22 June 2010

Daurah Soifiyyah Bagi Pelajar Tahun Satu Bermula 26 Jun



Kepada semua pelajar tahun satu yang terlibat dengan kelas Daurah Soifiyyah anda diwajibkan menghadiri kelas tersebut yang akan diadakan sebagaimana maklumat berikut :

Tarikh bermula : 26 Jun 2010
Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Kuliah Ulum Islamiyah , al-Azhar Sadis

Kelas ini berjalan selama 10 minggu iaitu 60 hari, 6 hari dalam seminggu kecuali hari Jumaat. Kegagalan menghadiri kelas tersebut MELEBIHI 15 HARI akan DIGANTUNG daripada menduduki imtihan seterusnya terpaksa mengulanginya pada tahun depan.

Bagi mana-mana pelajar yang belum selesai peperiksaan anda dikehendaki memohon surat taazur daripada syuun kuliah masing-masing berisi butir-butir berikut : nama, negara, kuliah, dan tarikh terakhir peperiksaan kemudian diserahkan surat tersebut kepada mas’ul daurah soifiyyah iaitu Dr. Zakaria di Kuliah Ulum Islamiyah ketika menghadiri kelas tersebut.

Sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi :

SAUDARA ABDUL AZIZ BIN ALI,
KETUA BADAN PENDIDIKAN DAN KOMUNIKASI BAHASA PMRAM 2010,
ditalian 011-3265864.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal