30 October 2010

Roadshow Gempur Syakhsiah Di Tanta




Sumber : ubs-pmram.blogspot.com

Tanta, 20 Oktober – Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) di bawah Lajnah (unit) Dakwah dan Pembangunan Insan telah mengadakan roadshow ke muhafazah Tanta.Program yang diberi nama Roadshow Gempur Syakhsiah ini berjalan lancar seperti biasa.

Sambutan daripada kalangan ahli di muhafazah Tanta ini cukup membanggakan samada pengajian mahupun perubatan. Bilangan ahli yang hadir ke program kali ini hampir seratus orang.

Siri jelajah ke muhafazah Tanta kali ini adalah destinasi keempat selepas ke muhafazah Damanhur, Iskandariah dan Mansurah.Program yang bermula tepat jam 4.00 petang ini dimulai dengan Majlis Perasmian ucapan Pengarah program Roadshow iaitu saudara Ahmad Norahman Bin Mohd Nor dan diikuti ucapan Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta iaitu saudara Sulaiman Bin Ismail.Dalam ucapan beliau, menekankan cara dan kaedah untuk memperkasakan amar ma’ruf nahi mungkar samada secara kuasa, lisan dan hati.

Menurut beliau lagi, menyata rasa bangga kerana dapat melaksanakan dengan gabungan ketiga-tiga unit ini.Diteruskan lagi dengan roadshow yang bercirikan talkshow.Antara ahli panel yang dijemput ialah saudara Anuar Kamal wakil unit (Bait Muslim), saudari Intan Suraya Binti Hashim (Biah Solehah) dan saudari Norazura Binti Rahim (Hisbah).

Tajuk talkshow kali ini ialah “Mengembalikan Identiti Akhlak Islamiyyah” yang telah di moderatorkan oleh saudara Muhd Haffizul Azri Bin Azman dan saudari Hurriyyah Binti Hj. Abdul Mokti.Penekanan yang telah dikupas oleh ahli panel adalah tanggungjwab bersama dalam mencegah masalah gejala social yang semakin rumit ini.Bukan pandai cakap tanpa usaha yang dilakukan akan tetapi kedua-duanya sekali.Sebelum kita menyeru kepada orang lain di sekeliling, hendaklah bermula dari diri kita terlebih dahulu.

Selain itu, ahli panel menyebut kerjasama yang telah dilakukan oleh unit hisbah pusat dengan pegawai-pegawai setiap negeri dan semua cawangan samada Dewan Perwakilan dan Badan Kebajikan anak negeri yang bertungkus lumus dalam menjayakan usul Muktamar PMRAM baru-baru ini.

Di samping itu, kewajipan amar ma’ruf nahi mungkar ini adalah fardhu ain bagi yang mengaku dan beriman kepada ALLAH S.W.T.Dalam ucapan unit bait muslim menyebut antara jalan penyelesaian bagi menangani masalah hisbah dalam kalangan mahasiswa/wi di bumi mesir ini ialah melalui ikatan perkahwinan.Hal demikian dapat mengurangkan peratusan kes-kes hisbah samada ikhtilak tak syar’ie, penyalahgunaan media masa, khalwat dan sebagainya.

Justeru, harapan daripada semua pihak agar memainkan peranan dan bersedia di setiap posisi dalam mengembalikan semula biah solehah yang telah dibawa baginda nabi.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal