Ihfaz Jam'iyyatana
sumber : Syabab al Qahiriey (link)
"ihfaz jam'iyyatana" begitulah ungkapan yang terlafaz daripada seorang pimpinan yang memikirkan betapa besarnya amanah untuk dipikul. Namun begitu, tiada siapa mengerti betapa besarnya pengorbanan setiap pimpinan. Hamba sedikit terkesima ketika mana mendengar bacaan doa solat hajat yang telah diimamkan sendiri oleh Al-Fadhil Ustaz Khairul Ashraf Bin Mohd Khir selaku Yang Dipertua KPIPM pada sesi ini.
Namun begitu berapa ramaikah insan yang menghargai pimpinan rata-rata lebih ramai yang sanggup menghina,mencaci dan paling teruk berusaha mencari salah pimpinan sehingga ada sanggup bersengkang mata berbincang sehingga lewat malam semata-mata mencari keaiban pimpinan.
Lebih parah lagi ada pula yang sanggup berani mengugut untuk membuka keaiban pimpinan dikhalayak ramai.. Hamba ingin mengajak kalian sejenak untuk kita menghayati sirah perjuangan nabi Muhammad yang sntiasa ditentang oleh ahli keluarga sendiri sanggup menabur fitnah kepada isteri nabi dan ada pula berani bersumpah untuk membunuh nabi semata-mata ingin mendapat kepuasan dalam menunaikan kemahuan hawa nafsu semata.
Jika dahulu nabi ditentang oleh Arab Jahiliah yang masih tidak mengerti apa itu Islam dan tidak boleh menerima Islam tetapi hari ini orang yang menentang bukan Jahiliah tetapi muslim sendiri yang faham apa itu Islam dan mendalami lagi ilmu Islam namun masih buta menilai antara kaca dan permata. Apakah sama mereka ini dengan arab Jahiliah zaman nabi satu ketika dahulu. Kalian sendiri fikir dan buatlah kesimpulan yang pasti.
Hati siapa yang tidak tersentuh jika dalam ahli keluarga sendiri bertindak sedemikian.
Inilah pepatah Melayu yang selalu kita dengar "Kacang Lupakan Kulit " siapa yang lupa siapa sama-sama kita koreksi diri. Jangan mudah selesa dengan apa yang kita lakukan, Allah Maha Adil lagi Maha Bijaksana oleh kerana itu beringatlah selalu jangan bila sudah terhantuk baru nak tergadah.
Sakit tu!! Menjadi lumrah sebagai kepimpinan untuk menghadapi pelbagai ujian dan dugaan namun itu bukanlah satu tiket bagi mana-mana individu untuk terus menerus menghujum dengan pelbagai andaian.Fikirkanlah masih tidak terlambat untuk bertaubat.
0 comments:
Post a Comment