JAKARTA: Sebuah pesawat latihan kecil yang mendarat di sebuah lapangan terbang di pinggir bandar raya ini melanggar dua penunggang motosikal di landasan.
Kedua-dua mangsa yang mati serta-merta di Lapangan Terbang Curug di Tangerang itu disyaki menggunakan landasan berkenaan secara haram sebagai jalan pintas.
Juruterbang dan penumpang pesawat Socata TB-10 Tobago itu cedera, kata jurucakap Kementerian Pengangkutan, Bambang Ervan.
Landasan di lapangan terbang kecil itu sering digunakan sebagai jalan pintas oleh penduduk kampung berhampiran “Pagar kawat berduri dipasang sekeliling lapangan terbang itu tetapi mereka masih dapat mencari jalan untuk menceroboh,” kata Bambang. - AP
1 comments:
salam ust...bunyi kelakar tapi benar2 terjadi...melihat suasana itu...kadang kala kerana mengejar mase atau terlalu cuai menyebab kan kita menerima akibatnya...ia mati itu pasti..tapi hidup insyaAllah
Post a Comment