Berita baru.. terima kasih kepada informer.. Pada Bulan Mac lalu, JPMK telah membuka tawaran untuk mana-mana pelajar perubatan untuk memohon biasiswa 1 Malaysia. Ia tertera di dalam web JPMK (link) dengan mengatakan :
Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Biasiswa 1 Malaysia telah dibuka kepada semua bakal pelajar dan pelajar yang sedang menuntut di Republik Arab Mesir, hanya untuk 2 kategori;1) Pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) yang ingin menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perubatan (tidak termasuk Pergigian, Farmasi dan Veterinar) di mana-mana universiti di Mesir pada sesi 2010/2011.2) Pelajar tahun 2 atau ke atas yang mengikut pengajian dalam bidang Perubatan (tidak termasuk Pergigian, Farmasi dan Veterinar) pada sesi 2010/2011 di mana-mana universiti di Mesir yang tidak menerima sebarang tajaan. (sesi sekarang adalah 2009/2010)Sehubungan dengan itu, anda yang berkenaan dipelawa memohon biasiswa tersebut. Permohonan dibuka sekarang. Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 Mac 2010 (Jumaat). (hari ini 16 Mac 2010)
Pada hari ini, 26 Mei, seramai 17 orang yang telah memohon, telah menerima tawaran tersebut. Diberitakan di dalam Berita Harian hari ini (link) tentang tawaran ini..
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi menyampaikan surat tawaran biasiswa 1Malaysia Development Berhad kepada 17 penuntut jurusan perubatan yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Mesir.Mereka adalah bekas pelajar sekolah menengan agama negeri dan sekolah menenengah agama rakyat dengan nilai biasiswa RM50,000 setahun dengan komitmen maksimum enam tahun.
Daripada berita ini, saya tertarik dengan komen terakhir sekali (setakat ini) di dalam web JPMK, komen bertarikh 13 April, 2.28 pagi.
kachhacks~ says:April 13, 2010 at 2:28 amble bleyh dpt taw spe yg dpt b’swa nie??xsabooo!
Erm.. permintaan yang sama daripada saya untuk JPMK, supaya mengumumkan 17 orang bertuah ini. Siapalah mereka yang bertuah ini? RM 50 000 setahun.. Siapakah orangnya? Saya harap, di sana tiada istilah double standard, anak tiri, anak emas dan tiada sebarang unsur kepartian.
Saya juga mengharapkan agar ia bukanlah gimik politik semata-mata, dan harapan saya untuk JPMK, supaya menyenaraikan nama 17 penerima tersebut, terima kasih..
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
0 comments:
Post a Comment