07 June 2010

Ringkasan Falsafah Baru, Silibus Tahun 4 (Siri 6)

Comel tak aku? hu hu...

Siri ke lima pulak..


BAB 5 – PEMIKIRAN UTAMA DALAM FALSAFAH BARU

Di dalam bab ini, kita akan mengenali secara spesifik, 3 haluan utama ahli Falsafah Baru dalam berfikir. Haluan utama tersebut ialah :

1. Pemikiran Rasionalisme
2. Pemikiran Empirisisme
3. Pemikiran Idealisme


Pemikiran Rasionalisme

Pemikiran ini berpegang bahawa akal adalah “kuasa tertinggi” dalam mengenali hakikat sesuatu. Akal manusia mampu untuk mengetahui apa sahaja. Bertentangan dengan empirisisme secara teorinya, ia menafikan pengalamaan pancaindera sebagai sumber pengetahuan.

Konsep utama yang menjadi pegangan ini ialah kepercayaan terhadap kemampuan dan autoriti akal fikiran (alasan) untuk menyingkap ilmu dan kebenaran. Rasionalisme mengukur bahawa daya intelek yang wujud secara semulajadi dalam diri manusia mampu mencari dan menanggapi kebenaran.

Rasionalisme menganggap akal sebagai sumber tertinggi untuk mendapat kebenaran dan mencapai segala ilmu pengetahuan. Rasionalisme yang berasaskan nilai-nilai saintifik menolak adanya wahyu dan mukjizat keranan dianggap tidak logik. Ukuran sama ada sesuatu itu saintifik atau tidak juga terletak pada sama ada ia logik ataupun tidak.

Pemikiran ini didokongi oleh Descartes (1596-1716). Beliau telah mengemukakan beberapa istilah :

1. Kepastian (dhoruri) : Contohnya, A lebih besar daripada B, dan B lebih besar daripada C. Maka, pasti A lebih besar daripada C

2. Penggeneralisasia (ta’mim) : Iaitu, contoh yang disebut di atas, sesuai dengan semua keadaan, masa dan tempat. Bukan hanya sesuai untuk contoh-contoh tertentu sahaja.

3. Subjektivisme (zatiah) : Iaitu semua kewujudan adalah subjektif

4. Rumus matematik : Contohnya, jumlah sudut darjah dalam segi tiga pasti 180 darjah walau apa jua segi tiga pun.

5. Rumus mantik : Contohnya seperti sesuatu yang menyeluruh, pastinya lebih besar daripada cabang-cabangya.

Selain itu, kita perlu tahu bahawa Pemikiran Rasionalisme ini bersama dengan Pemikiran Empirisisme dalam meletakkan kemampuan seseorang untuk mengenali hakikat kewujudan di dalam perbincangan tentang Epistemologi (makrifah). Antara tokoh pemikiran ini ialah Descartes (1596-1716), Spinoza (1632-1677) dan Leibniz (1646-1716).


Pemikiran Empirisisme

Pemikiran ini ialah meletakkan bahawa akal itu tidak wujud, bahkan apa yang wujud hanyalah deria semata-mata, yang menjadikan manusia itu mengetahui. Atau dengan kata lain, semua pengetahuan ini diperolehi berdasarkan pengalaman (apa yang pernah dilalui), dan dunia hanya boleh dijustifikasikan oleh pengalaman.

Mereka juga menolak kewujudan naluri, dan hanya berpegang dengan deria semata-mata sebagai sumber pengetahuan. Tokoh-tokoh Barat moden yang mengembangkan aliran empirisisme ialah John Locke (1632-1714), yang menganggap manusia dilahirkan dengan akal yang kosong, yang baru dicorakkan oleh pengalamaan indera kemudiannya. Aliran ini turut didokong oleh David Hume (1711-1776) dan Auguste Comte (1798-1857).

Kemuncak Pemikiran Emperisisme ialah kemunculan aliran positivisme oleh Auguste Comte menerusi tiga teori tiga proses sejarah manusia, yang bermula dengan tahap teologi, diikuti tahap metafizik dan akhirnya tahap positif. Pada tahap positif inilah manusia dikatakan tidak lagi memerlukan agama dan spekulasi falsafah, sebaliknya lebih memerlukan dan meyakini ilmu pengetahuan yang berasaskan pengalaman positif, iaitu melalui pancaindera.

Antara ahli Falsafah yang masyhur dengan pemikiran ini ialah Fracis Beacon, kemudian diteruskan oleh David Hume (1711-1776), John Locke (1632-1714), Auguste Comte (1798-1857), Condillac (1715-1780), Helvitius (1715-1771)


Pemikiran Idealisme

Pemikiran Idealisme ialah pemikiran yang mengatakan bahawa semua kewujudan ini adalah di dalam pemikiran semata-mata. Ia bercanggah dengan Pemikiran Realisme yang mengatakan bahawa alam ini wujud secara realistik. Manakala Pemikiran Idealisme meletakkan semua yang wujud ini, tidak lebih melainkan apa yang terdapat di dalam akal.

Golongan ini berhujah dengan pancaindera yang mengalirkan ion untuk disampaikan ke otak. Maka, semua kewujudan ini hanyalah berada di otak semata-mata. Ia terbentuk dengan dua asas, iaitu

1. Negatif : Iaitu menolak kewujudan fizik secara hakikat.

2. Positif : Iaitu berpegang bahawa semua kewujudan ini hanyalah ruh dan akal semata-mata.

Maka, mereka meletakkan kewujudan ini berdasarkan apa yang disampaikan oleh pancaindera dan ia terletak di otak. Tiada sebarang kewujudan di luar otak, dan segala-galanya hanyalah aliran elektrik yang disampaikan oleh pancaindera.

Jenis-jenis Idealisme :

1. Idealisme Paradoks

Pemikiran ini mengatakan bahawa semua gambaran atau bentuk yang terhasil diletakkan sebagai “akal tuhan”, yang mengatakan bahawa terdapat gambaran bagi gambar. Maka, pemikiran ini akan melihat sesuatu benda itu, bukan hakikatnya berbentuk demikian.

Sebaliknya ia adalah gambaran bagi gambar yang terhasil di minda. Secara mudahnya, ia beranggapan sesuatu itu bertentangan dengan pendapat yang diterima umum. Pemikiran ini dipelopori oleh Plato.

2. Idealisme Subjektif

Pemikiran ini menterjemahkan alam material secara akal. Maka, mereka melihat setiap kewujudan itu sebagai pengetahuan. Apabila mereka melihat benda, mereka menganggap bahawa ia adalah gambaran yang terhasil di minda. Bermakna, kita mengenalinya. Pemikiran ini didokongi oleh Immuel Kant dan George Barkeley (1685-1753)

3. Idealisme Kritikan (Criticisme)

Mendakwa bahawa kewujudan ini adalah hasil cetusan Psikologi. Pemikiran ini didokongi oleh Immuel Kant. Beliau menolak bahawa aliran ini hampir sama dengan Barkli. Cuma, Kant mengatakan bahawa kewujudan idelisme itu berbilang-bilang, bukannya satu sepertimana dakwaan Barkeley.

Antara tokoh yang masyhur dalam pemikiran Idealisme ini ialah Immuel Kant (1724-1804), Johann Gottlieb Fichte (1763-1814), Freidrich Wilhelm Joseph Schelling (1775-1854) dan George Wilhelm Friedrich Hegel (1770-1831).

bersambung...

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal