19 May 2010

Adakah 3 Siswi Qiraat Jadi Mangsa Langgar Lari?


Terbaca artikel yang telah disiarkan oleh Us Ridzuan Adzemi di dalam blognya, bahawa kes kemalangan yang terjadi membabitkan 2 orang siswi adalah kes langgar lari. Benarkah? Sampai hati.. Sila baca artikel di bawah ini...


Pagi tadi saya dikhabarkan dengan satu berita yang kurang enak didengar. Berita apa?? Hah! Tengok sendiri tajuk blog ni. 3 orang mahasiswi Tahun 1 Qiraat Mansoura telah dilanggar oleh sebuah teksi yang pemandunya tidak bertanggungjawab! Sudahlah langgar anak orang, pi lari pulak!

Mengikut kisah yang diceritakan oleh rakan mereka yang terawal tiba ditempat kejadian, mangsa diberitakan sedang melintas untuk pergi ke sebuah Bank HSBC sebelum meneruskan niat mereka untuk berangkat ke Kaherah untuk mengikuti majlis persiapan perkahwinan rakan mereka Nuraini Juwita di hayyu 'asyir. Semasa artikel ini ditulis, mangsa masih lagi di tahan di hospital akibat kemalangan tersebut. Hasil kemalangan tersebut ialah :

a. Seorang mendapat jahitan di lengan

b. Seorang bengkak mulut akibat tersungkur

c. Seorang terhantuk kepalanya

Berita asal sila klik di sini

Terima kasih kepada Us Amirul, Pengerusi DPMM, beliau memaklumkan bahawa maklumat yang diterima beliau menyatakan bahawa orang yang melanggar tersebut bukanlah langgar lari, sebaliknya ditangkap polis selepas kemalangan tersebut. WaLlahua'lam

2 comments:

Muhamad Amirul bin Hasim on May 19, 2010 at 11:47 PM said...

-->> Maklumat yang ana dapat. Org yg langgar tu kena tangkap ngan polis masa kejadian bukan langgar lari.

Ridzuan Adzemi on May 20, 2010 at 6:12 AM said...

terima kasih atas pembetulan..saya dapat berita macam tu, x mengapalah..rupanya x sohih..

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal