31 October 2010

9 Orang Bakal Pergi Ke Haji Melalui PMRAM

Sumber : PMRAM.org

KAHERAH, 30 Okt - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) di bawah Badan Sambutan dan Rehlah pada sesi ini sekali lagi akan menghantar jemaah haji ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Penyertaan ini khususnya terbuka kepada seluruh mahasiswa Islam Malaysia yang berada di bumi Mesir. Pendaftaran bagi haji pada tahun ini telah dibuka seawal 1 November 2010 dan berakhir pada 18 November lalu.

Namun begitu tarikh bagi penyertaan ini dilanjutkan sehingga 23 November di atas beberapa masalah yang berlaku dan bagi memberi ruang kepada bakal jemaah haji untuk menyiapkan urusan yang masih berbaki.

Seramai 20 orang mahasiswa telah mendaftarkan diri bagi mengikuti ibadah haji. Namun begitu, hanya 9 orang sahaja yang dapat mengikuti ibadah haji pada sesi ini. 9 orang mahasiswa perubatan terpaksa menarik diri pada saat akhir kerana jadual penerbangan ke tanah suci bertembung dengan tarikh peperiksaan, manakala 2 orang lagi masih lagi dalam proses menyambung visa pelajar di sini.

Pada peringkat awal jemaah haji dijangka berangkat menggunakan kapal laut, walau bagaimanapun pada tahun ini pihak PMRAM dimaklumkan lebih awal oleh pihak pengurusan bahawa pada tahun ini semua jemaah haji tidak dapat menaiki kapal laut di atas beberapa kesulitan yang tidak dapat dielakkan berbanding pada tahun lepas. Semua jemaah haji pada tahun ini akan bertolak ke tanah suci Mekah dengan menaiki kapal terbang.

Rombongan jemaah haji pada tahun ini dijangka akan bertolak pada 6 atau 7 November ini. Sehubungan dengan itu, semua bakal-bakal haji dinasihatkan supaya menyiapkan segala kelengkapan, menjaga kesihatan fizikal dan mental bagi melicinkan lagi perjalanan jemaah haji pada tahun ini.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal