24 May 2010

Takziah Buat Sahabatku, Abdullah Arif



InnaliLlah Wa'inna Ilaihi Raji'un..

Selepas Zohor tadi saya mendapat khabar berita bahawa ayah kepada Ustaz Abdullah Arif bin Damanhuri, telah meninggal dunia.

Takziah saya ucapkan kepada beliau, semoga tabah menghadapi hari-hari akan datang, setelah ayah beliau meninggal dunia.

Petang ini, tersiar di dalam blog YB Idham Lim tentang berita tersebut. Ayah beliau adalah Setiausaha PAS Kawasan Gerik. Berita di dalam blog Idham Lim seperti berikut :

(link)

Satu kehilangan besar kepada PAS Kawasan Gerik apabila kembalinya ke Rahmatullah Setiausaha PASnya, Hj. Ahmad Damanhuri bin Din pada jam 4.45 petang tadi di Hospital Ipoh.

Menurut maklumat dari PAS Kawasan Gerik jenazah akan disembahyangkan pada jam 11.30 malam ini di Mesjid Gerik

Bagi sahabat yang ingin menziarahi sila ke No. 1B, Kg. Terap 33300 GERIK, berdekatan dengan Bandar Gerik.

Beliau terlibat dengan satu kemalangan selepas Isya malam tadi apabila kenderaan motosikalnya melanggar sebuah lori yang berhenti di tepi jalan di Kampung Padang Kunyit .

Selepas itu dia dimasukkan ke Hospital Gerik sebelum di pindahkan ke Hospital Ipoh pagi tadi. Dikatakan arwah mengalami kecederaan serius dibahagian dada dan mengalami pendarahan paru-paru akibat kemalangan itu.

Semuga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan menempatkan rohnya bersama roh orang yang soleh, al Fatihah...


Saya telah menghubungi Ustaz Abdullah Arif, dan beliau memaklumkan bahawa beliau akan bertolak pulang ke Malaysia malam ini. Insya Allah pada jam 10 malam ini, beliau akan bertolak ke Airport.

Kita doakan untuk beliau, dan Allahyarham ayah beliau. Semoga digolongkan dalam golongan orang soleh.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal