Oleh : Abezuh (link)
Kesian mahasiswa/wi Islam Mesir... Di samping sibuk mentelaah kitab dan ulang kaji, pelbagai isu masih melanda bahkan seakan-akan tidak akan sepi. Bagi saya inilah kelebihan dan tarbiyah tambahan bagi mereka yang mengaji di bumi anbiyak ini..berbeza dengan negara-negara arab yang lain.
Isu demi isu yang mencabar maruah dan hak mahasiswa terus dilontarkan.. menguji mahasiswa/wi Islam Mesir menyusun masa di antara kejayaan pendidikan dan pelaksaan ilmu yang terpekung di dada.. Andai mereka yang lemah tarbiyah rohaninya sudah pasti membiarkan maruah mereka dirobek oleh pihak yang ZALIM..
Sekiranya mereka beriman penuh dengan hadis Nabi SAW berkenaan mencegah perkara mungkar samad dengan tangan, kalau tidak mampu barulah berpindah ke tahap yang lain, nescaya mereka akan terus bangkit mempertahankan hak dan maruah sebagaimana yang dituntut oleh Islam.
Namun, di dalam usaha kita bagi segala apa yang kita lakukan jangan lupa berdoa kepada Allah SWT.. terus berdoa sehingga akhir nafas kita..kerana doa adalah senjata utama di dalam berhadapan dengan pihak yang ZALIM..
kenapa saya menyebut pihak yang ZALIM? hal ini kerana pihak yang ZALIM adalah pihak yang mesti ditentang..bukan pihak yang kafir.. sekiranya pihak tersebut ZALIM, tidak kiralah dia Islam, kafir, pemimpin kita, atau yang mengaku "uli amri' maka mesti bangkit nyatakan kebenaran...
ingat sabda nabi : jihad yang afdal ialah menyatakan kebenaran di hadapan pemimpin yang ZALIM...bukan pemimpin yang kafir...Sekiranya ZALIM, maka mesti bangkit berhadapan...
inilah sunnah perjalanan yang diajarkan oleh Nabi SAW, senjata utama dan benteng utama kita ialah DOA... doalah sebagaimana tentera yang dipimpin oleh Thalut berhadapan dengan tentera Jalut.. DOA mereka ialah :
1- dikurniakaan kesabaran di dalam mengharungi kesusahan dan kepayahan.
2- diberikan kekuatan untuk tetap di dalam medan perjuangan berhadapan dengan benda mungkar.
3- dianugerahkan kemenangan kepada pihak Islam. pihak yang benar...
Justeru, di samping kita kalut usaha mentelaah dan berdoa untuk kejayaan di dalam ilmu dan pendidikan, jangan lupa berdoa sebagaimana yang didoakan oleh tentera yang dipimpin oleh Tahlut. Ingat, DOA adalah senjata dan benteng utama kita....
p/s : medan imtihan bukanlah medan untuk kita mandom di dalam isu-isu semasa...medan imtihan hanya sebahagian medan tarbiyah kita..medan berhadapan dengan KEZALIMAN adalah medan mempraktikkan ilmu yang pekung di dada...Bittaufiq wan najah...
0 comments:
Post a Comment