sumber : UBS PMRAM (link)
Firman Allah swt:
ألا بذكر الله تطمئن القلوب
“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang” (Surah Ar-Ra’d:28)
Antara kelebihan apabila kita menghafaz al-Quran ialah hati kita akan berasa tenang. Dengan hati yang tenanglah akan memudahkan kita untuk mengingati hafazan al-Quran. Selain itu, ia juga akan mencerdaskan otak manusia, menyihatkan tubuh badan dan menjauhkan kita dari melakukan maksiat.
Dalil akal sahaja sudah cukup membuktikan penyataan di atas:
“Apabila kita berusaha untuk mengingati hafazan, kita akan cuba untuk mengelakkan maksiat. Antaranya berfikir perkara-perkara yang tidak berfaedah, melakukan perbuatan yang menyiksa diri sendiri seperti merokok, bergaduh dan sebagainya seterusnya terhindarlah diri kita dari melakukan dosa...”
WAKTU SESUAI UNTUK MENGHAFAZ AL-QURAN
1. AWAL PAGI SEBELUM DAN SELEPAS SUBUH
- Waktu ini otak manusia masih ‘fresh’ dan tidak memikir untuk hal-hal dunia. Sesuai untuk melancarkan dan mengulang hafazan lama.
2. WAKTU DHUHA SEBELUM MENJELANG TENGAHARI
- Otak, fikiran dan tubuh badan masih segar dan sesuai untuk mengulang al-Quran dan melancarkan hafazan lama.
3. SELEPAS MAGHRIB
- Waktu yang sunyi dan merehatkan fikiran. Sesuai untuk menghafaz hafazan baru.
4. SEBELUM TIDUR MALAM
- Apa yang dihafaz akan ‘disimpan seketika’ dan akan diulang apabaila bangun dari tidur.
Tidak digalakkan untuk mengulang al-Quran pada waktu tengahari dan waktu petang. Waktu ini disyorkan agar otak diberi ‘rehat seketika’ seperti qailulah dan beriadhah.
Perkongsian buat penghafaz kalam Allah…
Betulkan niat setiap kali menghafaz al-Quran hanya kerana Allah.
Kurangkan makan makanan segera yang sememangnya diyakini kurang khasiatnya.
Kurangkan makan makanan diluar seperti makanan ‘khidmat tawsil’ kerana kita tidak tahu amalan orang yang masak makanan tersebut walau orang Arab sekalipun.
Rugi menghafaz hanya semata-mata kerana ‘exam’. Ye, memang ganjaran tetap ada akan tetapi berbeza darajatnya… Renung-renungkan…Selamat Beramal
0 comments:
Post a Comment