25 May 2010

Abdullah Ariff Bertolak Pulang Ke Malaysia Malam Tadi



Malam tadi, saya bersama kawan-kawan menziarah Ustaz Abdullah Ariff bin Damanhuri, yang kematian bapanya petang, waktu Malaysia, 24 Mei. Tiba di rumah beliau pada jam 9.53 malam. YDP Perak antara yang turut hadir. Beliau bertolak ke Lapangan Terbang pada malam tadi dengan menggunakan kereta sewa sekitar jam 10.50

Berita rasmi daripada KPIPM (link) sepertimana tertera di bawah :

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Sekalung takziah diucapkan kepada Ust Abdullah Ariff bin Ahmad Damanhuri serta keluarga atas kehilangan salah seorang ahli keluarga mereka. Bapa beliau, Ahmad Damanhuri bin Din menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ipoh pada jam 4.45 petang tadi( waktu Malaysia ).

Bapanya terlibat dengan satu kemalangan selepas Isya’ pada 24 Mei apabila motosikal yang dinaikinya melanggar sebuah lori yang berhenti di tepi jalan. Beliau dikejarkan ke Hospital Gerik sebelum dipindahkan ke Hospital Ipoh pagi tadi.

Ust Abdullah Ariff dikatakan akan pulang ke Malaysia pada malam ini. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas bapa beliau dan menempatkan rohnya bersama roh orang-orang yang soleh, al Fatihah...
Post saya sebelum ini tentang berita ini (link)

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal