26 May 2010

Bahaya Panadol.. Sayangi Hidup Anda


oleh : Dr Muslimah (link)

JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

Salam Gegar Imtihan buat sahabat-sahabiah yang sedang bertarung pena bagi pelajar perubatan dengan praktikal serta examine mayat dan sedang berjuang akal bagi pelajar aliran agama dimana peperiksaan syafawi sedang berlangsung. Jagalah otak anda supaya sentiasa segar, jagalah fizikal anda dari sebarang kesakitan dan yang penting, penuhkanlah rohani antum dengan santapan iman yang manis.

Sempena imtihan ni, ana nak kongsi satu perkara yang ana rasakan amat penting buat semua pelajar. Kita sedia maklum, bila masuk je musim peperiksaan, mulalah ada yang pening, migrain mula menerjah kepala dan yang lebih teruk ada yang pulun habis dan kena morning sickness. Bukan morning sickness yang mengandung tu, sebab banyak sangat ngadap buku, jadi dah nak termuntah. STUDY SMART..DO NOT STUDY HARD.

Sebelum ana mula melalut lebih panjang, baik ana teruskan dengan point ana untuk menghuraikan tajuk yang ana bagi. Panadol bahaya ke? Bukan kuat pun panadol tu, 500 mg je pun. Kalau 500 g bahaya la.

UNTUK PENGETAHUAN,

Apabila ditanyakan kepada doktor pakar tentang Paracetamol atau yang biasa kita kenali dengan nama panadol, doktor memberitahu, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )

Sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik contohnya macam 100 plus, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Ana pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “painkiller” dan juga berfungsi sebagai 'reducer' ketika demam. 'Reduce the rise of the body temperature', dimana maksudnya 'menurunkan suhu yang meningkat di dalam tubuh'. Semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses bersalin melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin? Morfin, I hope I never try it.

Hargailah kehidupan anda.

Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

1 comments:

Admin on February 23, 2012 at 5:42 AM said...

mana awak dapat pic panadol ni ? cantik .

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal