23 May 2010

Laman Rasmi Kementerian Dalam Negeri Palestin Di Gaza Kena Godam

sumber : Mini Pavalion (link) atau sini (link)

GAZA - 'Hacker' atau penggodam Israel telah menceroboh laman rasmi Kementerian Dalam Negeri Palestin di Gaza petang tadi. Dengan serta-merta terpancar skrin hitam dengan latar belakang gambar 'tengkorak' di samping ungkapan-ungkapan yang sengaja menentang Palestin.


Gambar: Pancaran dari laman rasmi Kementerian Dalaman Palestin Gaza.

Sumber melaporkan, ungkapan tersebut berbunyi, "kamu mesti tertanya-tanya kenapa kami telah melakukan sedemikian? "Wahai si bodoh, kami lakukan ini supaya kamu membiarkan Israel menjalankan urusannya". Menurut penggodam itu lagi yang bertanya, "Wahai orang Palestin, adakah kamu semua hidup dalam ketakutan?"

Selain itu, dalam ibarat ungkapan yang lain menyebut "hei bdooh, kamu itu tak dapat menyerang kami secara berhadapan tetapi kamu mengguna cara lain mengebom orang awam kami(Israel) yang lari berlindung seperti ayam dalam mukhayyam pelarian kamu di Israel, kemudian kamu menyalahkan pula Israel bila kami serang balas".

Bagaimanapun dinyatakan, hacker yang menggodam laman rasmi itu dari Rusia.

Berikutan kejadian itu, Ihab Ghassin, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Palestin di Gaza berkata, "penggodam Israel yang menceroboh dalam laman rasmi kali ini cukup kuat, maka para teknikal berusaha keras meningkatkan pembaikan dari sudut perisian internet bagi menyahkan penggodam".

Dalam kenyataan kepada agensi berita, Ghassin menjelaskan lagi, hacker Israel jenis ini bukan kali pertama yang menyerang laman rasmi kementerian, bagaimanapun kali ini penggodam yang menceroboh masuk seiring serangan Israel bagi membalas usaha Kementerian Dalam Negeri Gaza menjejaki ejen-ejen Israel.

Pada 8 Mei yang lalu, Kementerian Dalam Negeri Gaza telah mengumumkan bahawa pihak kerajaan membuka ruang 'taubat' selama dua bualan kepada penduduk Palestin yang menjadi ejen-ejen Israel ataupun sesiapa sahaja yang menerima pelawaan Israel. Bulan lalu, 2 dari penduduk Gaza yang menjadi ejen kepada Israel telah dijatuhkan hukuman 'bunuh'

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal