24 May 2010

Isu Qiraat Sejuk Dan Goreng Pisang Panas, Mana Satu?


Sumber : Zul Ikhwan (link)

Sekitar seminggu yang lalu, isu qiraat mula menyepi. Kali terakhir adalah kenyataan daripada En. Khairi berkenaan peringatan kepada pelajar qiraat mengenai fail pelajar hanya diterima sehingga akhir Oktober pada setiap tahun di laman blog Atase Pendidikan MSD Cairo yang kini telah bertukar menjadi blog Khairi Jalalluddin.

Isu Qiraat terus menyepi sehingga hari ini. Adakah isu ini cuma sekadar goreng pisang panas? Panasnya cuma seketika sahaja. Bukan mahu menghangatkan isu, cuma menuntut hak yang dinafikan dan mahu memastikan perkara yang sama tidak terus berulang pada generasi Qiraat akan datang. Teka-teki yang terus menunjukkan simbol tanda tanya, tertanya-tanya bilakah nama akan muqayyad? Berbaki seminggu lagi sebelum melangkah ke bulan Jun, peperiksaan sesi kedua dikhabarkan akan berlangsung pada bulan Julai nanti. Perlu diingat, selagi nama tidak muqayyad, harapan untuk menduduki peperiksaan masih gelap.

Difahamkan, fail-fail pelajar semuanya sudah selamat diterima oleh Idaratul Wafidin sekitar dua minggu yang lalu akan tetapi sehingga ke hari ini masih tidak wujud sebarang petanda nama nama akan muqayyad. Dimaklumkan bahawa fail-fail tersebut masih bermasalah. Apa yang berlaku sebenarnya? Cukup-cukuplah dengan kes para pelajar dihalang daripada menduduki peperiksaan tempoh hari, jangan ditambah dengan masalah lain pula.

Pihak pelajar sudah sekian lama menanti-nanti sesi dialog bersama pihak JPMK berhubung isu Qiraat, namun hal ini juga membisu dan dipekakkan sahaja. Harap semua sahabat bersangka baik dengan pihak JPMK yang tidak punya kesempatan dan ruang masa yang cukup untuk hadir ke bumi Qiraat, Shoubra menziarahi pelajar yang sudah sengsara menanti nama muqayyad dan membilang hari peperiksaan.

Perlu diketahui, penantian itu sangat menyeksakan. Sekurang-kurangnya jika ada wakil yang datang menjenguk, dapat juga meningkatkan motivasi dan semangat pelajar tahun satu yang dilihat semakin merudum untuk terus mengkaji dan mahami bait-bait matan ilmu-ilmu al Quran. Mungkin mereka sedang sibuk membersihkan pejabat. Sama-sama kita bersangka baik.

1 comments:

Pena Daie on May 24, 2010 at 4:17 PM said...

Alhamdulillah . Nama mahasiswa tahun satu Shoubra dah muqayyad

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal