21 June 2010

Kelas Khas Untuk Elak Daripada Lelaki Gila Seks


SEORANG wanita berlatih menumbuk pada satu sesi latihan mempertahankan diri di New Delhi.

NEW DELHI - Ramai gadis muda dan suri rumah menyertai kelas seni mempertahankan diri anjuran pemerintah India daripada diserang oleh lelaki gila seks di India.

Kelas-kelas itu dibuka pada 2002 dan telah melatih 70,000 wanita termasuk pelajar wanita tanpa mengenakan sebarang bayaran dengan menjadikan kawasan sekolah sebagai tempat latihan.

Semasa satu latihan percuma itu berlangsung, seorang pengajar, Radha Sharma menjerit: "Belajar untuk menjerit, belajar cara menentang dan belajar untuk memukul semula."

Menurut Biro Rekod Jenayah Kebangsaan, sebanyak 200,000 insiden jenayah terhadap wanita telah dilaporkan pada 2008.

Seorang pelajar, Ritika Mohan berumur 18 tahun yang menyertai sebuah kelas itu berkata: "Pada bulan lalu, semasa saya sedang berjalan, seorang lelaki menahan saya dengan motosikalnya dan memaksa saya duduk di atas motosikalnya. Saya menangis dan kaku.

"Jika ia berlaku lagi, dia tidak akan terlepas dengan mudah." - AFP

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal