02 January 2010

Pengenalan Falsafah (Siri 3)

Minta maaf kepada semua atas "kehilangan" Siri 2. Jadi terpaksa saya menyiarkan siri 3 terlebih dahulu. Semoga bermanfaat.

Asal Usul Falsafah

Di dalam mengkaji asal usul falsafah, di sana terdapat dua pandangan berbeza dalam menentukan asal-usul falsafah.

Pandangan Pertama

1. Pandangan pertama mengatakan bahawa falsafah bermula dari Yunan
2. Berdasarkan bukti bahawa Tales Multi (600 SM) yang merupakan ahli falsafah pertama, dan berasal dari Yunan
3. Juga berdasarkan bukti bahawa asal perkataan “falsafah” berasal daripada Bahasa Yunan
4. Pandangan ini disokong oleh Aristotle, kebanyakan pengkaji sejarah falsafah dan sebagainya

Pandangan Kedua

1. Pandangan kedua mengatakan bahawa falsafah berasal dari Timur Kuno
2. Berdasarkan bukti bahawa kebanyakan pemikiran yunan, terpengaruh daripada pemikiran masyarakat Timur Kuno
3. Juga berdasarkan bukti bahawa Tales Multi dan beberapa tokoh falsafah yunan, pernah bermusafir ke Timur Kuno
4. Pandangan ini disokong oleh Imam Ghazali, pemikir eropah kontemporari dan sejarawan

Kesimpulan

Perbezaan pandangan di sini, berpunca daripada perbezaan di dalam pentakrifan tentang makna falsafah.

1. Sekiranya falsafah itu ditakrifkan secara umum, maka falsafah bermula dari Timur Kuno
2. Sekiranya falsafah itu ditakrifkan secara khusus, maka falsafah bermula dari Yunan

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal