1. Bagi saya, isu keganasan dan isu wahabi adalah dua isu yang berbeza. Isu fahaman wahabiyyah bukan isu yang boleh dipolitikkan secara kepartian. Isu ini adalah isu yang perlu dibahaskan secara ilmiah,berfakta dan penuh dengan kejujuran demi mencari cahaya kebenaran tanpa menyebabkan perpecahan yang kritikal di kalangan umat Islam sendiri.
2. Dalam persoalan ini, umat Islam tidak seharusnya terperangkap dengan mainan musuh Islam iaitu golongan kuffar al-mustakbirin yang ditaja oleh barat yang sentiasa mengintai peluang untuk merosakkan dan memecah-belahkan umat Islam semata-mata perbezaan fahaman dan aliran yang ada di dalam Islam itu sendiri.
3. Umum mengetahui tahap dendam kesumat musuh - musuh Islam yang diketuai oleh al Musyrikin al Gharbiyyin [barat] khasnya Yahudi Alaihi Laknatullah terlalu tinggi dan tebal. Kebimbangan mereka [ musuh Islam ] terhadap kebangkitan Islam di seluruh dunia jelas kelihatan melalui tindak balas mereka yang sungguh luar biasa .
4. Musuh Islam sentiasa merancang pelbagai bentuk tindakan bermula dengan Ghazwatul Fikri atau serangan pemikiran, ancaman dan tekanan ke atas penganut Islam , tangkapan dan seksaan dilakukan kepada pejuang - pejuang Islam , label terrorist dan eksterimis dilemparkan kepada gerakan - gerakan Islam, propaganda untuk melemahkan perpaduan ummat Islam dengan kaedah divide and rule , melaga - laga pemimpin - pemimpin Islam dengan fitnah dan tohmahan licik , mencetus pertelingkahan sengit melalui perbezaan mazhab serta menjatuhkan kredebiliti ulama' dan pemimpin gerakan Islam.
5. Oleh itu, dalam menangani isu berkaitan wahabi umat Islam seharusnya tidak terperangkap dengan mainan musuh yang ingin melihat perbezaan aliran ini bertukar kepada peperangan saudara dan pertumpahan darah.
6. Kita wajib sedar siapakah musuh sebenar umat Islam. Siapakah yang ekstrim dan ganas pada hakikatnya. Isu keganasan Israel terhadap rakyat Palestin yang ditaja oleh Yahudi dan Amerika belum lagi selesai. Terlalu banyak isu-isu yang berkait dengan jatuh dan bangunnya Islam terlalu mudah dilupai oleh umat Islam kerana tenggelam dengan isu perbezaaan aliran fahaman yang hanya berputar dalam ruang lingkup umat Islam tanpa melibatkan orang luar.
7. Kesimpulannya, tidak salah untuk bermuzakarah tentang isu-isu aliran umat Islam dan membincangkan soal fahaman siapakah yang paling benar tetapi jangan sampai kita terperangkap dengan mainan kuffar. Jadi, usaha yang perlu kita lakukan sekarang ini adalah membersihkan nama ekstrimis daripada Islam dan berusaha untuk menyelesaikan isu kepelbagaian fahaman ini dengan bijaksana dengan timbangan fiqh aulawiyyat dan muwazanah sebagaimana contoh yang telah dilakukan oleh para ulama Al-Azhar sejak dahulu sehingga sekarang.
0 comments:
Post a Comment