19 May 2010

Lagi Kekeliruan Di Dalam Surat Perlantikan Muhaimin


Sambil dengar rakaman tempoh hari, rupa-rupanya ada lagi kekeliruan yang terdapat di dalam surat perlantikan Muhaimin yang telah disebut pada malam Dialog Bersama YDP pada 13 Mei lalu. Antara matan dalam surat tersebut ialah

Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan di bawah kepimpinan YAB Dato Seri Dr Zambry bin Abdul Kadir telah melantik En Muhaimin bin Abdul Majid, Pegawai dari Yayasan Perak sebagai Pegawai Hal Ehwal Pelajar Perak di Timur Tengah..

Kekeliruan daripada surat ini ialah..

Bagaimanakah surat lantikan yang menggunakan nama Menteri Besar ini, ditandatangani oleh Timbalan Pengarah JAIPk, Tuan Haji Yusuf Husin?

Jelas di dalam ayat di atas bahawa lantikan tersebut di bawah Menteri Besar. Tetapi kenapakah yang menandatangani surat tersebut pegawai JAIPk?

Bahkan ayat ini ditulis di dalam surat yang berletterhead kan JAIPk, dan ayatnya adalah ayat daripada Menteri Besar.

Ya, orang yang layak menandatangani surat yang mengandungi ayat di atas ialah Menteri Besar sendiri. WaLlahua'lam.

Masing-masing yang merakam dialog pada malam tersebut, boleh mendengar sendiri matan surat tersebut yang dibaca.

Sepertimana yang telah saya sebutkan, KPIPM masih lagi menunggu surat rasmi yang mengikut protokol yang sebetulnya. Dan KPIPM adalah badan rasmi, dan bukannya persatuan kangkung.. Sekian.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

1 comments:

Watak Kecil Pentas Dunia on May 20, 2010 at 2:23 PM said...

Hati-hatilah kawan,
hidup di akhir zaman,
internet kerap digunakan,
fitnah mudah bertebaran,
bebas pula bernukilan,
boleh pula berkepentingan,
cepat saja berpandangan,
yang baik tidak ketahuan,
yang jahat tidak kejelasan,
susahnya nak dibezakan,
musuh utama ukir senyuman,
internet jalan pilihan,
porak poranda persaudaraan,
asalnya nak 'persatuan',
hasilnya hanya berbalahan,

sudah-sudah lah kawan,
episod tiada pengakhiran,
takut sendiri terkorban,
hanya kerana sangkaan,
disangkanya kebenaran,
terlupa dia akan ujian,
daripada Allah Ar-Rahman,
bagi menguji keimanan,
sejauh mana kepercayaan,
sejauh mana keikhlasan,
Allah itu maha menentukan,
tersurat seperti kecelakaan,
tersirat rupanya kebaikan,
baik jahat di akal fikiran,
siapa tahu sunnah Ar-Rahman,
Dia lah sebaik-baik aturan,

lillahi ta'ala selalu dituturkan,
tak perlu ucap keikhlasan,
itu urusan kamu dan tuhan,
pakaian yang nampak menawan,
pakaian yang serupa banjingan,
amal kebaikan dan kebajikan,
boleh terang-terangan atau sunyi-sunyian,
asal hati khusyuk pada tuhan,
yang kaya ramai kecundangan,
miskin jua beroleh kemenangan,
yang kenamaan terkeluar landasan,
tak dikenali jua tinggi kedudukan,
dipandang bagai makhluk kayangan,
hakikat tak lebih dari najisan,
disangka gila selalu peleseran,
hakikat nya wali pilihan Ar-Rahman,

waspada lah wahai kawan,
jahat orang belum kejelasan,
jahat sendiri mula dihitungkan,
memberi orang kedukacitaan,
akibat pertuturan tiada sekatan,
bertutur lembut bukan kekurangan,
bertutur keras bukan kekuatan,
baik berhikmah menjadi ucapan,
membuka hati tenteram perasaan,
terharu senyuman dipulangkan,
buka telinga terbuka fikiran,
jawab baik segala tanggapan,
Baginda Nabi indah pertuturan,
bila mendengar penuh keprihatinan,

ingat-ingatlah kawan,
surah 'Ankabut dalam Quran,
Allah telahpun memberi pesan,
apakah cukup berkata beriman,
sedangkan belum ditimpa ujian,
telahpun diuji umat sebelum kalian,
Allah jua punya pengetahuan,
orang yang sebenar-benar beriman,
dan siapa pula hanya berdustaan,

cukup-cukup lah kawan,
beristighfarlah kepada tuhan,
bertaubat kepada Ar-Rahman,
mohon hidayah dan keampunan,
atas kejahatan dilakukan,
disedari dan tanpa pengetahuan,

ilmu datang pemberian tuhan,
dikongsi bersama berpesan-pesan,
tiada niat saya memperkecilkan,
apatah lagi untuk bermusuhan,
tidak juga nak pilih pakatan,
tidak penulis lebih kebijaksanaan,
dari mereka pembaca tulisan,
hanya watak kecil-kecilan.....

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal