19 October 2010

Apa Fungsi Persatuan Berdaftar dengan JPMK?

Sumber : fromegypt-wewrite.blogspot.com

Entah mengapa, tidak ramai yang mempersoalkan perkara ini. Semua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN)berdaftar dengan JPMK kecuali Keluarga Pelajar Kelantan Mesir (KPKM) yang berdaftar terus dengan Kerajaan Negeri Kelantan. Perkara ini boleh dilihat dalam web jpmk.info yang meletakkan semua pautan BKAN tersebut sebagai 'persatuan berdaftar'.

Saya tidak nampak apa-apa faedah BKAN mendaftarkan diri dengan JPMK. Mengapa?

1-Peruntukan untuk Kebajikan dan Aktiviti tidak sampai kepada BKAN dan ahli-ahlinya.


Lihat link di atas. Persoalannya, berapa banyak peruntukan yang JPMK pernah bagi pada BKAN? Anak emas JPMK seperti UMNO, ISMA dan ABIM dapat jauh lebih banyak dari BKAN, sedangkan BKAN jauh lebih layak untuk mendapatkan dana ini, selaras frasa petikan web di atas "Dana untuk Tabung Kecemasan dan Rawatan ini adalah hasil sumbangan kerajaan negeri".

Buktinya, kes kematian pelajar Malaysia. Dana Kebajikan yang diberi hanya sedikit. Kes sebelum ini, minta sumbangan untuk tiket pulang ke Malaysia, yang diberi hanya LE 1000, sedangkan kita minta tiket ini adalah untuk kepulangan pelajar yang meninggal tersebut.

Begitu juga, permohonan Dana Kebajikan disusahkan dengan pelbagai prosedur dan kerenah birokrasi JPMK. Orang sedang susah lagi disusahkan oleh JPMK. Mana sensitiviti JPMK terhadap kebajikan mahasiswa di sini?

2-Mana peruntukan JPMK kepada BKAN untuk program?

BKAN telah mengikut prosedur yang ditetapkan JPMK. Hantar Kertas Kerja awal, follow-up dengan pegawai JPMK, hanya untuk dikecewakan dengan ayat "peruntukan dah habis", dan "maaf, kami tak dapat bagi untuk program ini". Tak lama kemudian, dengar khabar ISMA dapat peruntukan JPMK banyak sampai dapat buat Jaulah Sinai dengan cukup murah. Mana keadilan? JPMK banyak membantu ISMA untuk pecah-belahkan kesatuan mahasiswa yang sekian lama BKAN usahakan.

3-Apa JPMK dah buat untuk bantu BKAN?

Tiada. Bahkan JPMK banyak menyusahkan BKAN. Program Kutub Sittah PMRAM melibatkan ahli dari semua BKAN. Tergamak JPMK susahkan ahli BKAN nak menuntut ilmu Hadis. Langsung tiada perikemanusiaan.

Sekarang JPMK nak susahkan DPM pula, sedangkan ribuan ahli BKAN menyertai DPM, dan BKAN dan DPM cukup rapat & saling membantu untuk jaga kebajikan ahli. Tahun lepas JPMK fitnah Pengerusi DPM macam-macam. JPMK tak sedar ke Pengerusi DPM tersebut ahli BKAN Johor? Fitnah sebesar itu, mungkin akan mengganggu konsentrasi pelajaran insan malang tersebut. Tidakkah JPMK berfikir? Tahun ini, JPMK susahkan lagi DPM tersebut dengan Surat Sokongan pelik. Surat tanpa nama penghantar, tanpa tarikh, tanpa nombor rujukan, mana boleh Jabatan Kerajaan keluarkan surat sebegitu?

Adakah JPMK profesional dalam kerja mereka?

4-BKAN susah nak mohon Dewan ARMA

Mengapa begini? BKAN juga berdaftar dengan JPMK. Mengapa ISMA, UMNO, ABIM dan kroni-kroni anti-PMRAM mudah sangat nak guna dewan ARMA, tapi bila BKAN minta, bukan main susah dan berkira. BKAN ni anak angkat JPMK ke? BKAN ni tak berdaftar dengan KBMK ke? Ahli BKAN bukan rakyat Malaysia ke?

Kesimpulannya, tanpa JPMK pun BKAN akan tetap hidup dan aktif, bahkan pastinya lebih aktif dari BKAN yang kena ikut telunjuk JPMK. Resolusi? BKAN perlu kaji semula pendaftaran masing-masing dengan JPMK

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal