hiasan
STOCKHOLM: Agensi produk perubatan Sweden, Lkemedelsverket, dilaporkan menyekat tiga jenama silikon implan payu dara berikutan risiko produk itu meletup.
Agensi terbabit mengesahkan, langkah itu diambil berikutan keputusan pihak berkuasa Perancis melarang implan yang dihasilkan menggunakan Poly Implant Prothese (PIP).
Sejak 2001, dianggarkan 35,000 hingga 45,000 wanita Eropah menjalani pembesaran buah dada menggunakan implan palsu.
Tiada angka rasmi bilangan sebenar wanita Sweden yang terjejas akibat implan palsu terbabit manakala di Perancis kira-kira 1,000 wanita ditawarkan alternatif.
Berapa ramai yang menggunakan implan jenis itu adalah maklumat yang cuba kita ketahui. Kami harap dapat menyiarkan maklumat terbabit secepat mungkin, kata Staffan Strmberg dari agensi terbabit.
Bagaimanapun, di sebalik larangan agensi itu terhadap produk berkenaan, Stromberg berkata, beliau tidak melihat sebarang sebab untuk wanita Sweden yang menjalani implan terbabit untuk terlalu bimbang.
Implan PIP dilarang oleh Perancis selepas satu laporan bahawa ia mungkin meletup berikutan kesilapan campuran silikon.
Produk berkenaan kini ditarik balik dari pasaran Sweden dan klinik di negara itu juga dilarang daripada menggunakannya.
Pakar bedah Ulf Samuelsson di akademi klinik Stockholm mengesahkan mereka tidak pernah menggunakan implan palsu.
Dalam perkembangan berkaitan, penyelidikan terbaru mendapati semakin kurang wanita akan menggunakan implan payu dara pada tahun ini.
Penyelidik pasaran, firma Mintel, menurunkan anggaran penggunaan implan itu bagi 2010, kata akhbar The Times.
Laporan itu didedahkan ketika wujud trend di Hollywood menunjukkan selebriti terkenal memilih untuk membuang implan manakala studio juga memilih pelakon dengan buah dada asli.
Antara selebriti yang sudah membuang implan mereka termasuk Pamela Anderson, Katie Price dan Victoria Beckham, tahun lalu.
0 comments:
Post a Comment