15 April 2010

Kuda Setinggi 0.4318 Meter - Terkecil Di Dunia






1. Ia diberi nama Thumbelina, hanya berketinggian 17 inci (0.4318 meter) dan seberat 60 paun (22.39 kilogram).

2. Ia diiktiraf secara rasmi sebagai kuda terkecil di dunia oleh Guinness Book of Records pada tahun 2006 ketika ia berumur lima tahun.

3. Ia tidak mungkin mampu menjadi juara kuda lompat kerana ia terlalu kecil hingga sukar melompat melepasi sebuah baldi.

4. Ia dilahirkan di sebuah ladang ternakan dan kacukan 'kuda kerdil' di St. Louis, Amerika Syarikat. Ia juga dimiliki sepasang suami isteri.

5. Pada kebiasaannya, kuda kerdil sedemikian mencapai berat 250 lb (113.4 kilogram) dan tinggi 34 inci (0.8636 meter) apabila besar nanti. Sejak Thumbelina dilahirkan, jelas sekali ia tidak dapat mencapai ukuran berat dan tinggi sebegitu.

6. Ketika dilahirkan, ia baru seberat 8 lb (3.629 kg). Akhirnya apabila ia besar, ia cuma seberat 60 lb (27.22 kg).

7. Thumbelina suka bermain dengan anjing-anjing spesis cockel spaneil berbanding dengan kuda-kuda lain.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal