Terpapar di dalam Utusan Malaysia, bertarikh 27 Mei, tentang berita penerimaan biasiswa 1 Malaysia sepertimana yang telah saya postkan sebelum ini (link). Berita tersebut berbunyi..
PUTRAJAYA 26 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menunaikan satu lagi janjinya apabila menyerahkan surat tawaran biasiswa 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) bernilai RM5.1 juta kepada 17 pelajar cemerlang aliran agama bagi melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Mesir.Pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dari sekolah menengah agama negeri (SMAN) dan sekolah menengah agama rakyat (SMAR) itu menerima biasiswa sebanyak RM300,000 bagi tempoh enam tahun pengajian.Perdana Menteri berkata, beliau mahu melihat pelajar agama yang cemerlang itu menjadi golongan ulul albab selain mempunyai pilihan yang luas dalam bidang pengajian termasuk dalam kursus kritikal yang diperlukan negara."Ini bagi mereka yang hendak meneruskan pengajian untuk menjadi pegawai agama yang mana kita dapat lihat mereka bertugas di Pusat dan negeri-negeri.“Di samping itu, saya juga sedar bahawa kita perlu memberi satu lagi pilihan kepada mereka yang ingin meneruskan pengajian dalam bidang kritikal kerana ini juga terangkum dalam hasrat kita untuk melahirkan umat cemerlang dan membangunkan tamadun Islam yang berjaya,” katanya.Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB berkata demikian pada majlis penyampaian surat tawaran biasiswa tersebut di sini hari ini.Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin dan Timbalan Menteri di JPM, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.
Siapalah mereka yang bertuah ini. Tapi nampaknya macam takda seorang pun dari Mesir.. Entah. Saya tak pasti. Ya, golongan perubatan akan dimartabatkan di bumi Mesir ini, tidak lama lagi. Dan apakah nasib golongan pengajian agama?
Sudah lama saya melihat perkembangan yang memberansangkan bagi pelajar perubatan. Dan perkembangan ini janganlah disia-siakan. Janganlah sia-siakan nikmat kesatuan yang ada di bawah Persatuan Perubatan yang berdaftar secara rasmi.
Cuma, sehingga sekarang, saya selaku golongan pengajian agama, masih lagi tertanya-tanya. Apakah nasib mahasiswa pengajian agama selepas ini. Penuh dengan liku-luki kehidupan untuk meneruskan pengajian di bumi Mesir ini.
Diugut tarik zakat, ditekan dengan kelembaban pegawai JPMK, dipeningkan dengan pemusatan di Kaherah dan sebagainya. Apabila saya melihat kepada sahabat-sahabat kita di Syria, mereka juga ditimpa masalah yang sama.
"Akhi, kami mengaji di sini, balik nanti sijil kami tak diiktiraf pun.." Salah seorang berkata kepada saya ketika kunjungan saya mewakili PMRAM ke Syria baru-baru ini.
"Kami ngaji kat sini, memang liLlahi Taala.." Kata mereka lagi.
Apakah nasib yang sama akan terjadi kepada mahasiswa di Mesir? Sepertimana yang saya sebutkan sebelum ini, STAM seolah-olah "tidak laku" bagi Azhar. Maka, masyarakat di Malaysia akan ambil STAM untuk ke bidang perubatan sepertimana yang diberitakan di atas.
Ya, ramai yang tidak sedar usaha untuk menghapuskan generasi ulama Melayu daripada Universiti al Azhar. Kenapa? Kerana al Azhar berjaya melahirkan ulama-ulama Melayu yang lantang menegakkan kebenaran.
Lihatlah beberapa tahun akan datang, mahasiswa al Azhar akan menjadi seperti "pulau". Bilangan mereka sedikit, dan tenaga mereka untuk mengislah Melayu di bumi Mesir ditimbunkan di atas bahu-bahu mereka.
Hari ini, mungkin artikel ini tidak begitu menyentuh anda. Tetapi, baca kembali artikel ini 7 tahun akan datang, dan bandingkan pula dengan suasana sekeliling anda ketika itu.
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
1 comments:
assalamualaikum...
setelah menjelajah..baru ini saya jumpa tulisan ttg scholar 1MDB yg diberi smlm..selalunya dgr ckp2 mulut sahaja.saya mmg sdg mencari..krn saya salah seorg dr mereka..
saya faham dan dapat merasai serba sedikit tekanan yg dialami ust n ustazah di mesir krn mereka tdk asing lagi bg saya...
bimbingan dr ust n ustz amatlah saya perlukan agar duit itu dpt saya gnakan dgn jln yg diredhainya..
kalau ust n ustz rasa kalian semakin diketepikan..kami jua begitu..graduan medik timur tgh bla plg houseman di malaysia,kami dipandang rendah krn katanya kami krg kemahiran..krg skill..tapi semakin juga pelajar medik dilambakkan disini..
personally,sy harap allah tetapkan niat saya sampai bla2 pun...saya dtg kesini bkn krn medik semata..tapi krn khazanah ilmu yg ada pd bumi mesir ini krn saya sedar,utk menjadi individu muslim,pengetahuan agama itu mesti spy boleh diamalkan..krn saya yakin ramai murabbi mahupun bakal murabbi yg boleh saya dampingi krn agama itu milik semua..bukan pelajar jurusan agama sahaja..krn saya mengaku,mmg saya iri melihat ilmu agama pada mereka..(sesiapa yg dikehendaki allah padanya kebaikan difakihkannya dlm ilmu agama..)saya juga sgt berharap mendapat kebaikan itu..
tapi jauh disudut hati saya..saya juga terasa..bla mendengar komen2 ttg biasiswa ini dr segi tak puas hati,duit syubhah,kroni,etc..knapa perlu terlalu bersangka buruk?setiap kali org berbicara,makin memberat rasa dada..mungkin mereka berbicara itu mmg dtg dr hati krn tak tahu saya salah seorg dr penerima..jd tak ada isu menjaga hati siapa2..mungkin juga krn segala tekanan yg ada,menyebabkan kdg2 kata2 mereka kdg2 terlepas sepatah dua..jgn salah faham..saya tak menuju kpd tulisan ust..tapi umum..spy sama2 kita muhasabah..saya tdk fakih,jd,ini berdasarkan apa yang saya rasa..tapi tdklah sampai saya menyimpan dendam pada siapa2..saya juga mgkn akan rasa begitu andai sy ditempat kalian..cuma sy risau..kalau kata2 ini terkena pd penerima yg lain,ntah bagaimana penerimaan mrk..
semoga graduan alzahar terus tabah dlm memperjuangkan agama..lulus cemerlang n kembali ke malaysia melaksanakn sunah terbesar nabi..DAKWAH..dan mengislah malaysia kearah yg lebih baik..DAULAH ISLAMIYAH..
(mengharap senang dlm berjuang bagai merindi rembulan ditengah siang..)
barakallahulakum..mohon tunjuk ajar..
Post a Comment