Berita Satu
"NORIEGA BEKAS PRESIDENT PANAMA DI BICARAKAN DI PARIS"
Manuel Noriega akan di bicarakan di mahkamah Paris - Guardian Mantan presiden Panama, Manuel Noriega, akan di bicarakan di mahkamah di Paris hari ini di awal persidangan atas tuduhan cuba untuk membersihkan harta hasil dari perdagangan haram di Perancis. Sebelum ini isterinya, felicidad, yang dihukum kerana dakwaan ini secara "in absentia" oleh mahkamah Perancis pada tahun 1999 telah dihukum 10 tahun penjara dan denda sebanyak € 11.2m (£ 9.2m) .
Manuel Noriega diekstradisi dari Miami pada April melalui surat perintah penahanan antarabangsa.sekarang telah terbukti bagai mana beliau cuba untuk membersihkan hartanya dari perdagangan haram apabila hasil penjualan Kartel kokain MedellĂn yang berharga € 2.3m dari melalui bank BCCI pada tahun 1980-an digunakan untuk membeli tiga apartmen mewah di Paris sebelum di kesan oleh kerajaan Perancis.
Berita Dua
Scorpene: Polis Perancis serbu pejabat DCNS
Jun 2, 10 12:29pm
Polis Perancis menyerbu pejabat pengeluar senjata DCNS dan kumpulan industri Thales berhubung siasatan terhadap penjualan kapal selam kepada Malaysia, demikian menurut sumber kehakiman semalam.
Dokumen-dokumen dirampas dalam serbuan tersebut minggu lalu, tambah sumber itu.
Thales enggan mengulas perkara itu, manakala DCNS memberitahu AFP bahawa ia "tidak mengesah atau menafikan maklumat tersebut."
"Satu siasatan sedang dijalankan dan kami tidak boleh memberi sebarang komen."
Mac lalu, Pejabat pendakwaraya Paris memulakan siasatan terhadap penjualan kapal selam tersebut pada tahun 2002 ekoran aduan yang dibuat oleh badan hak asasi manusia dari Malaysia, Suaram.
Suaram mendakwa Armaris - anak syarikat Thales dan DCN - telah membayar komisyen sebanyak 114 juta euro kepada syarikat Malaysia Perimekar, yang dikaitkan dengan individu yang rapat dengan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib merupakan merupakan menteri pertahanan pada tahun 2002 dan bertanggungjawab dalam rundingan kontrak tersebut.
Sejak tahun 2000, bayaran komisyen bagi kontrak yang berkaitan dengan pemimpin asing merupakan satu rasuah di bawah undang-undang Perancis.
Pada 2002, The DCN menyertai Thales dan kumpulan pembinaan Navantia dalam kontrak untuk menjual tiga kapal selam kepada Malaysia pada sekitar harga satu bilion euro
0 comments:
Post a Comment