20 April 2010

Perempuan Menyamar Sebagai Lelaki Untuk Jadi Wali Nikah!


Alhamdulillah,.. sah.. sah? sah.. sah.. Suasana gembira menyaksikan perkahwinan di antara Nurul Farhana Azrin Jamas Abdullah dan Ahmad Salim Maideen pada tahun 2004 dahulu.

Farhana adalah seorang muallaf yang memeluk agama Islam pada 1997, berasal dari Sarawak dan merupakan anak ketiga daripada 8 adik beradik.

Setelah genap 6 tahun perkahwinan, berlakulah satu kejadian pelik apabila dia cuba membubarkan perkahwinan dengan suaminya semalam. Apa yang peliknya?

Rupa-rupanya yang menjad wali nikah mereka 6 tahun dahulu ialah seorang perempuan! Iaitu kakak sulungnya yang menyamar sebagai lelaki.

Dia terpaksa membenarkan kakaknya menjadi wali berikutan diugut untuk dibuang keluarga jika enggan mengikut arahannya selain mengaku jahil mengenai hukum Islam.

Hah? Sah ke idak? 6 tahun dahulu pakat kata sah belaka.. Rupa-rupanya tak sah! Dari segi zahir nampak macam sah, kerana wali tersebut menyamar sebagai lelaki, tetapi apabila sudah mengetahui bahawa wali tersebut adalah perempuan, maka perlu akad semula.. kerana hakikatnya perkahwinan tersebut tidak sah. Memang tak sah pun.

Pulak tu kena berlakon jahil dalam hukum Islam. Ambillah pengajaran..

1 comments:

AZIZAN & HAFIZAH on May 5, 2010 at 9:23 AM said...

dapatkan panduan bina otot badan agar anda lebih tuf, macho dan bergaya....semua lelaki layak memiliki badan impian anda sekiranya anda ada kemahuan...mulakan langkah pertama anda bermula disini...

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal