Tahun ini, STAM atau singkatan kepada Sijil Tinggi Agama Malaysia telah seolah-olah dikatakan "tidak laku" untuk membolehkan seseorang itu memasuki al Azhar. Kenapa ya? Entah. Saya tidak pasti kenapa tahun ini (sesi 2009/2010), semua mahasiswa yang telah cemerlang di dalam STAM, diminta untuk mengambil peperiksaan sekali lagi di peringkat al Azhar.
Jelas, seolah-olah menampakkan STAM sudah tidak laku. Kenapa baru tahun ini berlaku perkara demikian? Adakah kecemerlangan akhir-akhir ini menjunam? Saya rasa tidak. Statistik yang dibentangkan oleh Ustaz Farkhan ketika Muktamar Sanawi PMRAM kali ke 77 baru-baru ini, menunjukkan peningkatan akademik yang memuaskan.
Bagi mahasiswa, secara keseluruhannya di setiap cawangan PMRAM meningkat sebanyak 18% manakala mahasiswi meningkat sebanyak 10%. Ya, saya sendir menyaksikan kehebatan mahasiswa dalam segenap sudut sejak akhir-akhir ini. WaLlahua'lam, hanya pemerhatian saya.
Tetapi persoalannya, kenapa terdapat peperiksaan "semula" setelah mereka cemerlang dalam STAM? Adakah ia akan berulang tahun hadapan? Bahkan, mereka yang gagal dalam peperiksaan tersebut (terlalu sedikit), dikira tidak lulus, dan ada sebahagiannya dimasukkan ke Kuliah Ulum Islamiah di Hayyu Sadis.
Erm.. Kenapa ya? Saya masih risau sekiranya perkara ini berterusan. JPMK perlu memberi tumpuan dalam persoalan ini. Kenapa JPMK tidak bersuara ketika masalah ini melanda mahasiswa? Mungkin mereka telah melakukan beberapa usaha, tetapi, hakikatnya mereka perlu bertanggungjawab dalam perkara ini.
Ini kerana, ia akan menjatuhkan nilai sijil STAM. Maka, pelajar-pelajar di Malaysia akan merasakan sijil ini tiada nilai, dan mereka akan melupakan al Azhar, dan al Azhar di kalangan Melayu akan kehilangan pewaris!
Saya bimbang sekiranya ini adalah usaha tangan-tangan kotor untuk menjatuhkan nilai sijil STAM dengan cara bersembunyi di belakang nama al Azhar yang bersih. Ini hanya kebimbangan yang saya lahirkan. Nanti orang kata fitnah pulak..
Saya menggesa pihak JPMK perlu menegekkan kembali ke"tuan"an STAM ini. Pelajar di Malaysia akan menganggap sijil ini tak laku! Disebabkan JPMK hanya menutup mulut. JPMK, bangunlah dari tidur anda, kami perlukan hak kami!..
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
5 comments:
Salam Mujahid.
Dah baca Al-Quran belum hari ini? Tiba-tiba pula buka isu baru ini. Tiba-tiba pula buka isu STAM. Aduhai!
Anta bukan menimbulkan persoalan. Menimbulkan syak-wasangka adalah. Buat orang suuzhon saja. Buat hati orang jadi keras saja. Anta ini cuba ambil cuti seminggu daripada menulis dan waktu itu anta berziarah ke rumah orang-orang alim di Mesir ini daripada pagi sampai ke malam. Minta nasihat sikit. Manalah tahu antara mereka ini ada yang kasyaf. Bagi bercahaya sikit hati. Barulah bila orang baca blog ini, ada yang dapat Hidayah.
Daripada anta tulis hal-hal macam ini, baik anta tulis perkara yang berkaitan dengan ulama di Mesir ini. Macam yang Ustaz Husni dan Ustaz Luqman Kedah buat dalam blog mereka. Ini, tulisan-tulisan anta sikit pun tak ada yang berkaitan dengan perkara-perkara macam itu. Kata memperjuangkan mahasiswa. Mahasiswa memperjuangkan ilmu. Tapi blog ini, hal yang ilmiah sikit pun tak ada. Kalau lah sesebuah blog itu melambangkan diri tuan punyanya, maka ingin saya di sini memberikan kepada anda sebuah berita gembira bahawa anda telah gagal dalam mepmerjuangkan ilmu.
Mujahid! Mujahid!
Saya kasihan dengan anta.
salam ustaz mujahid..ana nak buat sedikit pembetulan la atas ape yg anta dakwa.."pelajar yang gagal stam akan dimasukkan ke kuliah ulum islamiah"..untuk pengetahuan saudara yang tidak pernah selidik terlebih dahulu sebelum memebuat kenyataan,,sehingga hari ini,kuliah tersebut tidak pernah mengambil pelajar2 yang gagal stam untuk belajar di kuliah ulum islamiah,sedangkan pemilihan pelajar2 tersebut sendiri dipilih secara telus antara pelajar2 yang cemerlang..bukan untuk bangga ataupun riak,tapi itulah hakikatnye..
2)sekiranya anta meragukan kuliah ini,bukan sahaja jpmk,tetapi anta tidak berpuas hati dengan azhar sendiri..sedangkan,azhar tidak akan sewenang2nya menubuhkan apa2 kuliah,jadi anta dan sape2 yang sekufu dgn anta tak perlulah meragukan kuliah ini...satu lagi,anta pernah mendakwa bahawa dato duta merupakan salah seorang tenaga pengajar kuliah ini ,,,adalah salah sama sekali...
seterusya,dakwaan anta terhadap persepsi pihak jpmk yang kononnye mereka meremehkan sijil stam...juga adalah kenyataan yang salah..sebenarnye,memang tidak ada ape2 masalah pada sijil stam,tetapi yang bermasalah adalah pelajar2 itu sendiri..masalahnye,bukan semua pelajar yang datang dengan stam itu cemerlang seperti anta,jadi,kire bersyukurlah diadakan imtihan qabul tu..dan sebagaimane yg kita tahu,imtihan qabul tu diwujudkan sendiri oleh pihak azhar..utk pengetahuan ustaz,imtihan qabul ini bertujuan adalah untuk mengukur sejauh mana kebolehan mustawa bahasa arab pelajar2 wafidin azhar.. jd rasenye diam sajalah,xpelulah hidup nak condemn saja..
Kesimpulannya apa yang ana boleh katakan,90% drpda apa yang anta post kat sini adalah salah dan anta menulis atas rasa tidakpuas hati semata2 tanpa merujuk kepada mana2 individu yang berkenaan terlebih dahulu..jadi,ana mencadangkan anta berhenti menulis untuk tempoh yang terdekat ini kerana ianya hanya mengundang spekulasi dan kontroversi kepada pembaca dan saya kira mana2 kenyataan yang salah adalah fitnah..dan anta sebagai seorang pelajar usuluddin yang sangat CEMERLANG drpda orang lain lebih arif tentang hal ini..kedua,ana minta anta untuk menarik balik kenyataan yang salah tersebut dan memohon maaf secara terbuka..kerana anta seolah2 telah menconteng arang ke muka PMRAM sendiri..jangan sampai PMRAM menyesal memilih anta sebagai exco..fikir2kan..ini no telefon ana..0147745924
mohd firdaus bin mazani
-pelajar tamhidi,kuliah ulum islamiah..
assalamualaikum.
Salam Akhi..
1. Ana tak kata mereka yang tak lulus STAM masuk kuliah ulum.. Ana kata siapa yang tak lulus imtihan qabul al Azhar. Enta keliru.. Memang ada yang dimasukkan ke Kuliah Ulum setelah mereka tak lulus imtihan qabul al Azhar.
2. Bila masa ana meragukan kuliah Ulum? Ana meragui sekiranya "semua mahasiswa wafidin dipindahkan masuk ke Kuliah Ulum".
3. Dato Zainal mengajar kitab di ARMA, bukan di kuliah Ulum ni. Dia mengajar semua pelajar Kuliah Ulum (ketika itu), batch pertama. Ana tak maksudkan Universiti al Azhar Melayu (sebelum ini) sebagai Kuliah Ulum.
4. Anta boleh rujuk batch tahun lepas, tentang kitab yang beliau ajar, dan apa yang diajar.
5. Harap jangan tersalah maksud.
Terima kasih..
wsalam.
BIDASAN :
1)sebenarnye,pelajar2 yang gagal tersebut tidak belajar di kuliah ulum islamiah tetapi hanya menumpang di bangunan kami untuk belajar maharat..kedua,baguslah pihak azhar telah aturkan pelajar yang gagal di imtihan qabul,diwajibkan untuk mengikuti kelas maharat..kerana cuba bayangkan,imtihan qabul yang senang itupun mereka tak dapat jawab dengan baik,.bagaimana nak meneruskan pengajian di kuliah mereka yang sebenar yang ternyata lebih susah untuk kite adapt..ini asdalah satu usaha yang baik dalam membantu mereka bukannye nak merendahkan sijil stam..
2)bukan post kali ini sahaja,bahkan post2 sebelum ini pun memeperlihatkan pembaca betapa tak puas hatinye anta terhadap pihak jmpk dll sehingga menuding jari kepada semua benda termasuk kuliah kami..kalau xpuas hati pd jmpk,xpuashati pd jpmk sajalah..xperlulah nak libatkan kuliah ulum islamiah..
3)so,ape masalahnye dato duta buat kelas kpde pelajar2 tersebut pd tahun lepas..?baguslah..beliau nak menyampaikan ilmu..tp anta kate ape yg disampaikan oleh beliau adalah becanggah dengan manhaj azhar..adakah anta berada di situ sehingga anta kata demikian...?dan sejauh manakah anta tahu pasal manhaj azhar yang sebenar..?ataupun raisul jamiiah ade bgtahu anta bhwa beliau xmnggunakan manhaj azhar..?jgn disebabkan anta xsuke dato' duta menyebabkan apa sahaja tindakan beliau adalah salah.
4)ana mmg dah tye senior pun pasal ape yg mereke belajar sebenarnye..xde ape2 maslah pun..
5)terima kasih ingatkan ana supaya x tersalah maksud..tp rsenye x..
same2..
Ok.. terima kasih
Post a Comment