Showing posts with label Fakta Dan Realiti. Show all posts
Showing posts with label Fakta Dan Realiti. Show all posts

19 June 2010

Beberapa Keraguan Tentang Sukan 1 Malaysia.. Mohon Penjelasan..


Di sini, suka untuk saya menyenaraikan beberapa keraguan dan kesangsian terhadap Sukan 1 Malaysia yang menelan belanja LE 0.5 Juta.

1. Bagaimanakah Exco Kelab UMNO Kaherah boleh mengetahui maklumat program lebih awal? (link)

2. Harga LE 0.5 Juta adalah kos yang terlalu tinggi dengan program bersukaneka? (link)

3. Tentatif, objektif dan ahli jawatankuasa masih belum jelas sehingga sekarang. (link) dan (link)

4. Kenapakah berita-berita tentang Sukan 1 Malaysia disiarkan di dalam web Kelab UMNO? (link)

5. Kenapakah mesyuarat kali pertama dikendalikan oleh En. Kamal? Apa status dia? (link)

6. Kenapa program-program sebelum ini, yang dikatakan program kerajaan, tetapi tertera logo Kelab UMNO? (link)

7. Kenapa sijil Kelab UMNO diberikan sebagai penghargaan menjayakan program MECC yang dikatakan program kerajaan (link)

Sehingga sekarang, tiada penjelasan yang jelas tentang ini. Penjelasan yang kabur, sudah banyak ditaburkan. Saya harap, beberapa perkara ini perlu dijelaskan, bukan dikaburkan.

Eh, terlupa nak tanya, ada tak sesiapa yang menerima surat rasmi jemputan untuk ke program ini? Takkan nak jemput BKAN-BKAN menyertai program LE 0.5 juta dengan hanya mulut kosong?

Jangan masam-masam, Senyum sikit :)

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Bongkar : Kelab UMNO Kaherah Menerima LE 20 000 Untuk Baiki Tandas Dan Cat







Sila baca surat di atas, kemudian beberapa persoalan yang ingin saya timbulkan. Daripada surat di atas, kita mendapat tahu bahawa YB Dato Seri Mohd Syafie Apdal telah datang ke Mesir pada November 2007. Mungkin beliau bersama-sama rombongan kerajaan untuk menyertai MECC 07.

Beliau adalah Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara ketika itu (sila rujuk sini). Berdasarkan surat ini juga, membuktikan bahawa aduan Kelab UMNO Kaherah ketika kerajaan Malaysia datang ke sini ialah untuk MEMBAIKI TANDAS dan mengecat pejabat Kelab UMNO Kaherah!

Kerajaan datang punya susah, sampai-sampai kat Mesir, inikah aduan Kelab UMNO Kaherah? Bahkan LE 20 000 diperuntukkan untuk baiki tandas dan mengecat. Adus. Tak hairanlah kalau Sukan 1 Malaysia menelan 0.5 juta LE.

Sila lihat surat daripada JPMK, yang berletterheadkan Kedutaan. Bertarikh 22 Mac 2009. Surat penerimaan tersebut bertarikh 25 Julai 2008. Dan MECC akhir 2007. Sehingga 22 Mac 2009, tiada sebarang pembaik pulihan.

Erm.. saya serahkan kepada pembaca untuk membuat penilaian. Bukti sudah dijelaskan depan mata. Kalau ada yang sudi untuk memberi penjelasan, dialu-alukan. Terima kasih. Senyum sikit :)

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

60 Kepala Manusia Ditemui Dalam Kontena


CHICAGO: Pegawai di Arkansas sudah mula menyiasat penemuan 40 hingga 60 kepala manusia oleh kakitangan Syarikat Penerbangan Southwest di sebuah pusat kargo di Little Rock, minggu lalu.

Kepala berkenaan yang berada dalam tiga kontena berasingan ditemui Rabu lalu selepas kakitangan mendapati bungkusan itu tidak dilabel secara sempurna, kata jurucakap Southwest, Ashley Rogers.

Kakitangan syarikat berkenaan membuka kotak itu Rabu lalu dan menemui kepala berkenaan sebelum menghubungi polis yang kemudian menyerahkan kepala itu kepada koroner tempatan.

“Ia berada dalam kontena plastik. Maklumat yang dicatatkan di luar untuk memaklumkan kandungan di dalamnya itu tidak jelas,” kata koroner, Garland Camper.

Menurutnya, kepala itu dialamatkan ke Medtronic Inc di Fort Worth, Texas. Jurucakap Medtronic, Brian Henry berkata, kepala itu ialah untuk latihan bagi pakar bedah neuro yang mengkaji masalah telinga, hidung dan kerongkong.

Camper berkata, terdapat antara 40 hingga 60 kepala berbungkus dalam tiga kontena. Tetapi Henry pula berkata, pihaknya hanya memesan empat kepala dan 40 bahagian tengkorak atau sebahagian kepala dengan telinga.

‘Ia akan digunakan untuk latihan pendidikan dan ini memang biasa dilakukan,” kata Henry.

Dia juga menjelas, memang sudah menjadi perkara biasa untuk menghantar secara komersil kepala yang akan digunakan untuk penyelidikan dan pelajaran.

Medtronic, syarikat peralatan perubatan bebas terbesar dunia menggunakan khidmat JLS Consulting yang berpusat di Arkansas bagi membekal dan menghantar kepala atau bahagian kepala kepadanya.

Sementara itu, Camper berkata, siasatan awal menunjukkan dokumen yang diperoleh daripada pihak berkenaan tidak sama dengan keterangan spesimen.

“Ada percanggahan,” kata Camper yang ingin memastikan kepala itu bukan sebahagian daripada bekalan untuk pasaran gelap bahagian tubuh manusia.

Menurut Camper, ini kali pertama dia berdepan dengan kes seumpama itu sepanjang menjadi koroner. - Agensi

Baca seterusnya

Baby Menangis : Berita Penting Untuk Para Mutazawwijin



Kesan tonton tv ke atas wanita mengandung di Tamil Naidu

CHENNAI: Wanita mengandung yang sering menonton siri triler di televisyen di sebelah malam didapati melahirkan anak yang kuat menangis, demikian menurut satu kajian.

Kajian Kolej Perubatan Madras di sini mendapati bayi yang dilahirkan oleh wanita mengandung yang suka menonton siri televsiyen Tamil seperti "Chitty" lebih kerap menangis.

"Terdapat perbezaan antara bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidur lewat menonton siri televisyen lewat malam berbanding dengan ibu mengandung yang tidur awal.

"Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidur lewat didapati sering menangis termasuk selepas diberi makan," kata Dr S Elango, bekas pengarah kesihatan awam dan pencegahan perubatan Tamil Nadu kepada Bernama.

Kajian khas ini dibuat di kalangan 3,500 wanita mengandung selama dua tahun mulai 2007 hingga 2009 di kawasan luar bandar di Tamil Naidu.

Ibu-ibu itu dipantau ketika mereka sedang mengandung, manakala bayi mereka turut diperhatikan sehingga beberapa hari dilahirkan.

Kajian turut mendapati bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidak menonton televisyen lebih nyenyak tidur.-Bernama

Baca seterusnya

18 June 2010

Bukti : Sijil Kelab UMNO Diberikan Atas Kerjasama Dengan MECC 2007



Lagi kesangsian terhadap Sukan 1 Malaysia, yang boleh diteliti daripada kejadian Karnival Kerjaya Timur Tengah (MECC 2007). Sepertimana yang diwar-warkan, ia adalah program di bawah kerajaan, dan BKAN-BKAN yang dipanggil bersungguh-sungguh untuk menjayakan program tersebut.

Tapi.. Apa yang terjadi?

Pada hari kedua, terpapar logo Kelab UMNO sepertimana yang telah saya dedahkan sebelum ini.

Bertambah malang, setelah selesai Karnival Kerjaya Timur Tengah.. setiap BKAN yang menjadi jawatankuasa program akan diberikan sijil penghargaan di atas kerjasama.

Sijil tersebut adalah SIJIL KELAB UMNO LUAR NEGARA yang telah ditandatangani oleh Presiden UMNO ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi! Sijil penghargaan ini diberikan kepada BKAN-BKAN yang tolong menjayakan program tersebut.

Lebih malang, sijil tersebut diserahkan dengan bersampulkan KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, ketika itu dijawat oleh DATO ZAINAL. Sijil Kelab UMNO diserahkan di dalam sampul Kedutaan sebagai penghargaan menjayakan Karnival Kerajaya yang didakwa oleh JPMK sebagai program kerajaan!

Persoalan saya, Sukan 1 Malaysia bagaimana? Berdasarkan program MECC, adakah Sukan 1 Malaysia akan mengulangi penipuan terhadap mahasiswa? Ketika pendaftaran, mereka mendakwa ini adalah program kerajaan, rupa-rupanya ia adalah Kelab UMNO punya kerja.

Mungkin ada yang mengatakan, saya hanya buat spekulasi semata-mata.. Terpulang, saya ada bukti dan saksi untuk mendedahkan kebenaran sijil tersebut. Kalau berdasarkan pengalaman, kemungkinan besar Sukan 1 Malaysia akan mengulangi peristiwa yang sama dengan apa yang terjadi pada MECC.

Pautan yang perlu dibaca :

http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/06/mesyuara-s1mm-bagaimana-exco-kelab-umno.html


Sampul ini mengandungi beberapa keping sijil Kelab UMNO yang diserahkan kepada BKAN-BKAN sebagai tanda penghargaan menjayakan Karnival Kerjaya Timur Tengah 2007



Ini adalah sijil tersebut. Sijil Penghargaan daripada Kelab UMNO kerana menjayakannya. Siap ada tandatangan.. Cuma, sijil yang diberikan adalah sijil kosong.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Buang Karan : Cabut Gigi Guna Roket

TALI halus yang diikat pada gigi Jimmy.

NEW YORK - Seorang bapa di Amerika Syarikat, Bradley Harris menggunakan teknik unik apabila dia menggunakan sebuah roket kecil untuk mencabut keluar sebatang gigi anaknya, Jimmy yang berusia tujuh tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam satu rakaman video di laman YouTube baru-baru ini, dia memasang seutas tali halus pada gigi Jimmy yang rosak.

Tali itu kemudian diikat pada sebuah roket.

Rakaman tersebut dibuat pada tahun lalu namun ia tidak disertakan dengan nama lokasi aksi cabut gigi itu.

Pada rakaman itu, Jimmy diberi penghormatan untuk menekan butang pelancaran roket tersebut. - Agensi

Baca seterusnya

17 June 2010

Senarai Agen Yang Berdaftar Dengan KPT. Agen Di Mesir Ada Tak?

Di bawah ini adalah senarai Agen Ke Luar Negara yang berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Tarikh dikemaskini 29 Oktober 2008

Cuba baca, adakah Agen di Mesir terdapat dalam senarai?

klik untuk besarkan






Baca seterusnya

16 June 2010

Mussolini : Pernah Menikam Kawan Di Zaman Persekolahan


Benito Amilcare Andrea Mussolini (29 Julai 1883 – 28 April 1945) adalah diktator fahaman fasis Itali dari tahun 1922 hingga penggulingannya pada tahun 1943. Beliau kemudian menjadi sekutu rapat kepada diktator Jerman, Adolf Hitler, yang beliau mengaruhi.

Mussolini menyertai perang dan memihak Jerman Nazi pada bulan Jun 1940. Tiga tahun kemudian, Pihak Berikat menyerang Itali. Pada bulan April 1945, Mussolini mencuba melarikan diri ke Switzerland, tetapi ditangkap dan dihukum mati oleh unit-unit Tentangan Komunis.

Tahun-tahun awal

Mussolini dilahirkan di desa Dovia di Predappio dalam provinsi Forlì di Emilia-Romagna. Beliau dinamakan Benito sempena Presiden Benito Juarez, seorang reformis Mexico; perkataan Andrea dan Amilcare adalah daripada ahli-ahli sosialis Itali Andrea Costa, dan Amilcare Cipriani.

Ibunya, Rosa Maltoni, seorang guru yang mempercayai bahawa pendidikan adalah sangat penting, manakala ayahnya, Alessandro, seorang tukang besi, sentiasa menggalakkan Benito mengingkari pihak berkuasa (selain daripada kewibawaannya).

Beliau sangat menyayangi ayahnya tetapi malangnya, kasih sayangnya tidak pernah dibalas. Serupa dengan ayahnya yang merupakan ahli Sosialis Antarabangsa pertama, Benito kemudian menjadi seorang penyokong Sosialisme.

Mussolini tidak pernah dibaptiskan semasa kanak-kanak. Ketika berumur lapan tahun, beliau diharamkan daripada gereja ibunya kerana mencubit orang-orang lain di kerusi panjang gereja dan membalingkan batu pada mereka di luar bangunan gereja selepas sembahyang. Mussolini kemudian dihantar ke sebuah sekolah berasrama pada tahun itu dan ketika berumur 11 tahun, dibuang sekolah kerana menikam seorang murid sedarjah pada tangannya, serta kerana melontarkan bekas dakwat pada seorang guru.

Bagaimanapun, beliau memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan dan melayakkan diri sebagai seorang guru lelaki sekolah rendah pada tahun 1901. Pada tahun 1902, Mussolini berhijrah ke Switzerland untuk mengelakkan perkhidmatan tentera. Disebabkan beliau tidak dapat mencari pekerjaan yang tetap di sana, beliau ditangkap kerana hidup bergelandangan dan dipenjarakan selama semalam.

Kemudian selepas terlibat dalam gerakan sosialis, beliau diusir dan pulang ke Itali untuk menjalani perkhidmatan tentera. Mussolini kembali ke Switzerland dengan segera dan nasib baik, percubaan pengusiran yang kedua dapat dihentikan ketika ahli-ahli parlimen sosialis Switzerland mengadakan perdebatan kecemasan untuk membincangkan perlakuannya.

Pada Februari 1909, satu pekerjaan telah dicari untuk Mussolini di bandar raya Trento yang merupakan kawasan etnik Itali, tetapi ketika itu di bawah kuasa Austria-Hungary. Di sana, beliau menjalankan kerja pejabat untuk parti sosialis tempatan dan menyunting surat beritanya, L'Avvenire del Lavoratore ("Masa depan pekerja").

Tidak lama kemudian, beliau membuat perhubungan dengan Cesare Battisti, seorang wartawan serta ahli politik sosialisme dan iredentisme (doktrin yang mengatakan bahawa sesuatu kawasan harus dikuasai oleh mereka yang berkait secara etnik atau sejarah dengan kawasan itu).

Mussolini bersetuju untuk menulis dan menyunting surat berita parti politiknya, Il Popolo ("Si Rakyat"), selain daripada bertugas untuk parti tersebut. Untuk terbitan Battisti, Mussolini menulis sebuah novel, Claudia Particella, l'amante del cardinale, yang diterbitkan dalam bentuk siri pada tahun 1910. Beliau kemudian mengatakan bahawa novel itu ditulis semata-mata untuk memburuk-burukkan pihak berkuasa agama.

Novel itu telah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai "Perempuan Simpanan Kardinal" (The Cardinal's Mistress). Pada tahun 1915, Mussolini melahirkan seorang anak lelaki dengan Ida Dalser, seorang wanita yang berasal dari desa Sopramonte yang terletak berhampiran dengan Trento. [3]

Bagaimanapun, apabila novelnya diterbitkan dalam Il Popolo, Mussolini telah kembali ke Itali. Gaya polemiknya dan keingkarannya yang semakin bertambah terhadap pihak berkuasa Diraja serta anti dasar kepaderiannya menyebabkan beliau akhirnya diusir pada akhir bulan September.

Selepas kepulangannya ke Itali (disebabkan oleh sakit dan kematian ibunya), beliau menyertai Avanti! ("Mara!"), alat sebaran utama parti sosialis, sebagai kakitangannya. [4] Adik lelakinya, Arnaldo, kemudian menjadi penyunting Il Popolo d'Italia, surat berita rasmi Parti Fasis Benito Mussolini (November 1922).

Berita Tentang Mayat Mussolini Dicuri



Rujukan

  1. ↑ http://www.users.globalnet.co.uk/~semp/facistitaly.htm John Pollard (1998). "Musuh-musuh Mussolini: Had-had Pujaan Tokoh di Itali Fasis", Sudut Pandangan Baru 4(2).]
  2. ↑ Manhattan, Avro (1949). bab: “Bab 9: Itali, Vatikan dan Fasisme”, The Vatican in World Politics. URL dicapai pada 2006-06-28.
  3. ↑ http://www.fpp.co.uk/History/Mussolini/first_wife.html
  4. ↑ Ucapan oleh Vladimir Lenin: Sapaan kepada Parti Sosialis Itali
  5. http://ms.wikipedia.org/wiki/Benito_Mussolini
Baca seterusnya

Wabak Penyakit Yang Pernah Membunuh 75 Juta Orang

Maut Hitam atau Plag Hitam ialah pandemik yang paling teruk dalam sejarah manusia. Ia bermula di Asia barat daya dan merebak ke Eropah pada awal dekad 1340-an. Jumlah kematian di seluruh dunia, akibat pandemik ini, dianggarkan sebanyak 75 juta orang, termasuk antara satu pertiga hingga dua pertiga jumlah penduduk Eropah. [1][2]

Penyakit yang sama ini dipercayai kembali ke Eropah setiap generasi dengan jumlah kematian yang berbeza-beza sehingga dekad 1700-an. Cetusan-cetusan kemudian yang terkenal termasuk:

Wabak Itali (1629-1631);

Wabak Besar London (1665–1666);

Wabak Besar Vienna (1679);

Wabak Besar Marseille (1720–1722); dan

Wabak Moscow (1771).

Terdapat setakat perbalahan tentang identiti penyakit ini tetapi dari segi getirnya, ia kelihatan hilang dari Eropah pada abad ke-18.

Ilustrasi Maut Hitam daripada kitab Bible Toggenburg (1411)


Ilustrasi daripada salinan Si Decameron, k.k. 1492, Venice

Maut Hitam mempunyai kesan yang amat teruk kepada penduduk-penduduk Eropah, dengan struktur sosial sejarah mereka berubah muktamad. Ia juga merupakan suatu tamparan kepada Gereja Roman Katolik, institusi agama yang terutama di Eropah ketika itu, dan mengakibatkan penyeksaan besar-besaran terhadap kaum-kaum minoriti seperti orang Yahudi, Islam, orang asing, pengemis, dan penyakit kusta. Kehidupan harian yang tidak menentu mencipta suatu suasana yang mengerikan yang mengakibatkan orang-orang "hidup dari saat ke saat", sebagaimana yang digambarkan oleh Giovanni Boccaccio dalam lukisannya, Si Decameron (1353).

Peristiwa yang berlaku di Eropah pada awal abad ke-14 dipanggil 'Mortaliti Agung' oleh penulis-penulis sezaman, dengan cetusan-cetusan kemudian dikenali sebagai 'Maut Hitam'. Ia umumnya dipercayai bahawa nama kedua ini datangnya daripada gejala penyakit yang dipanggil nekrosis akral. Gejala ini mengakibatkan kulit pesakit menjadi hitam kerana pendarahan di bawah kulit. Walaupun demikian, istilah ini sebenarnya merujuk kepada erti kiasan 'hitam', iaitu suram, muram, sedih, atau teruk. [3]

Maut Hitam dicirikan oleh bubo (bengkak nodus limfa), menurut huraian-huraian sejarah, seperti dengan hawar bubon Asia pada akhir abad ke-19. Oleh itu, para ahli sains dan ahli sejarah telah menganggap pada awal abad ke-20 bahawa Maut Hitam merupakan cetusan penyakit yang sama yang diakibatkan oleh bakteria Yersinia pestis dan direbakkan oleh pinjal-pinjal dengan bantuan haiwan-haiwan seperti tikus hitam (Rattus rattus). Bagaimanapun, bubo juga merupakan ciri untuk penyakit-penyakit yang lain dan oleh itu, pandangan ini kini dipersoalkan. [4][5]

  1. ↑ Stéphane Barry dan Norbert Gualde, "The Biggest Epidemics of History" (La plus grande épidémie de l'histoire dalam L'Histoire n°310, June 2006, m.s. 45-46. Mengatakan "antara satu pertiga hingga dua pertiga"
  2. ↑ Robert Gottfried (1983). "Black Death" dalam Kamus Zaman Pertengahan, jilid 2, m.s. 257-67. Mengatakan "antara 25 hingga 45%".
  3. ↑ Stéphane Barry dan Norbert Gualde, "The Biggest Epidemics of History" (La plus grande épidémie de l'histoire, dalam L'Histoire n°310, Jun 2006, m.s. 38 (rencana dari m.s. 38 - 60 dikhususkan untuk untuk Maut Hitam).
  4. ↑ Penyelidikan baru mencadangkan bahawa Maut Hitam kini terpendam.
  5. ↑ Cohn, Samuel K. (2003). The Black DeathTransformed: Disease and Culture in Early Renaissance Europe, 336, A Hodder Arnold. ISBN 0-340-70646-5.
  6. http://ms.wikipedia.org/wiki/Maut_Hitam
Baca seterusnya

Matlamat Penubuhan Kelab UMNO Kaherah, Apa Pandangan Anda?


Konsep Kelab UMNO

Faktor pengajian Islam di Mesir, kedatangan pelajar-pelajar Malaysia dari masa ke semasa bertambah ramai, kekurangan kebajikan dan perkembangan isu-isu semasa dari tanahair telah menjadi konsep utama kewujudan utama Kelab UMNO Kaherah untuk menabur bakti di kalangan anak Melayu di sini.

Kelab UMNOI Kaherah tidak pernah menafikan kemunculan badan-badan lain yang ada disini, bahkan dasar kerjasama sentiasa dijalinkan termasuk Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah.

Matlamat Kelab UMNO Kaherah

Konsep Kelab UMNO Kaherah diperkembangkan dengan beberapa aktiviti untuk mencapai matlamat-matlamat seperti berikut:

i- Menyatupadukan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir khususnya yang menjadi anggota Nadi dan rakyat Malaysia dengan tujuan untuk menegakkan syiar Islam dan mendokong cita-cita Agama, Bangsa dan Negara serta mendokong dasar perlembangaan Negara.

ii- Untuk mengambil langkah-langkah dan memainkan peranan utama kepada pelajar- pelajar dalam urusan kebajikan, keselamatan, bantuan kewangan dan masalah-masalah yang berkaitan dengan pengajian dan kemajuan pelajaran.

iii- Membela hak dan menjaga kepentingan orang-orang Melayu di Mesir

iv- Melahirkan dan menimbulkan rasa kasih-sayang serta perpaduan di antara rakyat

Malaysia yang berada di Republik Arab Mesir serta persefahaman di antara pelbagai kaum di Malaysia

v- Menyediakan kemudahan-kemudahan latihan dan melahirkan pendapat serta kesimpulan menerusi majlis ceramah dan lain-lain aktiviti dalam bidang agama, ekonomi, politik, pelajaran, sukan, kemasyarakatan dan kepimpinan.

vi- Mengambil daya utama dengan memberi peluang dan keutamaan kepada bekas ahli-ahli NUMRAM untuk menyambung tenaga dan perkhidmatan dengan lebih berkesan apabila pulang ke Malaysia.

Kelab UMNO Luar Negara

Pada sesi 2003/2004, pihak Jawatankuasa Tertinggi Kelab UMNO Luar Negara yang dipengerusikan oleh YB Datuk Haji Mohd. Shafie Haji Apdal telah mengorak langkah dengan penstrukturan semula sistem serta pentadbiran Kelab UMNO Luar Negara agar lebih mencapai matlamat serta mudah untuk saling berkomunikasi antara sesama Kelab-kelab UMNO Luar Negara dengan pihak pentadbiran (Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara).

Dengan penstrukturan sistem oleh pihak Sekretariat KULN, maka dari masa ke semasa Kelab UMNO Kaherah yang dulunya hanya berdiri sendiri berpejabat di Kaherah, kini Kelab UMNO di Mesir telah mewujudkan 4 lagi Cawangan Kelab UMNO Luar Negara di Mesir (Damanhur, Tanta, Iskandariah dan Mansoura)

Kini, nama NUMRAM (Nadi -Kelab- UMNO Malaysia Republik Arab Mesir) telah bertukar nama kepada Kelab UMNO Kaherah, Republik Arab Mesir dengan bernomborkan pendaftaran Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (PPP/04). sumber

p/s : Apa pandangan anda?
Baca seterusnya

Anda Berpotensi Jadi Gila Dengan Avatar Dan Maya 3D

Salah satu web untuk menyertai alam maya.. dan mencipta kawan dalam bentuk avatar


Di dalam artikel ini, saya ingin mengajak kepada semua pembaca untuk memahami erti AVATAR yang semakin menjadi kegilaan dunia hari ini. Dari segi kebiasaannya, kita mengenali avatar sebagai :

Individu yang hidup di alam maya.


Pengenalan

Iaitu, seseorang itu boleh mencari kawannya di alam maya dengan hanya menyertai beberapa web berkenaan. Bahkan, avatar ini boleh dipilih, dikenali dengan nama dan cara kehidupan, dan sebagainya.

Manakala alam maya 3D yang saya maksudkan di sini ialah alam lain yang hidup di dalam komputer, yang menjadi tempat kediaman avatar. Sepertimana yang telah disebutkan, avatar adalah “kawan yang dicari dari alam maya”, atau dengan kata lain, mencari pasangan atau kenalan dengan manusia kartun!

Sebelum ini, saya pernah menyiarkan berita tentang seorang perempuan yang seolah-olah gila setelah menjadi peminat setia avatarnya. Artikel tersebut telah disiarkan di dalam blog ini bertarikh 13 Jun.

Di dalam web berkenaan, ia membuka peluang untuk kita mencari kawan di alam maya, dan mencipta dunia di alam maya ini. Kita boleh mencipta alam maya kita tersendiri, dan bebas melakukan apa sahaja di alam maya tersebut. Bebas untuk hidup, mencari pasangan, bekerja dan hidup seperti dunia sebenar.

Asal Usul Avatar

Kenapakah istilah avatar digunakan? Apabila anda mengkajinya, anda akan mendapati bahawa istilah avatar merujuk kepada kepercayaan hindu. Di bawah ini adalah artikel yang diambil dari Wikipedia :

Avatar (Sanskrit: अवतार, avatāra) dalam agama Hindu adalah inkarnasi dari Tuhan. Tuhan turun ke dunia, mengambil suatu bentuk dalam dunia material, untuk menyelamatkan dunia dari kehancuran dan kejahatan, menegakkan dharma dan menyelamatkan orang-orang yang melaksanakan Dharma/Kebenaran.

Krishna sebagai perantara Tuhan Yang Maha Esa dalam Bhagawad Gita bersabda:

"Yadā yadā hi dharmasya glānir bhavati bhārata abhyutthānam adharmasya tadātmanam srjāmy aham paritrānāya sādhūnām vināśāya ca duskrtām dharma samsthāpanarthāya sambavāmi yuge yuge" (Bhagavad Gītā, 4.7-8)

Maksud: Manakala kebenaran merosot dan kejahatan merajalela, pada saat itulah Aku akan turun menjelma ke dunia, wahai keturunan Bharata (Arjuna) untuk menyelamatkan orang-orang saleh dan membinasakan orang jahat dan menegakkan kembali kebenaran, Aku sendiri menjelma dari zaman ke zaman

Mungkin anda mengatakan bahawa, ini adalah avatar lain, dan avatar di alam maya adalah istilah yang berbeza. Tapi, saya cuba mengajak para pembaca untuk meneliti bahawa “maksud penggunaan avatar adalah sama”.

Avatar adalah inkarnasi daripada tuhan, yang turun ke bumi dengan menyerupai bentuk material. Manakala avatar yang kita fahami di alam maya adalah individu yang seolah-olah hidup di alam maya, boleh berbual, boleh di bawa berjalan-jalan dan sebagainya.

Bahaya Avatar Dan Maya 3D, Kaitan Dengan Idealisme

Kenapa saya katakan ia adalah satu unsur yang bahaya? Pada pandangan saya, ia sangat berkaitan dengan pemikiran Idealisme, yang mengatakan bahawa alam ini hanyalah cetusan minda. Di bawah ini adalah maklumat asas tentang pemikiran ini :

Pemikiran Idealisme ialah pemikiran yang mengatakan bahawa semua kewujudan ini adalah di dalam pemikiran semata-mata. Ia bercanggah dengan Pemikiran Realisme yang mengatakan bahawa alam ini wujud secara realistik. Manakala Pemikiran Idealisme meletakkan semua yang wujud ini, tidak lebih melainkan apa yang terdapat di dalam akal.

Golongan ini berhujah dengan pancaindera yang mengalirkan ion untuk disampaikan ke otak. Maka, semua kewujudan ini hanyalah berada di otak semata-mata. Ia terbentuk dengan dua asas, iaitu

1. Negatif : Iaitu menolak kewujudan fizik secara hakikat.

2. Positif : Iaitu berpegang bahawa semua kewujudan ini hanyalah ruh dan akal semata-mata.

Maka, mereka meletakkan kewujudan ini berdasarkan apa yang disampaikan oleh pancaindera dan ia terletak di otak. Tiada sebarang kewujudan di luar otak, dan segala-galanya hanyalah aliran elektrik yang disampaikan oleh pancaindera.

(Sumber : Falsafah Moden, Dr Ahmad Abduh Hamudah al Jamal, cetakan Universiti al Azhar)


Kesimpulan

Alam Maya yang dicipta dengan kewujudan avatar adalah salah satu unsur untuk menyesatkan manusia daripada berpijak di bumi yang nyata. Manusia akan merasakan bahawa kebahagiaan itu terletak di dunia maya, yang lebih tenang, mudah mencari kawan, mampu mendengar masalah dan sebagainya.

Dunia yang berada di hadapan kita seolah-olah tidak wujud, dan pemikiran Idealisme cuba untuk menanamkan kepercayaan bahawa alam di hadapan kita tidak wujud! Yang wujud hanyalah cetusan minda yang memaparkan segala gambaran alam di hadapan otak. Maka, kita akan merasai bahawa dunia ini tiada, melainkan imaginasi.

Antara bahaya avatar dan maya 3D ini, ia boleh menyebabkan seseorang itu gila. Gila disebabkan mindanya telah menolak kewujudan alam realiti. Maka, mereka akan berpijak dengan dunia maya yang kosong dan tak wujud. Mereka akan kehilangan identiti sebagai manusia, apabila mereka sudah terikat dan bersama dengan avatar-avatar mereka.

Apabila dikaji tentang kepercayaan Hindu, mereka mendakwa bahawa avatar adalah tuhan yang turun ke dunia material. Manakala avatar yang kita kenali adalah “kawan dari alam maya”. Hakikatnya maksud kedua-dua perkataan ini adalah sama. Iaitu, manusia mampu mencipta dunianya sendiri.

Iaitu, manusia mampu mencipta suasana, halaman rumah, kemewahan, kehidupan, pasangan dan semuanya dengan hanya menggunakan internet atau software-software tertentu. Hasilnya, mereka akan menjadi gila, disebabkan kepercayaan mereka bahawa dunia maya yang tidak wujud itu, sebagai wujud dan realiti. Atau mereka menganggap bahawa dunia maya itu sebagai realiti dan kehidupan di sana adalah kehidupan yang bahagia.

Herodotus menulis: "Apabila kehidupan terlalu membebankan, kematian merupakan suatu perlindungan yang dicari"

Antara akibat daripada idealisme, mampu menyebabkan seseorang itu merasa bahagia untuk membunuh diri! Ini kerana dia sudah tidak nampak kewujudan alam realiti dan semata-mata berpegang dengan alam maya 3D yang sememangnya tidak wujud!

Contoh yang paling mudah, anda biasa bermain permainan FPS (First Person Shooter). Ketika anda bermain, adakah anda menganggap bahawa askar yang menyerang itu wujud? Sudah pasti tidak. Tetapi konsep avatar cuba menanam di dalam pemikiran kita mengatakan bahawa ianya wujud dan realistik!

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

15 June 2010

Budak 12 Tahun Berbadan Seperti 96 Tahun


BEXHILL - Seorang budak perempuan berumur 12 tahun, Hayley Okines di Britain menghidap penyakit cepat tua yang dikenali sebagai progeria menyebabkan dia kelihatan seperti berumur 96 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun turut menghidap penyakit artritis, kurang selera makan dan mengambil banyak pil pada waktu pagi dan malam, dia enggan mengalah pada penyakit itu.

Dia kini belajar di sebuah sekolah menengah iaitu pencapaian yang tidak pernah diduga oleh ibu bapanya.

"Saya berasa bangga dengan Hayley. Dia tidak menjadikan penyakit artritis untuk menghalangnya dan dia cukup prihatin dengan ubat-ubatan. Dia cukup baik dalam mata pelajaran sains dan matematik," kata ibunya, Kerry.

Ibu bapanya amat bimbang dengan jangka hidup anak mereka itu kerana penghidap penyakit tersebut akan meninggal dunia pada umur 13 tahun.

Kerry dan suaminya akan membawa anak mereka itu kembali ke Boston, Amerika Syarikat (AS) untuk menjalani rawatan perubatan pada bulan depan.

Ibu budak perempuan itu berharap akan dapat menganjurkan pertemuan kanak-kanak yang menghidap penyakit tersebut di United Kingdom selepas majlis yang sama di AS dibatalkan kerana kekurangan dana. - Agensi
Baca seterusnya

Simpan Dadah Dalam Perut Dengan Menelan 64 Kapsul Syabu


SHAH ALAM - Bagi mendapat upah lebih RM4,000, seorang pemuda Iran sanggup bergadai nyawa dengan menelan sejumlah 64 kapsul berisi syabu yang berat kesemua dadah itu berjumlah 562 gram untuk diseludup.

Bagi setiap kapsul dadah itu, suspek mendakwa dia dibayar RM65.45 (AS$20).

Kesemua dadah yang disembunyi di dalam perutnya itu kemudian diarahkan diseludup masuk ke Malaysia untuk diserahkan kepada ahli sindiket.

Bagaimanapun, nasib lelaki Iran itu malang apabila dia ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada pukul 3.45 petang 11 Jun lalu.

Suspek sebelum itu menaiki penerbangan dari Dubai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, pemeriksaan badan ke atas suspek itu pada mulanya menjumpai 36 ketulan plastik dipercayai ganja seberat 330 gram.

"Kesemua gumpalan tisu itu diselitkan di bahagian kanan dan kiri pinggang seluar suspek itu," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Baca seterusnya

Baby 6 Minggu Diajar Berenang Dan Menyelam!


GAMBAR menunjukkan seorang bayi menyelam di sebuah kolam di Osterly, London Barat.


LONDON - Detik-detik beberapa bayi menyelam di sebuah kolam renang di Osterly, London Barat dirakamkan oleh seorang jurugambar, Phil Shaw, lapor sebuah akhbar semalam.

Jurugambar berusia 40 tahun itu membuka perkhidmatan kelas renang dan menyelam, Baby Swim melibatkan bayi seawal usia enam minggu dengan menggunakan pengajar terlatih.

Seorang bayi berkenaan dirakamkan terapung di dalam air seperti gambar kulit muka album kumpulan rock alternatif popular, Nirvana.

"Dengan kelas berenang itu, kami membantu bayi untuk meningkatkan fungsi otak," kata Shaw yang menubuhkan kelas tersebut bersama seorang rakan kongsinya. - Agensi

Baca seterusnya

14 June 2010

Web Yang Mendedahkan Top Secret Amerika, Sila Layari!


Diberitakan di dalam Era Muslim, bertarikh 12 Jun, memberitakan bahawa Pentagon sekarang sedang mengesan pembangun Wikileaks Julian Assange yang banyak mendedahkan rahsia-rahsia kerajaan Amerika. Hehe.. ingat kut hebat sangat..

Pada Bulan Jun 2010, Wikileaks telah menerbitkan beberapa bahan yang boleh diklasifikasikan sebagai Top Secret, yang dibocorkan oleh Angkatan Darat Amerika Syarikat.

Pada Bulan April sebelum itu, Wikileaks telah meletupkan dunia media dengan video serangan Helikopter di Baghdad. Dan orang yang mengupload ke dalam Wikileaks tersebut berada di dalam tahanan sekarang.

Ha.. saya persilakan kepada semua untuk melihat beberapa fail Amerika tahap Top Secret yang telah dibocorkan.


Siapakah Assange yang menghasilkan Wikileaks tersebut? Beliau adalah kelahiran Australia dan berada di merata-rata tempat (tidak beralamat). Beliau diminta untuk berada di luar Amerika bagi menyelamatkan diri.

Semoga manusia yang berkepala otak Assange ini bertambah. Dan semakin banyak rahsia Amerika dibocorkan!


Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

13 June 2010

Tangan Kotor : Membogelkan Gambar Muslimah Dengan Super Impose


Super Impose yang semakin menjadi kegilaan dunia hari ini, telah menyebabkan berlakunya beberapa kezaliman terhadap wajah wanita yang bertudung. Kesal juga, sejak kebelakangan ini, ternampak beberapa bentuk serangan media dengan menggunakan istilah-istilah lucah yang agak meluat untuk menyebutkannya di sini.

Post kali ini, saya cuba menarik para pembaca untuk memahami situasi yang terjadi. Istilah-istilah kotor yang saya maksudkan di atas, cuba dikembangkan. Antara cara-cara mengembangkan otak kotor terhadap wanita muslimah, ialah dengan menggunakan super impose.

Iaitu, mengambil beberapa keping gambar perempuan bertudung yang dirasakan secocok dengan gambar bogel, kemudian gambar perempuan tersebut dipotong dibahagian yang sesuai. Biasanya garisan tudung tersebut. Kemudian, di”tampal” pada tubuh mana-mana yang tidak berpakaian.

Maka, akan terhasil seorang wanita yang bertudung, tetapi tidak berpakaian. Kerja-kerja ini tidak lain adalah untuk menghina Islam, bahkan menghina wanita muslimah yang sentiasa menjaga aurat mereka. Persoalan di sini, dimanakah saluran mudah untuk mendapatkan gambar-gambar muslimah kita?

Oh ya, Facebook adalah jalan paling mudah dan berkesan. Sejak kebelakangan ini, nampak seperti wanita muslimah Indonesia dan Malaysia yang menjadi mangsa! Hah.. Adakah anda sedar, entah-entah gambar saudara mara kita pula yang kena.

Lebih teruk apabila gambar tersebut dibuat animasi dengan format GIF. Animasi yang boleh ditampal dengan mudah di web-web lucah. Asalnya ia merupakan gambar kaku, tetapi apabila diubahsuai dan diset dalam format GIF, akan terhasil animasi bergerak. Antaranya aksi-aksi ranjang yang agak mengaibkan untuk disebut di sini.

Kenapa perempuan muslimah yang menjadi mangsa? Kerana mereka ingin burukkan pandangan umum terhadap muslimah kita. Walaupun semua orang tahu gambar tersebut menipu, tetapi mereka telah berjaya menghasilkan satu pandangan kotor di dalam otak manusia, untuk menelanjangkan pandangan mereka apabila melihat wanita bertudung.

Atau dengan kata lain, apabila melihat orang yang bertudung, terbayanglah mereka ini seperti telanjang kerana melihat gambar yang telah disuperimposekan tadi. Jadi, nak sebut lebih-lebih, korang faham sendirilah apa yang cuba saya sampaikan. Saya rasa, tak sanggup untuk memaparkan beberapa gambar yang telah disuperimposekan oleh orang-orang yang bangang. Cukup dengan satu yang telah saya paparkan sebelum ini, sebagai pengajaran.

Apa yang perlu buat sekarang? Saya rasa anda sendiri tahu jawapannya. Jangan biarkan gambar-gambar anda (wanita) tersebar dengan mudah di internet. Facebook yang di"lock" pun, begitu mudah untuk dicerobohi oleh sesiapa sahaja. Fikir-fikirlah sendiri.

Artikel berkaitan


Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Hati-hati : Facebook Memudahkan Si Bertudung Ditelanjangkan


Susulan daripada artikel saya sebelum ini (link), yang berkaitan dengan gambar perempuan bertudung yang dieksploitasikan, saya rasa perlu untuk mengulas lebih lanjut tentang istilah “body scanning”. Mungkin ia kelihatan agak tak masuk akal untuk dihasilkan. Tapi, sila baca beberapa kaedah di bawah, yang MEMUNGKINKAN proses ini akan berhasil.

1. Semua orang sudah tahu, bahawa pakaian tidak boleh ditembusi. Tetapi di Airport telah meletakkan sistem “mengkantoikan” anggota badan secara penuh. Dahulu, kita tidak pernah terfikir ia akan berlaku. Tetapi sekarang, ia sudah berlaku.

Ok, ada yang mengatakan bahawa, itu adalah anggota badan secara langsung, bukan melalui gambar. Penjelasannya pada nombor 2.

2. Cuba kita lihat di dalam ruangan Facebook. Kebanyakan pelayar Facebook yang memakai pakaian menutup aurat, tetapi adakah tidak boleh diimaginasikan bentuk tubuh mereka?

Contoh, di dalam gambar 1, si A melakukan aksi 1, gambar kedua pula melakukan aksi 2, sehinggalah 5 keping gambar, dan kesemuanya aksi yang berbeza (walaupun aksi bersahaja).

Maka, berdasarkan ukuran baju, lipatan kain, dan sebagainya, memungkinkan tubuh badannya diolah dalam bentuk 3D. Ia adalah hasil imaginasi yang dapat diterjemahkan daripada 5 gambar tersebut. Bukan sahaja 5, 1 pun sudah cukup.

Semua orang tahu, tubuh badan wanita semuanya sama, gemuk bentuknya begini, kurus bentuknya begini, pinggang lebar bentuknya begini, dan sebagainya. Maka, daripada gambar yang tertera, mereka mengolah kepada bentuk 3D, kerana manusia punyai imaginasi.

Senang cerita, kalau anda tengok perempuan bertudung, anda akan dapat mengimaginasi sehingga “menelanjangkan” tubuhnya, walaupun aurat semuanya ditutup. Maka, Islam mengajar kita untuk “menjaga pandangan”, walaupun kepada mereka yang menutup aurat.

Islam bukan menyuruh manusia menutup aurat sahaja, tetapi menyuruh juga supaya pandangan itu dijaga. Maka, ia memerlukan 2 tindakbalas, dari sudut penutupan aurat, dan penjagaan pandangan.

Contoh paling mudah, biasa sahaja di kalangan kita yang berkata .. “aku tengok dia ni.. mesti punggung dia besar.. “ atau “aku tengok dia ni.. nampak macam ### kecil”.. Ini kerana otaknya sudah kenal bentuk-bentuk ini. Minta maaf, ayat agak kasar.

Bukan kerana aurat si perempuan tersebut, tetapi pandangan yang membogelkan. Daripada pandangan yang membogelkan ini, maka dia mampu menghasilkan bentuk tubuh si perempuan tersebut dalam bentuk 3D. (kalau belajar animasi).

Apatah lagi gambar-gambar tersebut mudah didapati dalam ruangan Facebook. Lagi kacang la nak imaginasi. Tengok je, dah terbayang. Sedangkan Islam menyuruh kita menjaga pandangan. Oh, ada saja orang kata, kenapa jumud sangat.. kalau gitu semua benda tak boleh tengok..!

Hehe... masih mencari alasan, dan tak perlu nak diulas dengan alasan ini.

Dalam masa yang sama, orang Yahudi boleh mengambil mana-mana gambar yang depa suka walaupun ia di”lock”kan. Jadi, otak depa semua orang kenal. Maka, berkemungkinan mereka boleh ambil sebanyak mungkin gambar-gambar perempuan bertudung, lalu menterjemahkannya dalam bentuk 3D.

Kita pernah lihat, di dalam game FIFA contohnya, muka Bekcham dihasilkan dengan 3D sebijik dengan muka asal. Apa susah? Sekarang ni pun, sudah berlambak adengan-adengan lucah dalam bentuk 3D.

“Yang tu 3D ustaz... bukan aurat kita pun.., depa yang salah,” Terpulang bagi anda untuk menilai. Apa yang pastinya, walaupun dia tidak mengeksploitasi menjadi gambar 3D, ia tetap dapat digambarkan di dalam otak. Atau dengan kata lain, dengan hanya melihat gambar pada Facebook, sudah membolehkan si pelayar tersebut untuk membayangkan tubuh si perempuan tersebut dalam keadaan bogel dan telanjang!

Ada juga yang berkata "Kalau depa tak tengok gambar kita pun, depa dah boleh imagine dah.. nak buat camna.." Ada juga yang berkata.. "jumud la hang... susah la gitu.. semua gambar pun tak boleh tengok" Saya rasa.. ayat ini tak perlu dijawab. Ia hanya memanjangkan penulisan. Ini nasihatku.. sayangi dan hargailah kecantikan yang Allah bagi..

Itu belum lagi dijelaskan tentang gambar yang disuperimposekan. Kepala bertudung, tapi digabungkan dengan badan bogel.. Ha.? Nak jawab ape? Tengok-tengok, muka tu macam kenal.. Lagi la..

Insya Allah, perkara ini saya akan jelaskan di dalam artikel yang lain. Fikir sendiri. Sekadar inilah nasihat saya, terpulang kalau anda ingin mengkritik. Tetapi pastikan ia dijadikan pengajaran. Semoga nasihat ini berguna. Senyum sikit :)

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

12 June 2010

AUKU Masih Bercanggah Dengan Perlembagaan


Kes pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) Soh Sook Hwa mencabar bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kerana didakwa melanggar perlembagaan telah ditangguhkan.

Hal ini demikian kerana Seksyen 15 yang dipertikaikan telah digantikan semasa pindaan AUKU pada tahun 2008. Dengan itu hakim meminta agar pihak pemohon dan pembela mengesahkan keadaan seksyen tersebut terlebih dahulu.

DEMA membantah AUKU yang telah menghadkan kebebasan pelajar untuk melibatkan diri dalam politik dan menafikan hak penglibatan mahasiswa dalam ruang sosial secara demokratik.

Gerakan Demokratik Pelajar dan Belia Malaysia (Dema) berpegang pada pendirian bahawa AUKU melanggar perlembagaan.

Perlembagaan memberikan hak penglibatan dalam politik kepada semua warga negara yang berumur 21 tahun dan ke atas untuk mengundi, maka ini membuktikan bahawa perlembagaan mengakui mahasiswa mempunyai hak terlibat dalam politik.

Namun, Soh pula didakwa melanggar Seksyen 15 AUKU yang sebenarnya bercanggah dengan perlembagaan.

DEMA turut mengkritikkan pihak universiti yang sering kali menggunakan AUKU untuk mengehadkan dan menakutkan mahasiswa.

Bukan sahaja Soh yang telah dijadikan mangsa AUKU, tetapi empat lagi mahasiswa sains politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut didakwa universiti menggunakan Seksyen 15(5)(a) AUKU, kerana mereka menjalankan penyelidikan dalam pilihan raya kecil.

Walaupun AUKU sekali lagi telah dipinda pada tahun 2008, tetapi pindaan seksyen 15 tetap mengehadkan mahasiswa untuk menyertai parti politik dan persatuan yang dianggap "tidak sesuai" oleh menteri pendidikan tinggi.

Oleh itu, DEMA tetap beranggapan bahawa seksyen 15 AUKU walaupun selepas dipinda, masih bercanggah dengan perlembagaan.

DEMA mengkritik AUKU yang menyekat permikiran mahasiswa dan DEMA juga membantah tindakan AUKU yang menyebabkan mahasiswa berfikiran sempit

Semakan kehakiman kes Soh jatuh pada hari sebelum prosiding kes UKM, tetapi cara pihak universiti menangani kedua-dua kes ini sama sahaja. Pihak universiti selalunya menggunakan alasan bahawa mahasiswa akan dikongkong oleh parti politik untuk menyekat penglibatan mahasiswa dalam bidang politik. Sebenarnya, pemikiran sempit ini telah ketinggalan zaman.

Namun, pada pandangan kami, penglibatan mahasiswa dalam politik mendatangkan kesan baik, misalnya, Majlis Pelajar Universiti Hong Kong telah menunjukkan pendirian politik untuk menegakkan keadilan dalam Peristiwa Tiananmen.

DEMA beranggapan bahawa penglibatan mahasiswa dalam politik merupakan pemangkin untuk mencapai demokrasi. Kami menuntut mahasiswa dibenarkan melibatkan diri dalam bidang politik. Oleh itu, kami mendesak kementerian pendidikan tinggi memikirkan kesan buruk yang diakibatkan oleh AUKU.

Tidak kira sama ada Soh berjaya dalam kes beliau mencabar AUKU, DEMA tetap berkongsi pendirian yang sama dengan beliau, malah menghormatinya yang mempertahankan hak-hak mahasiswa dan demokrasi kampus.

Akhir sekali, DEMA ingin menegaskan lagi bahawa kami tidak akan menerima pindaan AUKU, tetapi matlamat kami tidak pernah berubah, iaitu mansuhkan AUKU.

Yap Heng Lung merupakan setiausaha pentadbiran Gerakan Demokratik Pelajar dan Belia Malaysia (Dema).

Baca seterusnya

Lawak : Hubungi 911 Untuk Cari Calon Suami



Macam-macam: Wanita guna talian 911 cari calon suami dipenjara

2010/06/11

ALLIANCE: Seorang wanita Ohio berusia 57 tahun terpaksa menjalani hukuman penjara selama tiga hari selepas didakwa menyalahgunakan talian kecemasan 911 semata-mata hanya untuk mencari calon suami.

Audrey Scott dari Alliance, Ohio dikatakan menghubungi talian berkenaan lima kali sehingga memaksa pegawai yang bertugas memberi amaran beliau boleh ditahan kerana menyalahguna talian 911.

Scott didapati bersalah kerana melakukan perbuatan itu minggu lalu dan dikenakan hukuman penjara tiga hari. Beliau mungkin dikenakan hukuman selama seminggu sekiranya didapati mengulangi kesalahan itu dalam tempoh setahun. – Agensi

p/s : Sila hubungi Unit Bait Muslim.. Kan mudah.

Baca seterusnya

11 June 2010

Hotel Four Season RM110,847 Satu Malam


NEW YORK - Pelanggan perlu membayar sebanyak AS$33,723 (RM110,847) semalam untuk tidur di salah sebuah daripada sembilan bilik suite di tingket 52 Hotel Four Seasons di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Keistimewaan bilik hotel itu ialah ia mempunyai televisyen yang mempunyai rangkaian siaran dari seluruh dunia dan pemandangan ke arah Manhattan termasuk bangunan Empire State dan mercu tanda bandar raya ini, Statue of Liberty.

Keunikan lain ialah ia mengandungi sebuah perpustakaan, bilik bersantai yang mempunyai air terjun dengan batu granit diimport dari Afrika Selatan dan bilik spa.

Sinki bilik air diperbuat daripada kristal dan kolam mandi mini menghadap pemandangan kawasan Manhattan manakala lampu di ruang tamu berharga lebih AS$117,284 (RM385,399).

Pengunjung-pengunjung disediakan sebuah kereta Rolls Royce selain orang gaji dan pelatih persendirian.

Setakat ini, hotel berharga AS$43.98 juta (RM144.52 juta) itu dianggap sebagai yang termahal di New York. - Agensi

Baca seterusnya
 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal