28 May 2010

Mangsa Medic Agen Pula Dipersalah Di Dalam Harian Metro?


Terpapar di dalam Harian Metro, bertarikh 28 Mei, tentang berita yang saya maksudkan sebelum ini. Iaitu berkenaan dengan sahabat kita yang dihubungi wartawan Harian Metro bertanyakan tentang masalah Agen (link). Di bawah ini adalah paparan berita tersebut, sila klik untuk besarkan.


Apa pandangan semua tentang berita ini? Satu klu untuk saya persoalkan di sini ialah "Idris Musa", wartawan Harian Metro yang banyak mengambil berita dan isu dari bumi Mesir.

Beberapa berita sebelum ini, juga orang yang sama.. Sila lihat pada link di bawah ini..


Selain itu, untuk pengetahuan para sahabat juga, isu tentang dua orang yang dimaksudkan di dalam berita di atas banyak diberitahu kepada En Khairi, sepertimana yang telah saya beritakan sebelum ini juga, sila klik pada link di bawah..



Jadi, persoalan saya di sini, apakah pandangan anda terhadap berita ini? Dan apakah kaitannya dengan JPMK? Dan siapakah mangsa? Dan siapakah yang cuba melaga-lagakan isu ini? Dan kenapakah JPMK seolah-olah mahu berlepas diri dalam masalah ini?

Soalan lagi, kenapakah nama agen tidak didedahkan di dalam akhbar tersebut? Sedangkan nama mangsa didedahkan dengan jelas? Kenapakah wartawan tidak menghubungi langsung JPMK di dalam masalah ini? Kalau wartawan menghubungi JPMK, kenapakah tidak disiarkan berita tersebut? ....

Dan.. akhir sekali jawapannya ialah.. "mangsa keadaan akan dianggap sebagai pesalah dan orang yang menipu itu akan bertepuk tangan kerana berjaya melepaskan diri".. Ya, nama JPMK akan selamat kerana mereka juga mewar-warkan isu Agen ini.

Inilah hasil jawapan daripada beberapa persoalan di atas, ditambah lagi dengan fakta-fakta yang telah saya "link" kan di atas.

p/s : Tengok tajuk berita pun dah tau wartawan ni nak salahkan siapa...

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

11 comments:

dr.muslimah on May 28, 2010 at 3:26 AM said...
This comment has been removed by the author.
Abdullah on May 28, 2010 at 6:11 AM said...

Petikan drpd komen saudari..."Kami MOU, bukan G to G yang mana sembarangan orang dengan sembarangan keputusan peperiksaan boleh main redah masuk je.."ape mksd sedari?..sy bkn pljr medic azhar g2g tp kalo dorg bace komen sedari tuh rase nk lempang je..ape yg sedari tahu psl medic azhar g2g?...sedari tau x kuota medic azhar g2g yg diberi..10 je kt m'sia ( stakat nih )...sedari tau x brape ramai yg kene tendang/reject..nk apply medic azhar g2g t'pakse msk U len...sedari tau x betape super senior medic U lain sgt respek ngan bebudak medic azhar g2g...medic azhar g2g sgt "istimewa" & yg t'pilih msk adelh yg ditapis bape kali ntah oleh al-azhar...sile edit komen sedari..ngan buat rujukan ye..sumber sy syorkan pimpinan PERUBATAN caw. pusat xpun senior medic azhar g2g...terima kasih...

Hadi on May 28, 2010 at 10:08 AM said...

bagi ana, harian metro x bersalah, yg bersalah ialah siapa org malaysia yg berada kat mesir, yang bagi keterangan kepada harian metro tu. cari budak tu dulu kot2 dia da putar belitkan fakta.
dan jika betul harian metro yang putar belit, saman je.. tak payah banyak cakap. kita punya undang2 pun alhamdulilLah masih dapat diguna pakai lagi bagi menjaga hak kita

Unknown on May 28, 2010 at 10:27 AM said...

Kepada dr muslimah, sy bersetuju dengan komen Abdullah tentang petikan saudari. Untuk pengetahun saudari, sy tidak diterima memasuki universiti Al-azhar g to g meskipun sy memperolehi keputusan 10a 1b. Setiap program g to g di setiap universiti di mesir ditapis di KPT Malaysia dan juga di KPT mesir. Jadi, saudari janganlah cuba mempertikaikan g to g dan carilah sumber yang sohih sebelum memberi komen. Sila buat rujukan. Tolong berhati-hati dgn kata2 saudari. Terima Kasih.

m_far90 on May 28, 2010 at 12:06 PM said...

to dr muslimah..
g to g bukan seperti yang dimaksudkan...
walaupom kami tidak g2g dan x juga mOU..
tapi memg gtog itu tidak sprti yang sedari maksudkan..
harap perbetulkan dan jangan cepat menghukum dan menyalahkan orang dalam hal mou atau g2g ini...
alfu salam...

dr.muslimah on May 28, 2010 at 12:47 PM said...

kami bukan medik la..kami pergigian..sebab tu biar metro betulkan sendiri..dah jelas..yang metro call tu ana sendiri dan adakah ana akan bagi silap fakta berkenaan ni..

"Masalah ini juga bukan terjadi di Al-azhar je, kat Tanta...Mansurah..tetapi jelas bila AL-AZHAR je, masalah ni akan diketengahkan..sebut je AL-Azhar, macam Al-Azhar ni bermasalah..Kami MOU, bukan G to G yang mana sembarangan orang dengan sembarangan keputusan peperiksaan boleh main redah masuk je.." yang berkaitan G to G dan Mou, ana minta maaf dan mungkin ana tersilap fakta berkenaan hal ni..tadi menulis dengan rasa marah..yang penting, kami yang terlibat ialah DENTISTRY..

dr.muslimah on May 28, 2010 at 12:48 PM said...

ana edit balik komen seperti yang kalian minta:

Ana menjawab sebab banyak ralat di dalam harian metro ini:
1-rm6000 tu untuk yuran dan tidak ada kaitan dengan servis ejen. Dan sememangnya jika datang dengan tajaan sekalipun, penaja akan bayar RM6000 pada universiti sebab dah terikat dengan MOU..
2-exam bulan januari dipostpone ke bulan februari sebab fail SEMUA pelajar sampai lambat ke kedutaan Mesir dan ini melibatkan JPMK yang lambat setelkan pasal fail pelajar.
3-keputusan berkahwin adalah SEBELUM masalah ini terjadi bukan SELEPAS sebagaimana dinyatakan di dalam harian metro. tarikh berkahwin adalah pada 14 februari manakala exam pada 21 Februari dan pada hari tersebut juga barulah diberitahu yang fail masih di kedutaan mesir dan ada masalah...pegawai JPMK yang dihubungi iaitu En Sulaiman dan Dr Jamil, pengarah JPMK menyatakan yang mereka akan menyelesaikan masalah ini dalam masa sebulan, En.Khairi juga menyatakan beliau 'berusaha' dalam menentukan nasib kami di Al-Azhar dan telah meminta bantuan En.Saiful, Pemangku Duta untuk menulis surat rayuan kepada Al-Azhar..

hal ini bukan sahaja terjadi kepada pelajar yang datang dengan ejen je tapi dengan pelajar yang datang dengan yayasan juga. ADAKAH PELAJAR YANG DIHANTAR YAYASAN ADALAH KURANG DARI SEGI KEPUTUSAN PEPERIKSAAN? yayasan akan hantar yang elok2 je keputusan examnya..

Masalah ini juga bukan terjadi di Al-azhar je, kat Tanta...Mansurah..tetapi jelas bila AL-AZHAR je, masalah ni akan diketengahkan..sebut je AL-Azhar, macam Al-Azhar ni bermasalah..

SILA NYATAKAN KENYATAAN YANG TEPAT DAN SAHIH, BUKAN MAIN IKUT SEDAP MULUT DAN FIKIR SAHAJA!!TO EN.IDRIS, FEEL FREE TO CALL ME BACK UNTUK BETULKAN KEADAAN...UNLESS U WANT TO PLAY TOO..N KPD EN.KHAIRI, HARAPNYA SILALAH BETULKAN SEMULA FAKTA YANG EN IDRIS BAGITAHU DALAM HARIAN METRO TU, SEBAB HARITU EN KHAIRI ADA KATA ADA WARTAWAN AKAN CALL DAN ANA DAH TOLAK, KENAPA BAGI JUGAK NUMBER ANA KEPADA EN IDRIS?BUKAN KAMI BERDUA JE, RAMAI LAGI..TERUSKAN USAHA ANDA!!!KALAU KAMI SALAH,JPMK JUGA SALAH..OK!!THANKS TO JMPK BECOZ MAKE THIS PROBLEM PUBLICLY AT MALAYSIA..

ana xsebut pasal MOU dan GtoG

ahmad hisyam on May 28, 2010 at 1:05 PM said...

Al-Azhar guna MOU jgk ke?. bkn g To g? sapa thu tlg jelaskan. Setahu ana, Muhafazah je guna MOU.

Unknown on May 28, 2010 at 3:18 PM said...

salam alaik & salam imtihan kpd rkan2 di mesir..
Fsy ade kurang lebih 2thun pgalaman dlam mnguruskan hal2 pndaftaran g2g wlaupun still student,
mmndangkan ketiadaan pgawai khusus utk mguruskan pelajar g2g..
sy akui,kami pelajar g2g mmbayar yuran lebih murah dan kdg2 "MENUMPANG" masuk kelas MoU,tetapi kami juga BERKELAYAKAN kerana prog g2g(govern MAS-to-govern EGYPT)
nie,melalui penapisan yg berperingkat, seperti pelajar MoU yayasan..
wlaupun kami mmbayar yuran murah,tetapi kami dilayan xubah seperti pelajar arab laen..

korangg..
pernah korang rase ssh payah pelajar g2g di bumi asing..
pernah korang rase perit berurusan dgan arab bila kami xmmpunyai basic arab??
pernah korang rase pening belajar medic in fully arabic??
pernah korang rase kehulur-kehilir pusing satu kaherah utk mmbayar yuran??
pernah korang rase sakit hati,brdebar mnunggu file smpai ke uni??
pernah korang rase penat lelah naik turn idarah muhafidin(kpt mesir) dan kedutaan??
pernah korang rase sakit ati diejek dan ditipu oleh plajar arab kerna salah kami x 'masyi' berbhasa arab

korangg..
ana nasehatkan klau korang xckup info jgn maen mudah nk mmbesarkan hal..kami pelajar g2g xmmbesarkan hal, bersabar kerana kami tahu..
kami pelajar minoriti,kami bersabar kerna kami memikirkan korang pelajar2 ajen yg mnjadi mgsa keadaan..kami tdak menyalahkan pelajar,klau diberi
pilihan kami myalahkan segelintir pihak yg ingin mncari keuntungan mudah!

u see people..first of all, evrything started wif g2g student..Years ago kerajaan mesir hanya mnawarkan 100 tempat kepada pelajar malaysia
througout the country..then,(4-5 years ago) dgan keprihatinan datuk Zainal(bekas duta) dan budi bicara idarah muhafiin MoU diperkanalkan..firstly MoU menyediakan
tempat utk pelajar2 malaysia yg x brjaya mndapat tmpat utk kerusi g2g..
after a year,MoU mndapat smbutan kerana mnawarkan tmpat lebih byak,urusan lebih mudah,pmbayaran yuran lebih cepat,pelajaran lebih sistemetik dan kebajikan lebih terjaga..
after that,yayasan negeri sbelum nie yg mnghantar pelajar utk prog g2g memilih MoU wlaupun yuran lebih mhal..
nowdays,pelajar g2g hanya dihantar oleh yayasan SEL yaysan KEL dan terus melalui kpt MAS..
pendapat ana,MoU ni merupakan satu medium utk pelajar MELAYU utk mgambil medic..as we know, jurusan medic di Malaysia almost completely xde plajar melayu,dalam stu2 fakulti medic
hanya 10-15% shaja pelajar melayu..
ahmad hisyam,
skarang ni hampir semua university dah ade pelajar gen,kecuali university ain shams..InsaAllah, thun depan JPA akan mghantar pelajar ke uni Ain sham pula dan ana
brharap sgat xde plajar ajen ke ain sham next year..
dr,muslimah,
Mdm Huda,pegawai di idarah muhafidin ade ckap kat ana sndiri yg mesir x trime pelajar yg mmpunyai spm lebih 3 thun atau mggunakan diploma utk apply..
lastly,
ana mintak maaf sgat klau ade yg trase ati dan ade ape2 slah..

Anonymous said...

salam..

sedih pula rasanya bila baca komen-komen di sini. sepatutnya tiada sikap salah-menyalahkan atau rendah-merendahkan sesama kita. lagipun isu-isu ejen - g2g sudah lama tidak kedengaran.

saya rasa bahagia apabila dapat melihat dan merasai pelajar ejen - g2g dapat hidup bersama dan saling tolong menolong serta hormat-menghormati.

walaubagaimanapun, adalah sesuatu hakikat yang tidak dapat kita nafikan bahawa pelajar g2g terpaksa menghadapi pelbagai kesusahan dalam pelbagai urusan berbanding pelajar MOU. perkara ini sepatutnya menjadi perkongsian sesama kita dan saling bekerjasama.

saya sendiri mempunyai ramai kenalan g2g dan selalu berhubung. bagi saya tiada apa-apa masalah pun, bahkan semakin seronok rasanya.

saya rasa masalah ini terjadi apabila pihak yang bertanggungjawab tidak memaklumkan kepada pelajar yang akan datang ke mesir bahawa, ada had dan batasan tertentu bagi keputusan peperiksaan yang diterima oleh KPT mesir.

dengan sebab itu, pelajar-pelajar tersebut seolah-olah tertipu dan teraniaya serta dizalimi. setelah datang ke mesir barulah mereka tahu bahawa keputusan mereka tidak diterima.

jadi, sama-samalah kita atasi masalah ini dengan sebaik-baik penyelesaian. sama-sama kita kaji masalah ini dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara yang kita tiada ilmu tentangnya.

janganlah menulis komen sekiranya kita dalam keadaan marah. cuba kita pergi berwuduk dan tenangkan diri serta fikiran terlebih dahulu. jika tidak, kesan negatifnya terlalu besar.

maaf sekiranya ada yang terasa atau tersentuh. semoga kita semua dapat bersatu dan bekerjasama di bawah rahmat Allah, semoga dipermudahkan segala urusan. insyaAllah...




.

abidurahman on October 24, 2011 at 2:58 PM said...

Salam kepada yang berhati budiman!

Kepada dr muslimah, mengapa diri mendambakan bangga, hingga yang lain disalah dicerca.

Nista kata bagai tiada berupa, di belakang empunya itulah kata, konon tersimpan sebagai rahsia, bersama kepuasan amarah semata.

Kudrat Ilahi menguasai segala, membisikkan empunya segala rahsia, menzahirkan bejat dalam jiwa, mudah-mudahan insaf anda yang mengata.

***

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal