23 October 2010

6.18 pm : Baru Selesai Solat Hajat


Alhamdulillah, kali ini, Allah beri keizinan kepada saya untuk membuat liputan program PMRAM dan isu-isu yang berkaitan. Kali ini, saya sedang membuat liputan berkenaan dengan program Penerangan Isu-isu Semasa Dan Mahasiswa, yang diadakan di Rumah BKAN Kelantan.

Pada jam 6.18 pm tadi, baru sahaja selesai Solat Hajat berjemaah khusus untuk Kutub Sittah yang bakal dianjurkan oleh PMRAM. Terkenang pada tahun lepas, Majlis Pembacaan Kutub Sittah ini telah cuba disabotaj oleh JPMK. Entah kenapa, majlis pembacaan kitab Hadis cuba digagalkan.

Pada jam 6.23 pm tadi, baru sahaja selesai doa selepas Solat Hajat. Dan insya Allah, majlis penerangan isu semasa akan dimulakan sebentar lagi.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal