03 June 2010

Misteri : Siapakah Yang Terlibat Dalam Sukan 1 Malaysia?

Gambar hiasan.. takda kena mengena...


Sepertimana yang telah saya tulis di dalam artikel sebelum ini (link), acara yang disediakan sebanyak 10 acara untuk ikhwah, dan 10 acara untuk akhawat. Sehingga kini, tentatif masih belum disiarkan sedangkan tarikh tutup pendaftaran pada 6 jun. Kenapa? Ahli Jawatankuasa Pelaksana pun tidak disiarkan, kenapa?

Sekiranya benar ia adalah program di bawah Kementerian Belia dan Sukan, kenapa tidak panggil PMRAM dan BKAN-BKAN untuk "menjadi adhoc dan AJK Pelaksana"? Siapa yang akan jadi tukang masak? Siapa yang uruskan pengangkutan?

Sekiranya benar ia adalah di bawah kerajaan, kenapa tidak panggil semua BKAN untuk menguruskan beberapa tugasan ini? Siapa yang menguruskannya? Apa yang pasti, orang yang menguruskannya itu, berpotensi untuk buat duit.

Erm.. Setakat ini, iklan dan berita hanya disiarkan melalui 3 saluran ini,

1. Laman Web Rasmi Kelab UMNO Luar Negara (link) dan (link)

2. Laman Web Rasmi JPMK (link)

3. Laman Web Rasmi UMNO Kaherah (link)

4. Laman Web Peribadi + Rasmi En Khairi (link)

Apabila diintai-intai, tidak disiarkan pun dalam web Rasmi PMRAM, mana-mana BKAN, web ISMA pun tak siarkan jugak. Eh.. ni program siapa? Kalau program bawah JPMK, siapakah adhoc yang terlibat? Adakah En Khairi dan En Muhaimin sahaja yang dinyatakan sebagai urusetia?

Saya harap, lontaran-lontaran soalan ini dapat dijawab dan dijelaskan. Ingat, Mahasiswa bukan budak sekolah!

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal