Setelah lebih seminggu kematian Asaari Muhammad, pengikutnya mula lah menjadi pening. Satu ketika dahulu, Asaari pernah berkata bahawa ajal boleh ditangguhkan. Tetapi akhirnya beliau meninggal dunia pada umur yang telah "ditetapkan" oleh Allah. Bukan lagi satu penangguhan.
Sila baca artikel pada link di bawah ini, yang disiarkan oleh JAKIM tentang pegangan al Arqam berkaitan penangguhan ajal seseorang
atau melihat pada video di bawah ini
Setelah kematian beliau, beberapa pengikutnya mula mendakwa bukan-bukan. Antaranya mereka mengatakan bahawa Asaari masih hidup. Sila lihat pada berita di bawah ini.
Pengikut percaya Asaari tak matiKUALA LUMPUR: Tidak sampai seminggu Asaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya meninggal dunia, pengikutnya kembali mencetuskan kontroversi apabila mengadakan konsert khas bagi menggambarkan kononnya bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan itu cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat.Konsert ‘Kalahkan Nafsu Abuya Pulang’ yang diadakan selama dua hari bermula Isnin lalu di Bandar Country Homes, Rawang, diselitkan dengan nyanyian nasyid dan bacaan puisi yang antara lain memuji Asaari sebagai pemimpin hebat, manakala persembahan pantomin menunjukkan Abuya terlantar sakit dengan rohnya berdiri di sampingnya.Anak sulungnya, Fakhrur Razi memangku jawatan Pengerusi Eksekutif Global Ikhwan Sdn Bhd – syarikat yang sebelum ini diterajui Asaari dalam ucapan pembukaan konsert itu, berkata Abuya sebenarnya hanya pergi sementara dan akan kembali dengan jasad yang hidup bagi memimpin umat Islam.“Kita bersyukur kerana kita semua tidak bersedih dengan pemergian Abuya kerana sebenarnya Abuya tidak mati, tetapi hanya ghaib. Kegembiraan yang kita tunjuk ini adalah bukti yang kita yakin perkara itu.
PERSEMBAHAN pantomin Abuya terlantar sakit dengan rohnya berdiri di sampingnya ketika konsert di Bandar Country Homes, Rawang, Isnin lalu.
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
0 comments:
Post a Comment