sumber : UMI (link)
Baru-baru Hisbah Iskandariah telah menerima aduan tentang kes percubaan pecah rumah mutazawwijin di Asafirah. Ini disebabkan pasangan tersebut mempunyai urusan di Kaherah hampir selama seminggu. Jadi di sini Hisbah ingin mengingatkan tentang keselamatan bagi pasangan mutazawwijin yang menduduki peperiksaan di luar Iskandariah supaya semasa ketiadaan suami, faktor keselamatan rumah dan keadaannya perlu dijaga dengan baik dan selamat.
Jadi :
1) Pastikan pintu dan kunci rumah dalam keadaan yang selamat.
2) Pastikan isteri dan anak bersama dengan akhwat yang boleh menjaga semasa ketiadaan anda di rumah.
3) Pastikan bekalan gas mencukupi.
4) Saling menghubungi jiran-jiran terdekat atau Padam2 apabila terdapat kes kecemasan yang memerlukan bantuan segera.
Oleh itu, pihak kami sangat mengharapkan kepada sahabat memastikan faktor keselamatan ini perlu diambil berat sebelum meninggal rumah masing-masing.
0 comments:
Post a Comment