Eropah.

Turki sememangnya terkenal dengan Masjid Biru, dan menjadi mercu tanda bagi negara Turki. Negara yang merupakan Pusat Pemerintahan Khilafah Uthmaniah suatu ketika dahulu sebelum dijatuhkan oleh Kamal At-Tartuk laknatullah. Bumi yang kaya dengan sejarah Islam dan tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi.

Pendaftaran yang sepatutnya ditutup pada 12 Jun 2010 masih dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai. Jom sama-sama jayakan Rehlah Tabadul Thaqafi Ke Turki 2010. Manfaatkan cuti anda dengan aktiviti yang bermanfaat selaras dengan Firman Allah s.w.t. yang menggalakkan umat Islam untuk mengembara keseluruh dunia bagi melihat keajaiban dan kesan peninggalan umat terdahulu.

Kepada sahabat-sahabat blogger. Diminta untuk menyebarkan iklan ini.
Satu Fikrah Satu Amal, Kita PMRAM

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal