Gambar ini tiada kaitan dengan artikel.. Tak tau nak letak gambar apa.. Cuma, saya memang minat "roket kertas"..
KITA KPIPM
sumber : Us Khalil (link)
Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam gerbang imtihan untuk semua, semoga kita semua sihat dan sentiasa memohon nusrah dari Allah untuk menguatkan keimanan kita terhadap pencipta kita dan memberi kekuatan untk menghadapi segala cabaran dalam menghadapi imtihan dan juga mehnah dalam menuntut ilmu.
Dalam situasi imtihan sering berhadapan dengan insiden-insiden yang boleh melalaikan kita dari situasi yang sebenar. Sedia makluma kepada semua, khusus anak-anak Perak, yang mungkin sudah lama ana tak menulis dalam blog ana. Tiada niat untuk menambah kekeruhan tetapi sekadar untuk menjelas beberapa isu yang berkeliaran dalam BKAN Perak.
Setelah bercuti 5 bulan lebih di Malaysia, kembali sebagai seorang pelajar dan masih ahli KPIPM, sedikit sebanyak agak terguris sekiranya ada manusia yang memburukkan KPIPM tanpa usul periksa dan bukti yang kukuh. Ana dah baca dalam blog “ibnu Ir Fadzil,” blog “Hairul Nizam Mat Husain,” dalam tranungkite, tajuk ‘Isu BKAN Perak; Dimana Kebenaran? Dan beberapa blog lagi, yang mungkin semua sahabat sudah baca. Ana juga ada bersembang dengan YDP KPIPM sendiri.Beberapa maklumat dari YDP yang ana yakin semua sahabat sudah tahu semasa program bersama YDP n En Muhaimin pada malam jumaat yang lepas.
Teman-teman yang dirahmati,
Berkenaan sahabat kita yang memukul seorang budak tu pun dia bersama dua orang sahabat dia datang kerumah ana untuk memberi penjelasan, setelah mendengar penjelasan dari beliau, ana kira kes tersebut memang sesuatu yang tak sepatut berlaku. Ana ada kata pada sahabat yang memukul tu, sekiranya ana ditempat beliau ana pun akan memukul budak itu dulu, akibatnya KENA BERANI TANGGUNG laa. Tapi Alhamdulillah sikap seperti itu tak terjadi pada ana walaupun pernah menjaga 4 orang budak selama beberapa tahun sehingga sekarang pun hubungan masih baik.
Menjaga maruah memang dituntut dalam Islam, penyebar fitnah memang patut disekat dan dihentikan. Mengapa berlaku fitnah dan kenapa fitnah tersebar ataupun kita sendiri yang meletakkan diri kita dalam fitnah?
Ana juga ada menyatakan kepada beliau sekiranya masih tidak puas hati dengan beberapa tindakan dari beberapa orang yang tidak dikenali dengan menghantar SMS ugutan, dia boleh membuat laporan dan dan budak yang kena pukul pun sekiranya tak puas hati sebab tiada tindakan dari sesiapa, budak tersebut juga boleh membuat laporan yang mengatakan dia dipukul. Sekiranya laporan dibuat pada pandangan ana, tidak lah kes ini meleret leret dan sentiasa disebut-sebut dijalanan.
Ana tak pasti sehingga sekarang apa tindakan yang diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mungkin En Muhaimin ada tindakan tersendiri? ataupun En Muhaimin masih berdiam diri kerana masih belum mendapat pengiktirafan yang sebenarnya. So tiada tindakan penyelesaian yang disepakati.
Teman-teman yang dirahmati,
Sedikit berkenaan dengan pegawai untuk BKAN Perak. Ana penuh yakin, bahawasanya isu pegawai bukan lah isu yang baru, tindakan untuk menghantar pegawai ke Rumah Perak sudah berzaman. Pengorbanan yang paling besar dalam isu pegawai ke Rumah Perak ni adalah Dato Zainal Abidin, bekas Duta ke Kaherah. Banyak kali berjumpa dengan beliau bersama wakil-wakil pimpinan Kerajaan Perak yang berjumpa dengan Dato pada masa dulu meluahkan isi hati bahawa Perak perlu seorang pegawai. Beberapa tahun telah berlalu, suasana telah berubah, emosi kemahasiswaan telah berubah.
Keharmonian rumah Perak tersinar sepanjang masa, keakraban ukhwah terasa bahangnya, keceriaan ahli-ahli KPIPM memang bertaut, walaupun sesekali disinggah dengan badai-badai lembut yang ana fakir ianya mematangkan pemikiran ahli-ahli KPIPM.
Seminggu dua ni, rumah Perak macam dilanggar geruda, tersebar seantaro dunia, beberapa kes antaranya kes yang dah ana sebut diatas tadi, dan yang paling best kes kedatangan Pegawai ke Rumah Perak.
Rumah Perak adalah antara BKAN yang terlewat penghantaran pegawai. Setahu ana BKAN yang belum ada pegawai hanya lah Pulau Pinang, Kelantan dan Perak.
Kenapa ana mengatakan Perak masih belum ada pegawai?
Hujjah yang paling mudah adalah, Pegawai safarah pun tidak mengiktiraf dia sebagai pegawai, so kenapa empat lima orang dari ahli KPIPM beria sangat kata dia pegawai.
Bab surat? Malas laa ana komen. malu la Setiausah Kerajaan Perak sebab surat pun tak pandai buat. Malu laaa SU kerja di JAIP, surat pun tak pandai buat. Surat ni benda simple tapi ianya amat berharga.
Pada pandangan ana KPIPM bukan tak terima pegawai di rumah Perak tapi biar la yang betul-betul pegawai, yang penuh beretika, yang tinggi budi bicara, yang berani ambil tindakan walau pada sesiapa pun yang membuat kesalahan.
Ana yakin En Muhaimin pun mempunyai ciri tersebut tetapi masih takut untuk menggunakan kerana dia tahu status dia sebagai pegawai masih tergantung. Dia sendiri tahu, tapi masih nak berkeras dengan sedikit keberanian yang ada dan di support keberanian yang ada di sekelilingnya.
Pendapat ana yang tak bagus ni laa, baik balik dulu ke Malaysia Negara yang ku cintai, masuk kursus kepegawaian dulu, BTN ke apa ke, lapor diri dulu kat Wisma Putra di Kuala Lumpur, biar la Wisma Putra tahu Perak Mesir dah ada pegawai, tukar paspot diplomat dulu, minta surat dan tandatangan dari PENGARAH JAIP dulu. Minta etika kerja dari Wisma Putra dulu, ana rasa kerja-kerja ni tak sampai sebulan pun boleh settle dan datang dengan seorang yang berintegriti, yang ada wawasan untuk mengubah pradigma mahasiswa yang malas belajar macam ana, untuk lebih maju dalam bidang pelajaran.
Bab akaun dan duit KPIPm tu tak yah laa kacau, selamat je duit KPIPM dalam peti besi tu. dah lebih 40 tahun YDP, TYDP dan Bendahari KPIPM uruskan kewangan tu, tak de pun yang hilang ke, tak ber akuan ke. Kalau nak duit sangat buat je proposal atau kertas kerja dan hantar kat MB ke SUK ke Sultan ke, minta peruntukan untuk memajukan ahli-ahli Perak. Duit yang ada dalam peti besi tu pun bukan banyak sangat pun, biar laa duit tu berkarat dalam peti besi tu ok...
Ana rasa itu je laa kot dari ana untuk kali ni.Tulisan yang ana nukilkan ni bukan untuk mengeruhkan lagi keadaan, tetapi sekadar untuk menjernihkan sedikit kekeruhan, walaupun tak dapat menjernihkan sepenuhnya.
Sekian, berjuanglah dimedan yang kamu yakini….Wassalam
Khalil Yahaya
0 comments:
Post a Comment