01 January 2010

Adakah Kita Dikira Bertaqlid Dengan Ibu Bapa Kita Yang Mengajar Solat?

Kaedah mendirikan solat adalah di antara hukum cabang. Setiap mazhab mempunyai dalil-dalil mereka untuk mengemukakan kaedah solat yang paling tepat. Maka, selagi mana kita berada di dalam lingkungan kaedah solat mengikut mazhab-mazhab, masih lagi dikatakan kita bertaqlid dengan mazhab, walaupun yang mengajar solat itu ialah abang kita sekalipun.

Berbeza pula dengan ibu bapa yang mengajar kaedah solat yang bercanggah dengan mana-mana mazhab, seperti berkiblatkan Baitul Maqdis, maka solat tersebut tidak sah. Dan inilah yang dikatakan taqlid buta, yang tidak dibenarkan oleh syara’. Perlu diketahui bahawa diharamkan bertaqlid dalam masalah usul. Dan penentuan arah kiblat adalah satu perkara yang usul.

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Kuliah Usuluddin,
Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal